Luanda dan Iezzi kini berada di tengah-tengah ruang tamu.
Iezzi melakarkan sebuah pentagram besar di tengah-tengah ruang itu.
Disekeliling pentagram diletakkan beberapa batang lilin di setiap penjuru. Di tengah-tengah pentagram itu pula, diletakkan pasangan boneka yang dibelinya beberapa hari lepas.
Iezzi berdiri semula dan mengambil tempat di sisi Luanda. Si gadis kemudiannya menggenggam kemas tangan Luanda.
Luanda tersenyum kecil. Dia tahu gadis itu gemuruh.
"Jangan risau, semuanya akan berjalan dengan lancar. Aku ada menemani kau." Luanda berkata, memberi semangat buat Iezzi.
"Terima kasih, Luanda."
Iezzi melepaskan genggaman tangannya. Dia kemudiannya mendekati pentangam dan menghulurkan kedua-dua belah tangannya ke hadapan.
Mata dipejam rapat dan mulut terkumat-kamit membacakan sesuatu.
Suasana berubah dingin dan masa terasa seolah-olah berhenti.
Pentagram di depan mata tiba-tiba menghasilkan cahaya.
Iezzi membuka matanya dan memandang tepat ke arah pasangan boneka.
Pentagram itu terus menghasilkan cahaya buat beberapa ketika sehinggalah munculnya dua roh, seorang lelaki dan seorang perempuan.
Pasangan itu membuka mata dan memandang tepat ke arah Iezzi yang berdiri di depan mereka.
"Siapa kau?" Si lelaki bertanya.
Air mata Iezzi serta-merta bertakung di tubir matanya apabila mendengar suara itu.
"Apa tujuan kau membangkitkan kami?" Si perempuan yang bersembunyi di belakang si lelaki bertanya perlahan.
Iezzi membuka kerudung kepalanya, menunjukkan wajahnya buat tatapan pasangan itu.
Kedua lelaki dan perempuan itu tergamam melihat wajah gadis di depan mereka.
"Edy, Elly." Iezzi menyebut nama mereka dengan air mata mengalir perlahan di pipinya.
Meskipun 17 tahun mereka tidak pernah berjumpa, namun hati masing-masing terhubung memandangkan mereka adalah kembar yang membesar di dalam satu rahim yang sama.
"Iezzi." Si lelaki bersuara perlahan.
Iezzi mengangguk perlahan. Air matanya tidak berhenti dari mengalir.
"Iezzi." Launda memanggil.
Iezzi menoleh ke arah Luanda.
"Luanda!" Iezzi menghampiri Luanda. Tangan wanita itu digenggam kemas. Si gadis terkejut melihat tubuh Luanda yang semakin menghilang.
"Apa yang terjadi ni, Luanda?" Iezzi bertanya dengan nada panik.
Luanda tersenyum kecil.
"Dah tiba masanya, Iezzi. Tugas aku dekat sini dah selesai dan masanya untuk aku balik ke dunia aku," kata Luanda dengan nada sayu.
"Tak! Aku masih perlukan kau, Luanda. Jangan tinggalkan aku!" Iezzi menangis, merayu agar wanita itu tidak pergi meninggalkannya.
"Maafkan aku, Iezzi." Luanda mengesat air mata Iezzi yang tidah berhenti mengalir.
"Jaga diri kau, Iezzi. Lindungi adik-adik kau dan jangan biarkan mereka jatuh pada tangan yang salah." Nasihat Luanda.
Iezzi mengangguk faham.
"Aku pergi dulu. Aku akan sentiasa merindui kau, Iezzi." Luanda mencium dahi Iezzi buat kali terakhir sebelum wanita itu menghilang sepenuhnya
Iezzi menangis meratapi pemergian Luanda.
Edy dan Elly berpandangan sesama sendiri. Mereka kemudiannya terbang masuk ke dalam badan boneka yang telah disediakan oleh Iezzi.
Tubuh boneka itu serta-merta berubah menjadi bahagian manusia. Setiap sambungan dan skru pada bahagian menghilang dan membentuk menjadi seperti tubuh manusia biasa.
Mereka menggerakkan jasad itu.
Mereka menghampiri Iezzi dan memeluk erat tubuh Iezzi.
End flashback
Iezzi mengusap air mata yang tiba-tiba mengalir.
"Haih, berhentilah menangis." Iezzi mengusap air matanya. Setiap kali terfikirkan Luanda, gadis itu pasti akan mengalirkan air mata tanpa disedarinya.
Iezzi berlalu ke arah bilik mandi dan membasuh mukanya.
Setelah merasakan emosinya kembali normal dan stabil, Iezzi melangkah semula ke biliknya.
Badan direbahkan di atas katil dan mata terus dipejam rapat. Dia tidak mahu terus-menerus memikirkan pemergian Luanda.
YOU ARE READING
Iezzi's Story: The Descendant Of Shadow [C]
FantasyMengisahkan seorang gadis yang telah terpilih sebagai Pahlawan Shadow Hunter bagi melindungi sebuah negara yang bakal menghadapi peperangan. Tugas ini terpaksa disandang olehnya bagi mengetahui identiti sebenarnya. Berjayakan dia dalam peperangan...