Bab 23

452 6 0
                                    

Mimpi ini? Ya mimpi ini yg dahulunya sering kali muncul di dalam tidur ku. Mimpi yg sama. Tapi anehnya. Gambaran suasana nya semakin jelas. Wajah lelaki itu semakin jelas. Mataku terpanar. Aku menggelengkan kepala aku. Aku menutup mulut ku menggunakan kedua belah tapak tangan ku. Aku bagaikan tidak percaya dengan apa yang aku lihat. Seorang lelaki menghampiri aku dari belakang dan memegang bahu kanan aku. Aku menoleh ke belakang. Lelaki itu menganggukkan kepalanya sambil tersenyum. Mata aku berkaca.

"Tak. Tak mungkin. Kenapa dia? "

"Ya sayang. Dialah lelaki yang paling abang percaya boleh jaga Nurul. Boleh jaga anak kita. Boleh bimbing sayang and amirul. Terimalah dia Nurul. Allah memang dah takdirkan sayang dengan dia. Itu jodoh Nurul. Hargai dia Nurul. Dia ikhlas sayangkan Nurul. Abang harap Nurul nampak permata di hadapan nurul. Jangan sampai permata tuh pergi. " Amir terus menghilang.

"Abang!!??? " terlambat. Amir sudah hilang. Hilang buat selamanya. Aku beralih ke arah lelaki itu. Lelaki itu sedang bermain dengan Amirul dan aku? Ya aku. Aku berada di situ. Bermain dengan bahagia bersama lelaki itu dan Amirul. 'Ya Allah.' lelaki itu dan amirul serta diriku sendiri melihat ke arah aku. Mereka tersenyum bahagia. Aku terkedu. Aku terus tersedar dari lena aku. Aku melihat ilham yang sedang terlena di sebelah aku. Aku menangis.

"Ya Allah. Benarkah lelaki di hadapan aku ini lelaki yang sama yang sering muncul di dalam mimpi aku selama ini. " ucap aku perlahan. Tangan aku teragak Agak untuk mengelus lembut pipi ilham. Tapi akhirnya aku mengelus lembut juga pipi ilham. Ilham tersedar. Cepat2 aku menarik tangan aku dan mengesat air mata aku.
Ilham bangun dari pembaringannya. Dia memandang aku pelik.

"Kenapa ni? " tanya ilham dengan suara yang serak. Ilham melihat jam dinding. Jam menunjukkan tepat pukul 3.30 pagi. Aku menggelengkan kepala aku.

"Tak. Tak ada apa2. Maaf ganggu tidur awak. Saya nak turun. Nak minum air. " cepat2 aku turun dari katil tapi sempat ilham mencapai tangan aku.

"Awak nangis?? ",
Aku melepaskan pegangan ilham sebelum aku menoleh ke arah ilham. Aku tersenyum pahit.

"Tak. Saya tak nangis. Saya nak turun. " aku terus keluar dari bilik dan menuju ke dapur. Mak dan abah tak ada 2hari ini. Dia ke rumah baru kak fathia. Hmm kak fathia ni pun satu bukan nak datang sini dulu.
Aku mencapai gelas dan menuangkan air sejuk ke dalamnya. Aku meneguk air tersebut.
"Allah. Alhamdulillah. Lega tekak aku ni. Hmm tak boleh tidur la pulak. Tengok CD la. Hehe. Tiba2 terasa nak tengok cerita korea pulak pagi2 buta ni "
Aku terus menuju ke ruang tamu. Aku mengeluarkan cd korea yang bertajuk Boy over flower. Yelah memang cerita ni dah lama. Tapi Best wey. Hahah. Aku mula melihat cerita tersebut. Aku mencapai biskut orea di atas meja lalu aku makan sambil tergelak gelak melihat cerita korea itu. Tiba2 bulu roma aku menegak. Terasa ada seseorang di belakang sofa tempat di mana aku duduk. Ergh apa hal pulak ni. Seram pulak tiba2. Aku melihat jam sudah menganjak ke pukul 4.30 pagi. Aku menoleh ke belakang sedikit sedikit.

