Bab 21:Just A Chit Chat

5.5K 406 11
                                    


Iezzi berdiri di balkoni sambil menikmati kedinginan malam. Angin sejuk yang menyapa tubuh langsung tidak diambil peduli. Dia terlalu leka dan tenggelam di dalam pemikirannya sendiri.

"Akak?" Edy dan Elly menjengah dari dalam.

Iezzi masih leka. Dia tidak mendengar panggilan adik-adiknya.

Edy dan Elly memandang sesama sendiri.

Merek berdua masuk semula ke dalam bilik.

Beberapa minit kemudian, seseorang keluar dari bilik dan menghampiri Iezzi. Dia berdiri di sebelah Iezzi dan memandang wajah si gadis yang masih tidak menyedari kewujudannya.

"Iezzi." Dia memanggil dan menyentuh bahu gadis itu.

Iezzi tersentak. Dia segera berpaling dan memandang tepat ke arah lelaki yang berada di sebelahnya itu.

"Wyvern? Apa kau buat dekat sini?" Iezzi bertanya kehairanan. Setahunya, tidak ada pula dia memanggil lelaki itu.

"Adik-adik kau panggil aku ke sini. Diaorang risaukan kau."

Iezzi menoleh, memandang ke arah Edy dan Elly yang sedang menyorok di balik langsir.

Iezzi tersenyum kecil.

"Ada apa-apa yang mengganggu fikiran kau ke?" Wyvern bertanya prihatin.

Iezzi sekadar menggeleng sebagai jawapan. Dia tidak mahu berkongsi apa yang difikirkannya dengan sesiapa buat masa ini.

Si gadis berlalu dan duduk pada kerusi yang sedia ada di ruang balkoni itu.

Wyvern turut duduk bertentangan dengan si gadis.

"Kau nampak serabut."

Iezzi menggelang dengan senyuman kecil terukir di bibirnya.

"Jangan risau, tak ada apa pun."

Wyvern diam tidak bertanya apa. Dia menghormati tindakan Iezzi dan tidak mahu terlalu mendesak gadis itu.

Mereka berdua diam sejenak.

"Wyvern, ke mana kau pergi selama ni?" Iezzi bertanya, cuba untuk memulakan perbualan.

"Oh! Maaf sebab aku tinggalkan kau dekat sini sendirian." Wyvern berkata dengan rasa serba salah.

Iezzi menggeleng.

"Jangan risau, aku tak marah pun. Aku cuma nak tahu keberadaan kau je."

Wyvern mengusap belakang lehernya.

"Sebenarnya, untuk pengetahuan kau, aku ada je dekat kerajaan aku. Memandangkan aku adalah satu-satunya putera mahkota Kerajaan Dragon, makanya aku agak sibuk dengan urusan krajaan," jelas Wyvern dengan harapan Iezzi memahami kesibukannya hinggakan tidak sempat menghubungi si gadis selama keberadaannya di situ.

"Aku tak sangka pulak yang kau ni putera mahkota." Iezzi tertawa sendiri.

"Apa yang kau gelakkan?"

"Tak ada apa. Aku cuma bayangkan kau sebagai putera mahkota, tapi kerja sekolah pun malas nak siapkan."

"Ah! Kau tak tahu macam mana banyaknya kerja sebagai putera mahkota. Aku cuma ambil kesempatan je untuk aku rehatkan diri dari buat sebarang kerja."

"Aku faham je situasi kau. Sebagai pelajar biasa, aku pun malas jugak nak buat kerja je sepanjang masa."

Wyvern mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Mesti banyakkan kerja kau. Lama kut kau tak balik ke kerajaan tu."

"Ya, banyak sangat kerja. Sampaikan meja aku tk muat nak letak semua dokumen yang ada!"

Iezzi tersenyum melihat Wyvern yang membebel, meluahkan rasa yang dipendamnya sendiri.

Iezzi's Story: The Descendant Of Shadow [C]Where stories live. Discover now