2 tahun yang lalu.. 2hari sebelum pemergian Amir.
Ilham berjalan jalan di dalam pusat membeli belah. Sedang dia asyik berjalan. Bahunya dipegang seseorang. Ilham menoleh. Dia tergamam. Amir? Ini ke Amir yang aku kenal dulu? Kenapa wajahnya lesu, pucat dan tidak bermaya?
"Wey Amir? " aku memandang Amir tidak percaya. Amir tersenyum kelat. Kami pergi ke sebuah cafe . Selepas memesan air. Ilham memulakan bicara.
"Kau kenapa mir? Muka kau... Muka kau kenapa macam ni? Kau oke tak ni Amir. Kenapa keadaan kau teruk ni? " tanya ilham bertalu-talu. Amir menjawab dengan suara yang lemah.
"Aku.. Masa aku dah tak lama ilham. Bila2 masa jer aku boleh rebah. Aku.. Aku tak sangka kau boleh terserempak kau dekat sini. Aku dah lama cari kau ilham. "
"Apa kau cakap ni? Kau sakit apa? "
Air sampai dimeja mereka. Mereka mengucapkan terima kasih. Belum sempat Amir bersuara. Amir batuk. Batuk yang sangat teruk sehingga mengeluarkan cecair merah yang pekat. Mata ilham membuntang."Wey kau kenapa ni? Kau ok tak ni? Dah jom kita pergi hospital. Keadaan kau dah teruk ni. " ilham bangun untuk membantu Amir berdiri. Tapi dihalang oleh Amir. Amir menyuruh ilham duduk ke tempat duduknya semula. Ilham akur.
"Aku.. Aku sakit ilham. Aku menghidap penyakit kanser otak tahap yang terakhir. Doktor cakap aku dah tak de peluang untuk hidup. "
Ilham tergamam."Aku sedih ilham. Nurul.. Nurul tinggal hari je nak melahirkan anak kami. Aku... Aku... Kecewa sebab tak mampu nak berikan kasih sayang kepada anak aku dan perhatian kepada Nurul. Sebab aku tak tahu sama ada masa tuh aku masih ada atau sudah kembali kepada-Nya. "
Mata Amir berkaca."Nurul tahu tentang ni? ", tanya ilham dengan kerisaun melihat keadaan tenat kawannya ini.
"Dia tak tahu. Aku tak nak dia sedih. Kau tahu kenapa aku mencari kau? "
Ilham menggelengkan kepalanya. Amir tersenyum pahit
"Bila aku dah takde nanti. Aku nak kau gantikan tempat aku. Aku nak kau bimbing isteri dan anak aku. Kahwini Nurul ilham. Jaga dan rawat serta hapuskan segala kesedihannya. Berikan anak aku kasih sayang seorang bapa yang sepatutnya. Aku tak mampu nak buat semua tuh ilham. Tapi kau mampu. Aku tahu. Aku tahu kau dah lama suka dan sayangkan Nurul. Dia cinta pertama kau. Kau juga cinta pertamanya. Kau rebut semula hati dia ilham. Rebut semula. Aku tahu hati Nurul keras. Tapi kau boleh melembutkn hatinya semula ilham. Aku yakin kau boleh. " ucap amir panjang lebar.
"Ap... Apa yang kau cakap ni mir. Kau belum mati lagi. Kau kena kuatkan semangat kau. Kalau kau mahu. Aku bawak kau sekarang ke london untuk menerima rawatan disana. " balas ilham. Ilham tak nak Amir pergi. Amir kawannya. Tak mungkin dia mahu melihat kawannya tenat begini. Amir menggelengkan kepalanya.
"It sokay ilham. Tak perlu. Aku tahu masa aku memang dah tak lama. Aku dapat rasa ilham. Keadaan semakin tenat. Tolonglah ilham. Aku merayu.. Ini permintaan terakhir aku sebagai seorang rakan. Tolong la aku merayu. Jaga dan bimbing lah Nurul dan anak kami. Aku tau kau layak ilham. Aku tahu jodoh kau dengan Nurul kuat. Aku tahu. Kalau dia marah2 kau. Tengking kau. Kau sabar ilham. Kau kena berusaha lembutkan hati dia semula. Aku tahu dalam hati dia masih tersemat kemas nama kau. Tolonglah ilham. Dan aku harap kau rahsiakan perkara ini daripada Nurul. " Amir merayu-rayu dan menangis teresak-esak. Ilham serba salah 'ya Allah. Besar sungguh dugaan Amir. Kau kuatkan lah hatinya ya Allah. ' mata ilham berkaca. Mata Amir memandang ilham dengan sejuta pengharapan. Hmm. Akhirnya ilham mengangguk perlahan. Walaupun berat. Ilham dan Amir terpaksa merelakan semua ini. Takdir dan ketentuan-Nya. Air mata Amir dan ilham mengalir semakin laju.
***************
"Amir macam mana aku nak lembutkan hati Nurul Amir. Ya Allah. Berikanlah aku petunjuk dan hidayah-Mu. " ilham meraup mukanya berkali kali. Dia berdiri dan meninggal cafe tersebut.Sesi pembelajaran bermula. Semuanya fokus terhadap arahan dan bimbingan ilham. Nurul juga turut fokus. Boleh dikatakan ilham seorang yang profesional kerana tidak menyampur adukkan urusan peribadi dengan urusan kerja. Aku merenung wajahnya lama. Ilham berdehem. Aku tersedar. Pehhh. Malunyaaaaaaa...... Aku cepat2 mengalihkan pandangan aku. Mira dan Aiman tersengih macam kerang busuk. Aku menjeling mereka.
