"Aduhhh ramainya orang. " mata aku melilau lilau mencari kelibat Amir. 'Mana pulak si Amir ni'omelnya dalam hati. Sedang mata aku melilau lilau mencari Amir. Tiba2 tubuhku ini terasa Dicuit oleh seseorg.. Aku terkejut lah.
"Eh mak kau mati. " tangan aku secara automatik memukul org tersebut.. Ha padan muka.
"Woii sakit lah. Kau ni apesal? Kau carik aku ae? Rindu ak lah tuh. Hehe"
"Perasanlah kau. Tak ada masa aku nak carik kau. Kau apesal kat sini. Bukan ke sepatutnya kau ada kat sana dengn mak ayah kau and mak bapak aku. " aku kelihatan hairan apabila amir berada di sini. Sepatutnya dia ada di ruang tamu untuk membincangkan hal perkahwinan kami. Eh sepatutnya aku pun kena ada kat situ jugak kan? Tapi malas Ah. Aku tak berminat lah hal2 perkahwinan ni.. Amir melambai lambaikan tangannya di hadapan muka aku. Eh apesal pula dengan Nurul ni. Dah pekak ke apa. Aku duk panggil2 nama dia.. Dia buat dang jerrr.. "Woii"sergah Amir.. Aku terhenjut kerana terperanjat. Tersedar daripada berangan.
"Eh kau ni nak suruh aku mati cepat ke apa? Nak gugur jantung aku. Tak habis2 nak terkejutkan aku. " marah aku kepada amir. Amir tersengih.
"Habis aku duk bercakap.. Panggil2 nama kau. Kau buat bongok je. Boleh pulak khayal. Kau fikirkan apa? Fikirkan aku ae? Ke fikirkan malam pertama kita?Hahaha" Amir buat muka miang dia.
"Malas aku layan orang otak tak betul ni. "
"Eleyh orang otak tak betul nilah yg jadi suami kau nanti tau. " balas Amir.
"Apa-apa jela mir. Ha ni kau kenapa kat sini? Dari tadi aku tanya. Tak jawab-jawab. " tanyaku pelik."Aku datang sini sebab nak jumpa kau lah. Nak panggil kau gi ruang tamu tuh. Nak bincang pasai kita. Kan dah tak lama. Tinggal seminggu jer lagi. Takkan aku jer ada kat situ . Kau ni belajar pandai. Tapi bab- bab ni otak kau otak udang aerkk? " Amir sempat lagi gelak2 kan aku. Buat lawak bodoh pulak lakiq ni.
"Diamlah kau. Aku menyirap je dengan kau ni. Aku cancel kang baru kau tau. " omel aku.
"Ha cancel lah kalau berani. Nanti kalau mak ayah kau bebel suh kau kahwin .kau jgn cari aku. "Ugut Amir pula. Aku mengeluh. Hyeee. Pandai betul Amir ni bermain dengan kata-kata.
"Kau ugut aku ke apa? "
"Mana ada ugut. Aku cakap benda yang betul apa. "
"Heh! Whatever. Dah jomlah gi sana. Dieorang dah tunggu. "
Amir tersenyum tanda kemenangan. Kami berjalan bersama sama. Keluarga aku dan Amir melihat kami dengan sebuah senyuman bahagia dan Pengharapan. Terselit satu perasaan serba salah. Hmm.
"Hyee Amir. Kamu panggil Nurul punyalah lama. " tegur En. Ramli. En Ramli ialah bapa kepda Amir manakala puan salmah pula ibu kepada Amir. Amir hanya melemparkan senyuman.
"Dah mari kita teruskan perbincangan kita. Dah nak masuk waktu asar ni. Nanti boleh tak saya meminta izin kita solat berjemaah bersama-sama? " puan Salmah bercakap panjang lebar sambil tersenyum. Lembut je aku tengok mak Amir ni. Memang orangnya pun lembut. Bukan kasar mcm aku ni.
"Eh boleh sangattt sal. " puan maisarah menjawab.
Perbincangan diteruskan. Segalanya berjalan dengan lancar.
