Bab 7:Slyren

7.2K 544 20
                                    


Jam 1845

Setelah menyaksikan apa yang terjadi semasa waktu rehat hari ini, Wyvern mengambil keputusan untuk menyelinap masuk ke kawasan sekolah dan pergi melihat sendiri kawasan taman yang sering dilawati oleh Iezzi.

Langkahnya terhenti di depan sekolah.

"Hmm. Baru aku perasan yang sekolah ni boleh tahan besar juga." Wyvern berbisik sendiri.

Remaja lelaki itu menyelinap masuk ke dalam sekolah dengan memanjat tembok belakang sekolah.

Masuk saja ke dalam kawasan sekolah, Wyvern terus mengatur langkah laju, menuju ke arah taman itu.

Tiba saja di kawasan taman, boleh kelihatan pokok besar menghijau yang kehatan ebih mearik berbanding tumbuhan ain yang berada di kawasan itu.

Baru saja Wyvern mahu membuka langkah mahu menghampiri pokok itu, tiba-tiba satu cahaya hijau menerangi pokok itu.

Tanpa berfikir panjang, Wyvern terus menyorok di balik rimbunan pokok yang berada di sebelah kanannya.

Pokok yang bercahaya itu tiba-tiba berubah saiz menjadi lebih kecil dan membentuk satu susuk tubuh seorang lelaki.

Wyvern terkejut apabila meliat perubahan itu. Dia juga terkejut kerana susuk itu sangatlah dikenalinya.

Cahaya hijau itu menghilang dan kini susuk tubuh lelaki itu boleh dilihat dengan jelas. Cumanya, Wyvern tidak dapat melihat wajah lelaki itu kerana lelaki itu berdiri membelakakannya.

Wyven mengambil keputusan untuk keluar dari tempat persembunyiannya untuk mendapatkan kepastian. Dia melangkah menghampiri lelaki itu.

"Slyren?" Wyvern memanggil.

Lelaki itu terus memusingkan tubuhnya.

Senyuman manis terukir di bibir si lelaki apabila dia melihat Wyvern.

"Hai, Wyvern."

Wyvern terkejut kerana firsatnya betul dan dia langsung tidak menyangka yang sahabat lamanya itu kini berada di depan mata.

"Apa kau buat dekat sini? Aku ingatkankau sibuk dengan urusan kerajaan kau sebab aku dah lama tak jumpa kau." Wyvern bertanya kehairanan.

Wyvern dan Slyren adalah sahabat baik sejak kecil lagi. Meskpiun mereka datang dari dua keluarga yang berbeza dan berasal dari dua kerajaan yang berbeza, hubungan mereka tetap akrab.

"Hmm. Kau tak dengar cerita ke, Wyvern?" Slyren bertanya semula.

Wyvern berkerut dahi mendengar soalaan itu,

"Cerita apa? Aku tak dengar apa-apa pun dari ayahanda aku ataupun dari yang lain."

"Ish! Tu la, orang lain semua berkumpul dekat sana, kau boleh pulak bersenang dekat sini." Sinis Slyren.

"Aku tak ada masa la nak main-main. Apa benda yang aku tertinggal ni?" Wyvern berkata dengan riak dan nada suara yang serius.

Slyren mengeluh berat.

"Okey, aku beritahu. Untuk makluman kau, beberapa hari lepas raja-raja adakan satu perjumpaan. Dalam perjumpaan tu, mereka bincangkan perihal perang yang diisyhtiharkan oleh Kerajaan Shadow. Bukan tu je, mereka juga memilih Kerajaan Sihyna untuk menyelesaikan situasi bagi pihak mereka."

"Ha! Mereka suruh Kerajaan Sihyna uruskan benda ni sendiri?"

Slyren mengangguk. Lelaki itu mengeluh sekali lagi.

"Semua orang pun tahu yang kerajaan Sihyna adalah salah satu kerajaan yang kurang dalam tenaga ketenteraan. Mereka sengaja pilih kerajaan tu sebab nak monopoli hasil kerajaan tu dan kuasainya selepas habis perang ni."

Iezzi's Story: The Descendant Of Shadow [C]Where stories live. Discover now