"Barghhhhhhhh!!!!!! " syaitan itu menjerit ke arah aku. Aku terkejut dan menjeritt sekuat hati.

"Allahuakbar. Ya Allah. Pergi lah kau syaitan yang dilaknat Allah. Jangan kacau aku. " aku membaling bantal yang ada di sebelah aku. Syaitan itu ketawa terbahak bahak. 'Eh. Jap jap. Macam aku kenal suara syaiton ni.' aku mencelik kan mata aku. Mata aku membuntang. Aku memukul syaitan itu berkali kali. Ha padan muka. Syaitan itu masih tergelak gelak.

"Hurghhh. Kuranggg ajarrrlah awak ni. " marah aku.

"Hahahahahah. Ok ok. Sorry lahhh. Hahahah. " ilham semakin galak mengelakkan aku.

"Eeee. Siap awak. " aku terus datang ke arah ilham untuk menumbok mukanya. Ilham terus berlari. Aku mengejar ilham. Lari punya lari. Tiba2 aku hampir terjatuh tapi sempat aku menarik baju ilham. Ingatkan selamat. Rupa-rupanya dengan ilham - ilham nya sekali jatuh. Tetapi mata aku terbuntang. Aku terjatuh di atas badan ilham dan secara tidak sengaja aku tercium bibirnya. Aku cepat2 bangun. Ilham tersenyum nakal. Muka aku membahang.

"Erghh. Blah lah sana. Saya nak tengok cerita pun tak senang."aku terus kembali ke arah sofa dan duduk. Ilham mengekori aku dan duduk di sebelah aku. Aku memandang ilham

"Hey. Apesal kat sini ni? Pergilah tidur sana. Kacau betul lah. "

"Eleh biar lah. Suka hati saya lah nak dekat sini ke dekat atas ke. Yang awak sibuk kenapa? Kenapa awak ada masalah ke? "Balas ilham sambil tersenyum sinis. Aku mengeluh kasar.
",huh. Sebok jerrr. Suka hati awaklah. Malas layan. " mata aku terus menatap ke arah televisyen. Sedang aku khusyuk melihat TV. Terasa ada satu tangan melingkari pinggang aku. Aku terkejut. Aku cuba meleraikan tangan itu.

"Hish apa ni. Lepaslah. Saya tak suka tahu tak. Nak tengok cerita pun tak senang lah. " marah aku.

"Hello. Suka hati sayalah. Awak tuh isteri saya. Tak berdosa pun saya pegang pinggang awak ni. Kalau saya nak peluk cium awak pun boleh tau. Ke awak nak lebih daripada ini? " ilham tersenyum nakal. Aku menelan liur. Alamak tak boleh jadi ni.

"Er... Ok ok. Stop it la. Awak jangan mengada ae. Saya tumbuk muka awak kang. " tetapi ilham hanya terdiam. Dia mengeluarkan senyuman yang nakal. Muka nya di rapatkan ke muka aku. Aku terundur ke belakang dan aku terbaring di atas sofa. Ilham berada di atas aku. Aku menelan liur. Dia mengucup lembut dahi aku. 'Allah. Apesal perasaan aku ni. Jantung aku ni pehal laju sangat berdegup. ' omel aku di dalam hati. Ilham beralih ke arah pipi aku. Selepas itu die mengucup bibir aku. Aku memejamkan mata aku. Lama dia mengucup bibir aku. Aku terpukau. Aku membalas kucupan tersebut. Ilham sempat tersenyum semasa aku membalas kucupan tersebut. Ilham melepaskan bibir aku. Mata aku masih terpejam. Ilham mengucup ubun-ubun ak. Aku membuka mata aku perlahan-lahan. Ilham tersenyum.

"Saya tak akan ambil lebih daripada tuh. " ilham terus menuju ke anak tanggan dan menaikki anak tangga. Aku hanya mampu melihat. Aku menggenggam baju aku. 'Hmm. Aku suka dia ke? Hmm' aku terus memandang semula ke arah televisyen. Aku melihat TV tapi fikiran aku menerawang. Selang beberapa minit. Aku terlena.

Takdir CintaWhere stories live. Discover now