Aku membeli ais krim di tepi jalan. Aku memanggil ilham untuk datang kepada aku. Heheh. Hari ni dah hari keempat kita orang di Bali. Best sangat. Ilham pula seriusly memang layan aku baik giler. Mana tak jatuh cinta kat dia. Hahah. Tak sangka mulut ilham tu masin. Aku betul2 dah jatuh cinta pada dia buat kali ke2. Kurrr..... Ilham berlari ke arah aku tanpa memandang kiri dan ke kanan. Ilham tersenyum.
"Ilham. Hati-hati. Tengok jalan tu. Banyak kereta la awak. ", jerit aku risau. Mana tak risau banyak giler kot kereta. Pak cik yang menjual ais krim itu memanggil aku.
"Buk ini ais krim nya ya." aku memandang pak cik itu. Aku memberikan wang kepadanya.
"Terima kasih ya pak. " aku tersenyum. Tetapi cuma seketika apabila kedengaran bunyi dentuman yang kuat. Aku menoleh ke arah bunyi tersebut. Mata aku terpanar. Air krim di dalam tangan aku terlepas. Mata aku mula berkaca. Aku berlari ke arah bunyi tersebut. Aku terpaku melihat sekujur badan yang terbaring layu dengan linangan darah yang banyak di dahi dan kepalanya. Aku meluru ke arah orang tersebut dan meletakkan kepalanya di riba aku. Aku menangis teresak esak sambil memeluk eratnya.
"Ilham!!!!! Tolongg. Sesiapa plisss tolong calll ambulance sekarang.... Tolong... Suami saya pendarahan teruk niyh. ALLAH. !!!!", orang ramai mengerumi kami. Dan ada seorang pak cik menelefon ambulance. Aku menangis teresak - esak.
"Ilham. Awak jangan tinggalkan saya. Plisss jangan tinggalkan saya. Saya tak nak orang yang saya sayang hilang buat kali kedua. Cukuplah dulu Amir pergi tinggalkan saya. Awak tak kasihan dengan saya ke ilham? " aku menangis teresak esak. Ilmu kedoktoran yang aku pelajari terus zero. Aku dah tak dapat fikir apa2 melainkan ilham. Tekanan darah aku semakin tinggi. Mata aku berpinar pinar. Dunia semakin kabur. Dan akhirnya aku rebah. Rebah bersama ilham. Aku memang tak layak digelar doktor. Suami sendiri kena pendarahan teruk pun aku tak mampu nak buat apa2. Aku trauma.
*********
Aku membuka mata aku perlahan lahan. Samar2 tetapi akhirnya suasana menjadi jelas. Aku dapat melihat Amirul,mama, papa, mak, abah, Abg aizat dan kak fathia. Kepala aku pening
"Nurul dekat mana ni? ", tanya aku lemah. Aku mencari cari seseorang. Mana ilham?
"Kita di hospital sayang. " balas puan maisarah. Ha hospital? Aku bagaikan tersedar. ALLAH. Ilham. Kemalangan. Aku terus cepat menanggalkan jarum yang disambungkan dengan wayar yang berada di tangan aku. Semua kelam kabut menenangkan aku. Aku terus berdiri dan berjalan lemah walaupun dihalang oleh mereka.
"Nurul. Nurul kena rehat. Nurul tengah lemah sekarang. " kak fathia bersuara. Risau dia melihat keadaan adiknya yang seorang ini.
"Adik nak ilham. Nurul nak tengok ilham. Ilham mana? Nurul nak ilham. ", tanya aku teresak esak. Kak fathia memeluk aku. Sayu hatinya melihat aku begini. Dulu ketika Amir meninggalkan Nurul, sungguh hatinya juga bagaikan disiat siat apabila melihat adiknya ini menderita. Kini janganlah ilham meninggalkan Nurul pula. Kasihan Nurul. Sungguh dia bersimpati dengan nasib yang menimpa adiknya ini. Baru sahaja ingin mengecapi kebahagiaannya, tetapi Allah menguji nya dengan dugaan baharu. Allah. Aku tahu kau takkan menguji hambaMu melainkan mereka mampu menghadapinya. Kau berikanlah kekuatan kepada adik ku ini Ya Allah.
"Sudahlah . Biarkan nurul pergi kepada ilham. Biarkan dia tahu keadaan ilham sekarang. Fathia bawa adik kamu berjumpa ilham. " celah En. Zamarul sebak. Dia juga turut bersimpati dengan anak bongsunya ini. Begitu banyak dugaan yang menimpa. Abah tahu Nurul kuat nak. Abah tahu. Abah tahu suatu hari nanti kebahagiaan yang Nurul nantikan akan tiba. Kak fathia mengangguk faham. Perlahan lahan kak fathia memimpin aku ke dalam wad ilham. Sesampai sahaja di wad ilham. Aku terus menerpa ilham. Aku memeluk erat tubuh yang sedang terbaring bagaikan tidak bernyawa itu.
"Ilham. Bangun ilham. Bangun. Saya.. Saya belum sempat luahkan apa yang saya rasa pada awak ilham. Ilham bangun. Berikanlah saya kesempatan untuk membahagiakan awak. Saya menyesal sebab tak hargai awak. Tak hargai cinta dan kasih awak pada saya. ", kaku. Ilham hanya kaku. Tangisan aku semakin menjadi jadi.
"Awak. Amirul perlukan awak. Awak tak ingat ke janji awak pada saya? Awak kata awak takkan tinggalkan saya dan Amirul. Awak kata awak nak jadi imam kepada saya dan Amirul sampai ke jannah. " kak fathia menghampiri aku dengan tangisan sayu. ALLAH. Kau kuatkan lah adikku ini. Kak fathia memeluk bahu aku erat.
"Nurul. Ilham.. Ilham koma sayang. Ilham menerima gegaran otak yang teruk dan ilham kehilangan banyak darah ." aku terkedu. Apa? Ilham koma. Aku menggelengkan kepala aku.
"No. Tak mungkin ilham koma. Akak cakap benda ni semua tipu kak. "
"Akak tak tipu sayang. Adik kena kuat semangat ya. Doktor cakap ilham akan sedar. Tetapi mengambil masa yang lama. Ikut pada kekuatan diri ilham sendiri.
"Ya Allah. Kenapa semua ni jadi pada Nurul kak. Nurul tahu Nurul jahat. Tapi kenapa kebahagiaan untuk Nurul cuma sekejap. Allah tak sayang Nurul ke kak? "
"Astaghfirullahalazim. Mengucap Nurul. Mana ada Allah tak sayang kamu. Allah sayang semua hamba2 Nya. Allah sayang kamu nurul. Sebab tu Allah uji adik dengan bermacam macam dugaan untuk adik mengingatiNya, mendekatkan diri adik pada- Nya, Allah rindukan hamba-Nya adik. Adik untung tau diuji dengan bermacam macam ujian. Itu tandanya Allah sayangkan nurul.Allah nak uji nurul. Kekuatan nurul. Berdoalah pada Allah nurul. Berdoa agar ilham cepat sedar." sambung kak fathia. Aku mengucap di dalam hati. Ya. Nampaknya aku memang da tersasar jauh. ALLAH sayang aku. Aku yang tak sedar diri. Ampun hamba Mu ini Ya Allah. Hmm. Ilham. Saya akan tunggu awak ilham. Bangun ya sayang. Uncle Akmal yang dari tadi berada disamping ilham hanya mampu menangis. Sayu hatinya melihat keadaan ilham dan menantunya Nurul.