Bab 28

548 7 0
                                    

2Bulan kemudian.....

Aku menghampiri ilham. Aku membawa Amirul.

"Papa... Papa..  Mirul. Indukan papa. " Amirul terus memeluk ilham. Hanya seminggu sekali aku bawa Amirul ke hospital untuk bertemu ilham.

"Mama pun rindukan papa tau. ", sambung amirul lagi.  Tapi pelat2 la. Faham2 jela yew.

Aku mengucup lembut dahi ilham. Aku elus rambut nya. Rindunya Nurul pada ilham. Rindu nya nak dengar suara ilham. Rindu nak tengok ilham bermain dengan amirul.

"Yew. Mestilah mama rindukan papa amirul yang hensem ni. Nanti papa bangun siap mama kerjakan dia. "
Balas aku sambil tersenyum.

"Mama. Bila mama nak angun ? Mirul osan la tak de papa. "

"Sayang. Papa tak sihat. Doktor suruh papa tidur. Nanti kalau papa dah sihat. Papa bangunlah. Mirul sabar ya sayang. Orang yang sabar Allah sayang tau. Amirul suka kan Allah sayang amirul. " sambung aku sayu. Tapi masih ku gagahkan diri ini untuk melemparkan senyuman kepada amirul.

"Suka. Suka. Mirul suka. " balas Amirul gembira. Aku mengusap lembut rambut amirul.
Aku menoleh ke arah ilham.

"Abang.. Abang bangun ya. Kesian anak kita ni. Rindu sangat nak jumpa papa dia yang hensem ni. Kawan2 dekat hospital tuh pun rindu kat abang tau. Kesian semua orang. Bangun cepat ya sayang. ", bisik aku lembut di telinga ilham.

"Awak tak rindu saya ke Nurul? " aku terkedu. What???  Suara ni . Suara ni...... Aku mengangkat muka aku menghadap ilham. Ilham tersenyum lemah memandang aku. Aku mencubit pipi aku kuat.

"ADUHHH!! sakit. " aku tak bermimpi? Ilham dah sedar??? Tapi.. Tapi bila??? Ilham tergelak perlahan.

"Sayang.. Ni bukan mimpi ok. Abang dah sedarkan diri . Macam tak percaya pula rasanya Nurul yang saya kenal dulu panggil saya abang. Saya rasa berbaloi jugaklah saya koma ni. "

" ab..  Abang.. Bila abang sedar?? " tanya aku. Gembiraa gilerr weyh.

"Semalam. Semua dah tahu. Abang saja je suruh dia orang jangan beritahu Nurul. Hehe. ", aku mencubit lengan ilham perlahan.

"Aduh. Sakitlah yunk oi. Abang ni pesakit. Ingat tuh. "

"Siapa suruh tak beritahu Nurul? Nurul risau tahu tak. Selama abang tak sedarkan diri,  nurul risau sangat abang takkan sedar. " mata aku berkaca..

"Heyy.. Dah lah tuh. Abang dah sedarkan sekarang. Syhh. Dah dah. Tak mo sedih2. Erm.. Nurul.. Abang nak tanya satu soalan boleh? "

"Hmm. Apa? Tanyalah. "

"Nurul tak rindukan abang ke? "
Aku terdiam. Ilham mengeluh.

"Hmm. Tak apela. Abang tahu abang siapa. Tak patut abang tanya soalan tuh dekat Nurul. Sedangkan abang tahu yang Nurul tak... " belum sempat ilham menghabiskan ayatnya aku mengucup sekilas bibir merah ilham. Ilham terkedu.

"Nurul rindu abang sangat2. Nurul juga sayangkan ilham sangat2. Abang maafkan Nurul  ya. "

"Alhamdulillah . Terima kasih Ya Allah. Kau tunaikan permintaan aku. Abang dah lama maafkan awak sayang. " ilham memandang Amirul.

"Ya Allah. Anak papa dah besar gini dah... Hensemnye anak papa ni. Amirul rindu papa tak? "

"Indu. Indu angat. Papa je akin tak encem. Mirul akin encem. "

Aku dan ilham ketawa.

Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah kerana kau telah memberikan ilham semula kepada aku dan amirul.

*************

Surprise ok. Memang terkejut. Lepas je seminggu ilham keluar hospital. Dia boleh pulak bawa aku dan amirul ke rumah baru. Rumah banglo. Serius lawa. Tak sangka ilham da sediakan rumah untuk kami. Katanya kan senang. Ada privasi sikit.

Ilham sedang khusyuk menonton televisyen bersama amirul. Tengok cerita ainur mardiyah la tuh. Heheh..
Aku mengambil tempat di sebelah ilham.

"Amboi. Khusyuk nampak tengok TV. Dah tak ingat Nurul ke? "

"Hahah. Halah. Ni ha. Abang tengah syok tengok TV9 ni. Bagus. Cerita TV9 ni lebih kepada unsur kekeluargaan. Banyak nilai murninya. "

"Abah dengan mak Nurul pun suka tengok TV9. Berita pun diaorang suka tengok TV9." ilham mengangguk faham. Amirul tiba2 mencelah.

"Mama, papa. Mirul osan lah. Mirul nak adik boleh? Anti mirul ada kawan nak main. Boleh tak mama.. Papa? "

Aku dan ilham saling berpandangan. Muka aku mula merah. Ilham tersenyum nakal.

"Boleh sayang. Papa pun suka kalau mirul ada adik lagi. Mama nya boleh tak mama nya?  Anak kita ni nak kita buat adik untuk dia. Dah lama kita kahwin. Dah boleh jalan da ni projek kita. Tak gitu mamanya? " balas ilham sambil melingkarkan tangannya di pinggang aku. Aku memukul tangan ilham. Ilham ketawa. Aku menjeling ilham.

"Huh. Malas laa saya layan abang dengan amirul ni. Dah pukul 10.00 malam. Amirul. Jom naik atas. Mama tidurkan. " aku mendukung amirul naik ke atas. Amirul tidur di bilik sebelah. Selesai membaca doa tidur. Aku mendodoikan amirul. Hampir setengah jam. Amirul terlena. Aku mengucup ubun-ubun amirul. Ilham memasuki bilik amirul. Dia melakukan perkara yang sama pada amirul. Ilham memandang aku penuh harapan. Dia mengucup bibirku lama dan akhirnya aku membalas kucupan tersebut. Ilham melepaskan kucupan itu. Dia kembali memandang aku. Tangannya melingkari pinggangku. Aku memandangnya sayu. Kasihan suami aku ni. Aku tersenyum dan menganggukkan kepala. Faham apa yang ilham mahukan. Ilham tersenyum dan terus mendukung aku memasuki bilik kami. Aku terjerit kerana terkejut. Kami memasuki bilik. Ilham mematikan lampu. Dengan lafaz bismillah,  tertunai tanggungjawab aku kepada suami aku.  Semoga kebahagiaan ini akan kekal sehingga ke jannah. Malam ini merupakan malam terindah bagi aku dan ilham. Malam ini aku telah membuktikan perasaan cinta, sayang dan kasih aku kepada ilham.

Terima kasih Ya Allah.

Takdir CintaWhere stories live. Discover now