Hari ini Iezzi bangun dengan penuh semangat memandangkan hari ini merupakan hari ulang tahun kelahirannya yang ke-17.
Setelah bersiap dan bersedia untuk ke sekolah, Iezzi terus turun ke dapur.
"Selamat pagi, ibu!' Iezzi menyapa dengan penuh ceria.
Ema menoleh dengan senyuman di bibir. Dia mendepakan tangan.
Iezzi berlari ke dakapan Ema.
"Selamat pagi juga, Iezzi. Selamat ulang tahun." Ema mengucup lembut dahi Iezzi dan membelai kepala anak angkatnya itu.
"Terima kasih, ibu." Iezzi mempereratkan pelukannya.
"Jom sarapan dulu. Ibu dah sediakan makanan kegemaran Iezzi."
"Yeay!" Iezzi bersorak kegembiraan dan Ema hanya tersenyum melihat telatah anaknya itu.
Mereka menikmati sarapan bersama sebelum Iezzi pergi ke sekolah.
"Iezzi pergi dulu, ibu." Iezzi meminta diri setelah dia selepas menghabiskan sarapannya.
Ema memandang pemergian Iezzi dengan senyuman.
"Dia dah besar." Air muka Ema berubah sayu.
*****
Tiba saja di sekolah, Iezzi segera mendapatkan lokernya.
Pintu loker dibuka dan di dalamnya, terdapat dua buah kotak coklat yang diikat cantik dan kemas.
Iezzi mengeluh. Dia sudah menduga perkara itu memandangkan ia sering berlaku setiap kali ulang tahun kelahirannya.
Iezzi sendiri tidak tahu siapakah gerangan yang memberi coklat itu dan bagaimana mereka membuka pintu loker miliknya. Sebelum ini sudah beberapa kali Iezzi menukar kata kunci loker itu, tetapi ia langsung tidak memberi apa-apa perubaan.
Mereka masih mampu membuka loker Iezzi dan sejak daripada itu, Iezzi mengalah dan membiarkan saja. Selagi mereka tidak melampaui batas, Iezzi tidak akan melakukan apa-apa mahupun memberitahu kepada pengetua sekolah.
Loker ditutup semula. Iezzi melangkah menuju ke kelas.
Masuk saja ke dalam kelas, Iezzi terkejut apabila melihat dua jambak bunga tulip dan ros berwarna putih di atas mejanya.
Iezzi menghampiri mejanya. Dia kemudian hanya memandang dua jambang bunga itu dan memandang sekeliling, cuba melihat jika ada sesiapa yang sedang memerhatikannya.
"Apa pulak ni? Tak pernah-pernah benda ni muncul sebelum ni. Haish!" Iezzi merungut di dalam hatinya.
Iezzi mengambil kedua-dua bunga itu dan menghidunya.
Tiba-tiba perhatian Iezzi tertumpu pada sebuah kotak kecil yang diselitkan pada jambangan bunga ros.
Iezzi mengambil kotak itu dan meletakkan semula dua jenis bunga itu di atas mejanya.
Kotak itu dibuka dan di dalamnya terdapat seutas gelang tangan berwarna biru laut. Di celah-celah gelang itu pula terdapat secebis kertas yang dilipat kecil.
"Apa benda merepek pula ni?"
Tanpa membaca isi kandungan surat atau menyentuh gelang itu, Iezzi kembali menutup kotak itu. Semua hadiah yang diterimanya disimpan ke dalam beg.
"Ho, apa ni?" Wyvern tiba-tiba muncul dan mengambil kotak gelang yang belum sempat disimpan oleh Iezzi.
Wyvern membuka kotak itu.
"Wah! Menarik ni." Lelaki itu mengeluarkan kertas yang diselitkan di dalam kotak itu dan membuka lipatannya.
Iezzi hanya duduk memerhatikan reaksi Wyvern.
"Hahahah!" Wyvern tiba-tiba tertawa terbahak-bahak. Air mata bertakung di mata lelaki itu.
