Bab 19:Iezzi vs Tyson

6.1K 468 17
                                    

Iezzi meregang-regangkan badannya.

"Ah! Dah tiba harinya, perlawanan pertama aku dengan Tyson." Iezzi berkata di dalam hati.

Si gadis mengikat elok rambut yang separas pinggang dan menyanggulnya dengan kemas. Sepasang sarung tangan hitam disarungkan dan sehelai hoodie berwarna ungu gelap dipakai.

"Akak dan bersedia?" tanya Edy dan Elly serentak.

Iezzi tersenyum sendiri dan mengangguk penuh yakin.

Dengan adanya Edy dan Elly di dalam dirinya, Iezzi kini berasa lebih semangat dan yakin untuk berdepan dengan lawannya.

"Akak jangan risau, kami akan bantu akak!" kata Edy penuh semangat.

Iezzi menggeleng perlahan.

"Jangan risau, akak akan uruskan semua sendiri. Edy dan Elly Cuma perlu sorak untuk akak je," kata Iezzi dengan penuh yakin.

"Hari ini kita berkumpul di sini untuk menyaksikan perlawan pertama di hari yang pertama. Dan peserta yang pertama kita hari ini adalah, Iezzi dan Tyson!" Pengacara bersuara dengan penuh semangat.

Sorakkan demi sorakkan kedengaran, memenuhi ruang perlawanan.

"Mari, kita lihat peserta kita yang pertama. Di sebelah kanan saya, perkenalkan Tyson, pengguna elemen tanah!"

Tyson keluar dari kanan gelanggang setelah namanya disebut oleh si pengecara.

"Di sebelah kiri saya pula, Iezzi! Elemen yang digunakannya tidak diketahui." Nada suara si pengecara yang tadinya penuh semangat, berubah sedikit apabila melihat maklumat Iezzi langsung tidak muncul pada paparan skrinnya.

Riak wajah pengecara lelaki itu turut berubah, hairan apabila maklumat tentang Iezzi yang ada padanya sangatlah sedikit.

Iezzi melangkah keluar dari bahagiannya.

Mereka berdua menghampiri tengah gelanggang.

Iezzi dan Tyson masing-masing berbalas padangan.

Suara sorakan yang semakin kuat langsung tidak mengganggu fokus mereka berdua.

"Sebelum perlawanan bermula, saya akan beritahu sedikit tentang gelangang ini terlebih dahulu. Gelanggang ini telah dipasangkan dengan kamera ilusi di mana suasana akan berubah mengikut kehendak lawan." Beritahu pengecara itu.

Setalah itu, satu pelindung jernih muncul mengelilingi kawasan perlawanan.

"Kau pilih tema," kata Iezzi, memberi peluang untuk lelaki di depannya itu untuk memilih.

Tyson tidak berkata apa. Pandangan dinginnya masih tertumpu tepat pada Iezzi.

Suasna gelanggang tiba-tiba berubah menjadi hutan belantara. Mereka berdua kini berdiri di tengah-tengah kawasan luas tanpa sebarang pokok. Suara sorakan penonton turut menghilang setelah ilusi diaktifkan.

"Wow!" Iezzi memandang sekelilingnya dengan penuh kagum.

"Perlawanan bermua sekarang!" Suara pengecara tiba-tiba bergema, mengumumkan bermulanya perlawanan.

Tanpa berlengah, Tyson terus menujah dirinya ke arah Iezzi. Buku limanya dihayun tepat pada Iezzi dan dengan senangnya si gadis mengelak serangan mudah itu.

Iezzi berundur, menjauhkan jaraknya dengan Tyson.

"Tch! Sabarlah sekejap." Iezzi berkata dingin.

Tyson tersenyum sinis.

Lelaki itu menumbuk permukaan tanah.

Tanah beralun dan ombak tanah terhasil, menuju laju ke arah Iezzi.

Iezzi's Story: The Descendant Of Shadow [C]Where stories live. Discover now