Bab 10:Another Dream

6.2K 516 4
                                    


Di sebuah balkoni yang terdapat di bahagian utara istana, kelihatan seorang waanita sedang mendukung seorang bayi perempuan. Dia ditemani oleh sorang lelaki yang kelihatan sedang bermain dengan bayi itu.

Bayi itu tersenyum apabila si lelaki mengagah dirinya.

Si ibu dan ayah turut tersenyum melihat keceriaan yang terpapar di wajah puteri mereka itu.

"Suka betul Iezzi bila awak agah dia macam tu," kata si wanita. Sinar kebahagiaan terpancar jelas di wajahnya.

"Mestilah! Lagipun, dia satu-satunya puteri kita selepas putera kita."

Si ibu tersenyum.

"Cakap tentang Iezrin, awak ada nampak dia tak? Dia tak keluar dari bilik sejak dari awal pagi tadi lagi. Dia tak nak berjumpa dengan Iezzi ke?" Wanita itu berkata penuh risau.

"Hmm. Saya pun tak nampak dia hari ni. Sejak akhir-akhir ni, Iezrin nampak lain. Dia tak suka ke dengan adik dia ni?" Si lelaki turut meluahkan kerisauannya terhadap perubahan yang mula ditunjuk oleh putera sulungnya.

Kata-kata si suami membuatkan hati keibuaan wanita itu terusik. Puteranya itu semamngnya lebih suka bersendirian dan mengurungkan diri di dalam bilik seleps kelahiran puteri mereka. Dia risau jika perkara itu berterusan, ia akan menimbulkan sesuatu yang buruk.

"Andrew, carikan Putera Iezrin dan bawa dia menghadap beta dengan segera." Arah si suami kepada pengawalnya melalui telepati.

"Baiklah, tuanku."

Iezzi yang menyaksikan kejadian di depan matanya itu, hanya mampu berdiri kaku di tempatnya.

Gadis itu ternyata keliru melihat situasi di depan matanya itu. Dia juga keliru jika apa yang dilihatnya kini adalah mimpi ataupun nyata.

"Nama dia sama dengan aku?"

Sedang Iezzi leka memerhatikan tingkah pasangan itu, tiba-tiba dia merasakan badannya seolah-olah ditarik ke hadapan. Iezzi terkejut dan hanya menanti dan melihat apa yang akan terjadi.

*****

Iezzi membuka matanya setelah merasakan keadaan kembali normal.

Buka saja mata, Iezzi terkejut kerana dia kini berada di tengah-tengah medan perang. Dia dapat melihat dengan jelas darah membasahi tanah dan orang yang dibunuh dengan kejam. Bukan itu saja, suara jeritan demi jeritan turut dapat didengarinya dengan jelas.

Melihatkan situasi itu, kaki Iezzi terus menggigil ketakutan. Dia mahu melarikan diri dari situasi itu. Namun, dia merasakan dirinya seolah-olah dipaku di tempatnya itu.

Iezzi tidak mampu berbuat apa-apa dan hanya mampu menyaksikan kekejaman di depan matanya itu.

Sedang Iezzi memandang sekeliling, dia terlihat seorang lelaki berlari ke arahnya dengan pedang di dalam genggamannya.

Iezzi terkaku ketakutan. Dia hanya memandang lelaki itu tanpa mampu berbuat apa-apa.

Namun, Iezzi menyaksikan sesuatu yang tidak dijangkanya. Lelaki yang berlari ke arahnya itu berlari menembusi dirinya.

"Ha! Apa semua ni?" Iezzi keliru dengan apa yang berlaku tadi.

"Apa maksud semua ni?"

Sedang Iezzi tenggelam dalam pemikirannya sendiri, tiba-tiba dia terdengar satu ngauman yang sangat kuat datangnya dari atas langit.

Iezzi segera mendongak. Gadis itu terkejut melihat seekor naga hitam sedang terbang di atas sana. Di belakang naga itu, kelihatan satu susuk seorang lelaki sedang menunggang ia.

Iezzi's Story: The Descendant Of Shadow [C]Where stories live. Discover now