Beberapa hari kemudianIezzi terjaga dari tidurnya apabila merasakan badannya digoncang dan namanya disebut-sebut beberapa kali.
Iezzi mengeliat dan menggosok matanya beberapa kali. Mata dibuka dan senyuman kecil terukir di bibir apabila melihat susuk tubuh yang berdiri di sisi katilnya.
"Bangun, Iezzi. Kamu akan lambat untuk ke sekolah hari ni," kata Ema dengan lembut. Ema adalah ibu angkat Iezzi dan dia telah menjaga gadis itu sejak dia masih bayi lagi.
Iezzi duduk dengan gaya malasnya.
Ema tersenyum kecil melihat kerenah Iezzi.
"Boleh tak kalau Zi tak nak pergi sekolah hari ni?" Iezzi berkata dan segera memeluk ibu angkatnya.
Gadis itu menggosok mukanya pada perut Ema.
Ema tertawa kecil melayankan sikap manja Iezzi.
"Tak boleh, sayang. Kamu dah cuti seminggu. Cukup cuti untuk kamu dan masa untuk ke sekolah." Ema menarik selimut Iezzi. Dia tahu, selagi selimut itu masih menyelimuti tubuh anaknya itu, selagi itu dia akan bermalas-malasan dan perkara itu tidak akan dibiarkan begitu saja.
Merasakan kesejukan menyapa kulit, mata Iezzi terus berasa segar.
Gadis itu segera turun dari katilnya. Dia segera mendapatkan tuala mandi dan melangkah masuk ke dalam bilik air untuk bersiap.
Ema hanya mampu menggeleng dan tersenyum saja.
Wanita itu berlalu keluar dari bilik Iezzi. Sebelum itu, dia sempat mengambil bakul pakaian kotor Iezzi bersamanya untuk dibasuh selepas menyiapkan sarapan nanti.
*****
Iezzi berjalan menuju ke kelas dengan langkah yang berat. Mulut segera ditutup ketika dia menguap.
"Hoi budak rambut putih!" Suara seorang perempuan memanggil.
Langkah Iezzi terus terhenti. Tahu sangat dia dengan pemilik suara yang memanggilnya itu.
Lagipula, siapa saja yang berambut putih di dalam sekolah kalau bukan dirinya.
"Aduh! Pagi-pagi dah rosakkan mood aku. Kacau betullah," rungut Iezzi di dalam hati.
Iezzi segera menoleh dan berhadapan dengan si perempuan yang memanggil.
Mata merah Iezzi bertemu dengan mata biru jernih milik si gadis.
"Selamat pagi, Suzy," sapa Iezzi dengan senyuman yang cuba diukir supaya kelihatan ikhlas.
"Tsk!" Suzy berdecit menyampah dengan sikap Iezzi yang berpura-pura baik.
"Aku tak sangka kau hidup lagi dan masih berani datang ke sekolah. Aku ingatkan kejadian dekat kedai hari tu akan membuatkan kau takut untuk keluar dari rumah buat seumur hidup kau," kata Suzy dengan nada sinis.
Mata merah Iezzi membulat luas dan riak wajahnya seolah-olah terkejut.
"Macam mana Suzy tahu apa yang terjadi dekat aku hari tu? Suzy sememangnya sangat ambil berat dekat aku. Terima kasih Suzy, aku rasa terharu sangat bila dapat tahu yang kau risaukan keadaan aku. Tapi jangan risau, semuanya baik-baik je," kata Iezzi dengan senyuman serta riak terharu.
Suzy mengetap gigi, geram.
"Eh! Suzy marah ke? Aku ada buat apa-apa yang membuatkan Suzy marah ke?" Iezzi bertanya setelah melihat wajah Suzy yang memerah menahan marah.
"Hmm. Kalau dah tak ada apa-apa, aku nak minta diri dulu, ya. Tak nak lambat ke kelas." Iezzi segera membelakangkan Suzy dan budak-budaknya.
Baru beberapa langkah beralan, Iezzi merasakan badannya ditarik dan ditolak sehingga belakang badannya terhempas kuat pada loker.
YOU ARE READING
Iezzi's Story: The Descendant Of Shadow [C]
FantasyMengisahkan seorang gadis yang telah terpilih sebagai Pahlawan Shadow Hunter bagi melindungi sebuah negara yang bakal menghadapi peperangan. Tugas ini terpaksa disandang olehnya bagi mengetahui identiti sebenarnya. Berjayakan dia dalam peperangan...