Iezzi menjongket kening, tertanya-tanya apa yang tertulis di dalam surat itu hinggakan Wyvern tertawa sebegitu.
"Weh! Budak ni ajak kau bercinta. Apa jawapan kau?" Wyvern bertanya, masih dengan sisa tawanya.
"Bercinta? Buang masa je," kata Iezzi sambil menongkat dagu. Dia memanang tepat pada Wyvern yang masih tersenyum-senyum membaca isi kandungan surat itu.
Dalam tak sedar, Iezzi tersenyum sendiri melihat lelaki di depannya itu.
"Nah! Ambil balik surat cinta kau ni. Memang mencuit hati betul la."
Wyvern duduk di tempatnya dan mengembalikan surat itu.
Iezzi mengambil surat itu. Dia meronyokkan surat itu dan campak ke dalam begnya.
"Kau tak nak baca ke?" Wyvern bertanya, mengusik.
"Jangan nak merepek. Aku risau kalau aku termuntah lepas baca surat tu."
Wyvern tertawa mendengar kata-kata Iezzi.
"Memandangkan semua peminat kau dah bagi hadiah, aku pun ada hadiah untuk kau."
Iezzi menjongket kening. Dia langsung tidak menyangka yang Wyvern akan menyediakan sesuatu sempena ulang tahunnya.
"Kau nak tak?" Wyvern cuba memancing.
"Kalau kau nak bagi, keluarkan je. Kalau tak, tak payah," kata Iezzi, tidak tertarik dengan apa yang disediakan oleh Wyvern.
"Eh?! Mana boleh aku tak bagi! Penat tau aku sediakan hadiah ni untuk kau. Aku kena bagi juga. Cumanya, dengan satu syarat."
Dahi Iezzi berkerut.
"Jangan nak main tarik tali dengan aku, Gray. Aku tak ada masa nak layankan kerenah kau yang pelik ni," kata Iezzi yang mula bosan melayankan tingkah Wyvern.
"Okey! Serius betul!" Tanpa menyatakan syarat yang ingin diperkatakan, Wyvern terus mengeluarkan hadiah untuk Iezzi dari dalam begnya.
Sebuah kotak besar dikeluarkan. Ia berbalut dan diikat kemas.
"Selamat ulang tahun," ucap Wyvern sambal menghulurkan hadiah itu.
Iezzi menerima hadiah itu.
"Boleh aku buka sekarang?"
Wyvern mengangguk.
Iezzi membuka ikatan dan balutan hadiah itu dengan berhati-hati.
Wyvern tersenyum sendiri melihat tigkah ingin tahu Iezzi meskipun tadinya dia seperti tidak mahu menerima pemberiannya.
Kotak dibuka. Mata Iezzi bersinar melihat isi kandungan kotak itu.
"Cantik. Terima kasih." Iezzi tersenyum kecil.
Semakin lebar senyuman Wyvern apabila melihat senyuman Iezzi.
"Aku harap pakaian tu sesuai dan muat dengan kau."
Pakaian yang dihadiahkan itu merupakan pakaian yang akan dipakai oleh Iezzi apabila mereka tiba di Kerajaan Sihyna nanti.
"Kau ada pergi mana-mana ke lepas habis sekolah ni?" Wyvern bertanya.
"Aku ada latihan bola keranjang petang ni. Kenapa?"
"Aku ingat nak belanja kau makan."
"Maaf. Bulan depan ada pertandingan. Aku tak boleh ponteng latihan penting ni."
"Tak apa, aku faham. Jangan risau, lain kali je."
Iezzi mengangguk setuju.
"Bagus dia tak ada dekat rumah."
Wyvern telah merancang sesuatu yang melibatkan dengan masa depan Iezzi.
YOU ARE READING
Iezzi's Story: The Descendant Of Shadow [C]
FantasyMengisahkan seorang gadis yang telah terpilih sebagai Pahlawan Shadow Hunter bagi melindungi sebuah negara yang bakal menghadapi peperangan. Tugas ini terpaksa disandang olehnya bagi mengetahui identiti sebenarnya. Berjayakan dia dalam peperangan...