**********
Hari ini aku dan Amir akan pergi ke butik pengantin untuk menempah pakaian. Aku hanya mengenakan baju t-shirt labuh berwarna hitam dan mengenakan selendang berwarna kuning. Aku calitkan sedikit pelembap bibir yang mengikut warna darah ku. Dan sedikit bedak agar muka tidak nampak berkilat. Seluar pula aku memakai seluar jean berwarna hitam yg longgar. Okey boleh lah ni. Bukan nak keluar pergi mana pun. Setelah berpuas hati dengan penampilan diri. Aku keluar berjumpa mak dan abah untuk meminta izin untuk keluar bersama Amir ke butik pengantin. "Mak abah Nurul nak pergi keluar dengan Amir nak cari baju pengantin. "Mak dan abah mengangukkan kepala. Kedengaran orang memberi salam. Oh Amir lah tuh. "Waalaikumsalam. " mak membuka pintu. Memang tepat tekaan aku. Memang Amir pun."Mak cik.. Pak cik.. Saya nak minta izin bawa Nurul keluar hari ni. " Amir meminta izin dan melemparkan senyuman manis. Duhhh cair hati aku dohh.
"Pergilah mir. Nurul dah bagitahu kami tadi. Kamu jaga anak pak cik elok2 tau. Pastikan balik sebelum maghrb. Sebab tak elok anak dara balik malam2. Tak manis orang pandang. " En zamarul membalas panjang lebar. Heheh. Tapi betullah ape yg abah cakap tuh. Heheh.
"Baik pak cik. Insya-Allah saya jaga baik2 bakal isteri saya yang comel ni. Dah tak sabar saya nak Nurul ni jadi isteri saya. Hehe. " Amir membuat senyuman gatai nya. Muka aku dah membahang. Mak dan abah sudah terburai suaranya menggelakkan aku. 'Nak kena Amir ni. Siap kau. '
"Dah2. Cepat pergi. Cepat pergi cepat balik. ",
"Baiklah. Kami pergi dulu. " aku menyalam tangan mak dan abah. Amir menyalam abh ku.. Kami terus memasukki kereta. Sepanjang perjalanan aku hanya mendiamkan diri. Setelah lama berdiam diri.Amir memulakan bicara.
"Nurul. Kau ni kenapa? Senyap je dari tadi. "
"Hmm. "Aku hanya membalas sepatah.
"Cuba beritahu aku. Apa yang tengah kau fikirkan sangat tuh. "
"Aku.. Aku mcm nak cancel lah majlis ni. Sebab.. Kesian mak abh. Kesian mak ayh kau jugak nanti. Diaorang semua kena tipu dengan kita. Hmm. "
"Tak.. Kau tak menipu pun.. Kita tak menipu.. Lagi pun aku cintakan kau. Aku janji perkahwinan kita ni akan kekal sampai ke jannah. Aku akan pastikan 6bulan yang ada ni. Kau akan suka kat aku. Tuh jaminan aku. Janji aku jugak. Aku akan pastikan kau buang ego kau tuh. And say u love me. I know u love me Nurul. Tapi kau terlalu ego. Disebabkan kisah lama. Kau seksa hati kau untuk pendamkan segala rasa sayang dan cinta kau kat orang lain. Nurul. Tak semua lelaki tuh sama. Kau kena berfikiran matang. Jangan kebudak budakan. Semua orang ada sejarah cinta dia sendiri and mybe ad yg lebih teruk daripada kes kau dulu. ALLAH tuh maha adil. Mengasihi. Dia takkan bagi ujian dan dugaan yg hamba Dia tak mampu. " Amir menjawab panjang lebar. Aku cuba mencerna segala yg diperkatakan Amir. Akhirnya aku tertunduk.
"Entah lah Amir. Aku tak nak komen apa2.hmm. Aku cuma nak kau bagi aku ruang berfikir. Aku juga tak nak kau terseksa di sebabkan aku. " Amir mengeluh.
"Habis kau nak teruskan tak perkahwinan ni? " Amir mula kelihatan risau. Takut aku membatalkan perkahwinan ini. Aku senyum.
" hmm. Teruskan. "
Amir menghela nafas kelegaan.