Pulau Nami. Korea
Aku dan Amir menuju ke bilik hotel. Hmm mcm mimpi pulak boleh sampai ke korea. Kalau bukan sebab Amir takde makna nya aku boleh sampai ke sini. Setelah memasukki bilik. Kami membersihkan diri dan menunaikan solat zohor bersama-sama. Setelah selesai. Aku dan Amir keluar untuk pergi bersiar-siar. Keadaan ketika itu Agak sesak. Tiba2 aku kehilangan jejak Amir. Amir hilang. Ya Allah. Aku mencari Amir. Tapi tidak jumpa. Malam telah pun tiba. Tetapi Amir masih belum ku temui. Jalan untuk pulang ke hotel aku sudah lupa. Inilah kelemahan utama aku. Aku mudah lupa. Handphone pula sudah kehabisan bateri. Ya Allah!!! Akhirnya aku menangis. Aku berjalan dengan lemah dan longlai. Aku ketakutan. Sedang aku berjalan.. Ada tangan yang menarik tangan ku dan terus memelukku. Dia menangis. Aku menolak. Siapa niy? Main peluk2 aku je. Dia ingat dia sapa. Dah lah aku tengah sesat ni. Aku menolak dan melihat orang itu. Ha? Amir? Dari riak wajahnya dia Kelihatan sungguh risau dan marah.
"Mana sayang pergi ha? Sayang tahu tak abang cari sayang merata-rata tempat tapi sayang takda? Kan abang dah cakap pegang tangan abang kuat-kuat. Dekat sini ramai orang. Bahaya tahu tak. Apa salahnya sayang buang ego sayang hari ni. Salah ke sayang genggam tangan abang? Ini untuk keselamatan sayang juga. "Amir marah. Aku takut. Aku diam.
"Abang sayang dekat sayang. Tapi kenapa sayang buat abang mcm ni? Abang call tak angkat. Abang boleh gila lah mcm ni. Kalau sayang hilang apa abang nak jawab dekat papa. Mama. Mak dengan abah nanti? Tahu tak betapa risaunya abang bila Nurul tiba2 hilang? " Amir masih marah. Aku tertunduk. Dia terus menarik tangan aku untuk kembali ke hotel. Setelah sampai. Kami membersihkan diri dan menunaikan solat Isyak. Setelah selesai aku menyalam tangan Amir tapi Amir tidak menyium dahi aku seperti selalu. Aku sedih. Terkilan. Tapi aku tahu Amir lebih terkilan. Hmm. Ya Allah. Apa aku nak buat ni. Amir terus naik ke atas katil dan baring untuk tidur. Dia membiarkan aku keseorangan. Aku diam sejenak sebelum aku menaikki katil. Tangan ku teragak-agak untuk memeluk pinggang Amir. Untuk mendapatkan kemaafan Amir, Pada malam itu akan aku buang ego ku. Kerana aku tahu ego ku ini akan menyakiti ramai hati manusia yang aku sayang. Amir masih kaku. Aku menarik badan Amir untuk menghadap muka ku. Amir masih diam. Aku mengucup dahi dan kedua dua pipinya. Amir mula membuka mata. Aku bersuara.
"Sa.. Saya... Sayang abang.. Sayang dah lama cintakan abang. Tapi disebabkan ego sayang.. Abang terseksa. Sayang minta maaf. Sayang sanggup lakukan apa saja yang abang minta asalkan abang boleh maafkan sayang. " aku menangis teresak-esak. Amir mula memelukku.
"Akhirnya.. Sayang luahkan juga apa yang sayang rasa pada abang. Dah lama abang tunggu sayang ungkapkan perasaan sayang tuh. And lepas ni sayang jangan buat abang risau macam tadi okey? " Amir tersenyum bahagia. Dia mengeratkan lagi pelukannya. Aku memandang wajah Amir. Aku menganggukkan kepala ku.
"Maafkan sayang ya abang? Abang boleh maafkan sayang?" Tanyaku kepada Amir. Amir tersenyum nakal. Aduh. Apehal pulak dia niy.
"Belum lagi. Tadi sayang cakap sayang akan buat apa saja kan untuk abang asalkan abang boleh maafkan sayangkan? " jantung aku berdebar-debar. Aku menganggukkan kepala.