Aku melihat jam tangan ku. Hari ni aku tidak membawa kereta kerana kereta ku rosak dan dihantar ke bengkel. Aduh mana pulak teksi ni. Dah pukul 10.00 malam pulak tuh. Takut wooo malam2 sorang2 kat sini. Dah lah sunyi.
Pon!! Pon!! Pon!!!
Bunyi hon kedengaran. Kereta mewah itu berhenti dihadapan aku. Siapa pulak ni. Aku dah takut ni. Cermin kereta di turunkan. Ah sudah. Lagi2 muka dia. Ilham tersenyum manis. Heleh. Hensem lagi Amir aku. Kukuikui. Rindu pulak aku dekat arwah abang Amir. Esok cuti aku nak jenguk dia lah. Bawak Amir sekali."Masuk nurul. Dah malam ni. Tak elok sorang2 dekat sini. Bahaya. " aku buat bongok. Ilham mengeluh. Tiba2 ada sekumpulan mat rempit bersiul siul memandang aku. Aku dah meremang. Aku cepat2 memasuki kereta ilham. Kening ilham terjongket sebelah. Dia tersenyum kemenangan. Aku membuang pandang. Kereta mewah itu dipandu terus ke rumah Nurul.
Aku mengucapkan terima kasih. Amir keluar dari kereta."Tak nak jemput saya masuk ke? Kenal kan saya dengan bakal mertua saya? Heheh" aku membuntangkan mata aku.
"Eh buat apa. Tak payahlah lagi pun dah malam ni. Mak dengan abah saya dah tidur lahh . Da dekat pukul 11malam ni. Awak tak malu aeh?"
Ilham tersenyum memandang ke arah belakang aku. Aku terdengar pintu rumah dikuak. Aduhhh. Mak dengan abah belum tidur ke? Aku memandang ke belakang. Mak? Alah. Eh Amirul belum tidur lagi? Amirul yang terlihat ilham cepat2 saja dia terus berlari ke arah ilham. Dan ilham terus mendukungnya ."Papa. Iyul indu papa. Dah ame iyul tak umpe papa. Iyul anak awan papa. " ucap Amirul pelat. Aku tergamam. Puan maisarah tersenyum.
"Alollolo... Anak papa ni.. Rindu papa ye? Papa pun rindu anak papa ni lah. Nanti papa bawak mirul pergi jalan-jalan ye? " ilham memandang aku. Aku terkilan. Papa? Anak papa? Bila masa amirul jadik anak kau? Amirul anak aku dan Amir seorang. Aku terus merampas kasar amirul daripada ilham. Ilham dan puan maisarah terkejut. En. Zamarul yang baru muncul juga terkejut dengan kelakuan Nurul.
"Awak jangan pernah nak sentuhhh anak saya.. Ni anak saya dengan Amir. Amirul bukan anak awak. Papa Amirul bukan awal ilham. Papa Amirul hanya Amir seorang. Awak jangan sesekali mengaku yang diri awak tu papa Amirul. Awak faham? Aqak boleh balik sekarang. " aku mengeluarkan suara yang lantang. En. Zamarul geram dengan kelakuan aku.
"Nurul Elena. Kenapa kamu kurang ajar sangat ni. Abah tak pernah ajar kamu biadap macam ni. Abah tak pernah ajar anak abah memalukan orang lain. " En. Zamarul naik angin. Sungguh keterlaluan kelakuan Nurul kali ini. Ilham serba salah.
"Pak cik mak cik. Maafkan saya. Nurul tak bersalah. Salah yang bersalah sebab gatal mulut bahasakan diri saya sebagai papa kepada amirul. Nurul maafkan saya ya. Saya harap pak cik maafkan saya. Saya harap pak cik jangan marah Nurul. Saya minta diri dulu ya pak cik mak cik. ", ilham menghampiri kedua orang tua ku. Dia menyalami tangan kedua orang tua ku. Dia mengucup pipi Amirul.
"Maafkan anak pak cik ya ilham. ", ucap en. zamarul lemah.
"Takpa pak cik. Memang salah saya. ", ilham tersenyum. Ilham berjalan ke arah kereta. Amirul menangis dan meronta ronta minta dilepaskan. Amirul terlepas daripada pegangan ku. Amirul berlari ke arah ilham. Aku terkedu. Ilham mendakap Amirul.
"Papa nak gi ane. Iyul nak itot. " rengek Amirul. Ilham tersenyum kelat sambil memandang Nurul kemudia pandangannya dialihkan kepada Amirul semula.
"Maafkan pap.. pak cik mirul. Pak cik kena balik. Pak cik.. Sayang sangat dekat Amirul. " ilham mengucup pipi mulus Amirul. Berat hatinya ingin membahasakan dirinya sebagai pak cik. Kerana dia sudah biasa membahasakan dirinya sebagai papa kepada Amirul. Yelah dulu masa di london kerap juga Amirul bermain dengannya tapi tak tahu pula Amirul ini anak Nurul.
"Acik? Papa ukan acik iyul la. Acik papa iyul. " amirul mula menangis. Ilham terus memberikan Amirul kepada Nurul dan berlari masuk ke dalam keretanya. Ilham sebak. Air matanya menitis. Enjin dihidupkan dan kereta nya bergerak laju. 'Maafkan papa sayang. ', sayu hatinya melihat Amirul menangis begitu sekali.
Nurul memeluk erat amirul. Aku memandang kedua orang tuaku. Wajah mereka benar2 kecewa dengan kelakuan aku. Hmm. Perasaan serba salah muncul lagi. Hmm.