Aku, ilham dan amirul berkejar kejaran di taman bunga. Kami sangat bahagia. Ya. Kebahagiaan ini pernah aku lihat. Tak mungkin aku lupakan. Kebahagiaan di mana aku telah melihat di dalam mimpi ku. Mimpi di mana arwah amir menunjukkan lelaki yang mampu menjaga, membimbing dan membahagiakan aku dan amirul. Terima kasih ya Allah. Terima kasih abang Amir.
"Mama. Papa.. Mirul nak ais krim. "
Aku dan ilham tersenyum."Boleh sayang. Jom kita pergi beli. " balas aku. Sedang aku berjalan, aku tertendang batu. Hampir sahaja aku terjatuh tetapi nasib baik ilham sempat menyelamatkan aku. Fuhh selamat. Lega hati aku. Riak muka ilham risau. Hehehe. Opss. Sory suami. Ilham memegang perut aku. Kemudian memandang aku.
"Sayang.. Hati2 jalan. Kesian baby dalam perut awak tuh. Lagipun sayang sepatutnya duduk dekat rumah je sekarang ni. Dah sarat sangat ni. " bebel ilham. Risau sangat.
"Ala. Nurul bosan lah abang. Lagipun nak layankan amirul ni. Kesian dia. "Balas aku sambil mengelus lembut perut aku. Ilham mendukung Amirul.
"Abang. Tak payah lah di dukung Amirul tuh. Dah besar. " ilham tu manjakan sangat amirul.
"Alah. Manjakan apa nya. Ala tak apalah. Kita pun kan selalu busy kerja. Time cuti ni laaa abang dengan sayang ada masa tuk anak kita ni. Bukan selalu dapat dukung anak papa ni. "
Hmm. Betul juga tapi aku dah minta cuti da sebabnya da tinggal tunggu hari je ni nak bersalin heheh. Aku menganggukkan kepala. Ilham tersenyum.************
"ABANG!!!!!!!!! SAKITTTTT!!!!! ALLAHHHHH!!!! " Aku menarik narik rambut ilham. Ilham kesakitan. Lagi sebelah tangan aku mengenggam kuat kain di atas tempat pembaringan aku. Muka aku berpeluh peluh.
"Ya Allah sayang... Sakitnya rambut abang.... Ya Allah kau permudahkanlah urusan isteri aku ini. Lindungi mereka berdua. " nak nangis ilham dibuatnya. Yelah aku tarik kuat kot rambut dia. Hahahah.
Selang beberapa jam akhirnyaaaa
Uwekkkk... Uwerkkkk.... Suara bayi kedengaran. Alhamdulillah. Selesai juga. Duhh penatnya.. Nak tidur sekejap lah. Dah tak larat sangat ni. Gudnight everbody. Muahh.. Hahah. Aku terus terlelap.
"Sayang?? Nurul???? Bangun!!! Doktorrrr. Isteri saya. "
Keadaan menjadi kelam kabut. Ilham dikehendaki keluar. Ilham mundar mandir di luar wad. Mama, papa, ayah, kak fathia, abang aizat dan mak abah datang menghampiri ilham."Macam mana nurul ilham??? " tanya puan maisarah.
"Haah ilham. Macam Nurul?? Anak dia ?" sambung puan salmah. En. zamarul dan En. Ramli kelihatan risau. Abg aizat mukanya tenang saja. Yelah. Aku dengan abang aizat biasa2 je. Mana rapat sangat. Kahkahakh. Kak fathia turut risau.
"Hmm. Anak kami dah selamat. Tapi.. Semua mengucapkan Alhamdulillah.
"Tapi kenapa ilham? " tanya En. Zamarul. Risau pula dia dibuatnya. Ada tapi tapi la pulak.
"Tapi selepas Nurul selamat melahirkan, Nurul pengsan abah. Ilham risau. ", balas ilham. Air mata lelakinya mengalir.
"Insya-Allah. Nurul baik2 saja. Kamu kena yakin dengan Nurul. Nurul seorang yang kuat semangat ilham. " sambung kak fathia. Hmm. Kak fathia nak menyedapkan hatinya yang tengah gundah gulana la tuh. Heheh.
Satu jam berlalu. Doktor keluar. Doktor menghampiri mereka. Doktor tersenyum. Mereka kelihatan lega apabila melihat senyuman doktor itu."Macam mana dengan isteri saya doktor? "
"Alhamdulillah. Isteri awak sihat. Sekejap lagi pihak hospital akan memindahkan isteri awak di wad biasa ya. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum. " mereka semua mengucapkan syukur Alhamdulillah. Dan menjawab salam serentak. "Waalaikumussalam. "..
Setelah aku di masukkan di dalam bilik biasa. Ilham mendukung anak kami. Ya anak kami perempuan. Siti Alisa maisarah. Ilham mengazankan Alisa dengan suara yang lunak. Ilham memandang aku sambil tersenyum.
"Terima kasih sayang. " ilham mengucup lembut ubun - ubun aku. Mak, abah, kak fathia and husband, mama papa dan ayah masuk ke dalam bilik ku. Mereka semua gembira melihat kedtangan ahli baru dalam keluarga mereka. Alhamdulillah. Sejuk hati aku melihatnya. Aku dan ilham tergelak. Yelah. Mana tak nye. Semua berebut rebut nak dukung Alisa. Ilham duduk di sebelah aku. Dia mengusap lembut tangan aku. Aku tersenyum.
"Nurul sayang abang sangat2."
"I love u more sayang. I love u till jannah. "
"Me too. Amin. "
"Amin"
Terima kasih Allah 😊💕