"Abang nak... Sayang tunaikan tanggungjawab seorang isteri pada malam ini. " Amir berbisik pada telinga aku. Aku menelan liur. Ya Allah. Setelah lama mendiamkan diri. Akhirnya, Aku relakan juga hati ini. Sungguh aku juga sangat cinta pada Amir. Aku menganggukkan kepala aku. Amir tersenyum manja. Dia menutup lampu. Dia mengucapakan kalimah 'Bismillah' Dan pada malam itu aku menunaikan tangungjawab ku kepada suamiku. Amir.
*******
Amir mengejut aku. Aku masih terlena. Perasaan penat dan lenguh menguasai diri ku. Amir mengejutku lagi. Dia berbisik di telingaku."Sayang... Bangun.. Dah subuh ni. Nanti sayang terlajak subuh kang. " sunyi. Aku masih lena. Aduh malasnya nak bangun. Malu pulak tuh. Aku masih pura2 mengejamkan mata. Mata ku bergerak gerak walaupun masih terpejam. Amir tersenyum. Mencari akal untuk mengenakan aku. 'Oh. Dah bangun. Tapi buat2 tidur pula. Nak kena ni'
Amir melingkarkan tangannya dipinggangku. Aku terkejut. Dia berbisik ditelinga ku."Kalau sayang tak nak bangun. Abang ngap sayang sekarang juga. Sampai sayang tak larat nak bangun hari ni. "
Mata ku terus membuntang. Aku terus terduduk. Amir melepaskan ledakan ketawa. Aku memandang Amir dengan renungan tajam"Huh. Saja nak kenakan sayangkan. "Aku mencubit amir.
"Hahaha. Tuh la siapa suruh tak nak bangun. "
"Huh. Malas layanlah. Sayang nak mandi. "
"Abang nak ikut boleh? "Nakal. Amir ni memang nakal.
"Tak payah. Abang dah mandikan. Tak payah sibuk2. Duduk situ diam2."
Amir membuat muka monyok sejuta. Aku menggelengkan kepala. Amir Amir.. Ada2 saja akal kau ni.
Setelah selesai membersihkan diri. Aku dan Amir menunaikan solat subuh. Setelah selesai. Amir mencium dahi ku."Terima kasih sayang. Untuk hadiah tmalam tadi. "
"Hmm. Tak payah lah abang ckp mcm tuh. Dah memang tanggungjawab sayang. Maafkan sayang ya ."
"Apologise. Accepted. Hmm. Lain kali kalau abang nak lagi sayang bagi tak? "Amir tersenyum nakal. Mukaku membahang.
"Erkk. Malas la sayang layan abang. Sayang nak minum air. " aku berdiri. Tetapi tanganku di tarik Amir. Huish apehal tarik2 pulak ni.
"Jawab soalan abang tuh. " haduh. Ak menjawab malas.
"Ye boleh. Abang nak minta hari2 pun boleh. Sekarang let me go. " jap jap. Otak aku mencerna apa yang aku baru luahkan. Hari2??aduh. Gile ke kau Nurul...
"Wauu hari2 pun boleh ae? Mcm ni baru abang sayang. " Amir mengucup bibirku. Mataku membulat. Lama. Aku relakan. Akhirnya dilepaskn juga oleh Amir. Amir tersenyum.
"Jom keluar. Kita pergi sarapan."
"Jom. Sayang nak makan makanan paling sedap kat sini. Kalau abang bagi sayang makanan tak sedap. Siap abang. "
"Yewlah. Mestilah abang kasi makanan yang sedap2.dah lama kut abang stay sini. Sayang lupa ke? "
Ok aku lupa Amir pernah menetap di korea. Eleyh menyampah. Aku menjelingkan mata aku. Aku mencebik. Amir mencubit bibirku."Apa ni. Sakitlah. Huh. "
"Habis tariklah lagii muncung bibir sayang tuh. Sikit2 nak cebikkan bibir sayang tuh. Abang cium kang baru tahu. " aku terus menutup bibirku dengan telapak tangan aku. Amir ketawa. Hmm. Bencila mcm ni. Asyik dikenakan Amir je. Omel aku didalam hati. 'Suatu hari nanti sayang takkan nampak senyuman ni lagi. Tapi jangan risau kerana Anak kita ya anak kita akan merawat kesedihan nurul. Time tuh sayang boleh la ingat abang selalu. Time tuh jugak abang harap seseorang akan muncul untuk menjaga sayang dan anak kita. Dan bahagiakan keluarga kecil kita ni' Amir bicara di dalam hati.