Bab7

542 9 0
                                    

Hari yang dinanti nantikan telah tiba.. Hati nurul berdebar debar. Ya Allah. Kau kuatkan lah aku. Berduyun duyun manusia hadir memenuhi majlis perkahwinannya. Aku menjadi takut. Rania dan Ana hadir di majlis tersebut.  Mereka menemani aku di dalam bilik. Mereka menggenggam tangan aku.

"Hey beb. Kau nervous ae? " tanya ana.

"Hurmm. Aku takutlah wey. Kau rasa betul ke tindakan aku ni. Aku rasa aku ni selfish. Sebab mempergunakan amir untuk kepentingan diri aku sendiri. " jelas aku kepada ana dan rania. Rania tersenyum. Lalu memeluk bahu ku.

"Hey. Apa pulak kau cakap mcm tuh. Kau ingat kita org tak tahu kau suka Amir. Smue org pun tahu Nurul. Cuma kau jer yg menidakkan. Ego kau tinggi Nurul. Suatu hari nanti aku yakin Amir akan berjaya tumpaskan ego kau tuh. Aku yakin beb. "

"Tak. Aku tak suka Amir. Hmm. Aku.. Aku anggap dia kawan jer. Tak lebih. Aku dah malas nak fikir pasal cinta. " aku masih menidakkan apa yg dikatakan oleh rania.

"Takpa. Sekarang kau boleh cakap kau tak suka. Tapi lama kelamaan kau pasti akan tunduk dengan perasaan cinta kau tuh. Nurul plis buang ego kau tuh. Tak salah kau bagi peluang untuk amir sebab dia tak pernah buat salah kat kau. Dia kahwini kau bukan sebab dasar terpaksa. Tapi sebab die ikhlas cinta dan sygkan kau. " terang Ana panjang lebar. Rania hanya mengiakan apa yg ana nasihat. Ketukan pintu kedengaran. Jantung ku semakin berdebar.

"Dik. Pengantin lelaki dah datang tuh. Cepat sini keluar. Smua org da tunggu kau dik. " kak fathia memanggil aku keluar.

"Ha. Baik. Baik.. Adik keluar sekarang. Akak pergi dulu. Nanti adik dengan kawan2 datang menyusul. " kak fathia hanya menganggukkan kepala. "Cepat sikit. " aku mengangguk.. Aku mula bergerak keluar. Rania dan ana memandang aku memberikan semangat kepada aku. Setelah sampai.. Aku duduk ditempat yg disediakan. Amir memandang aku. Dia tersenyum. Aku terkedu. Dia kelihatan sungguh berbeza hari ni. Jantung ku berdegup semakin kencang.. Ya Allah perasaan apa ni. Aku tak nak perasaan ni. Kenapa susah sangat aku nak buang perasaan ni. Hmmm.

"Baik lahhh semua dah sedia? Pengantin lelaki.. Perempuan dah sedia? " tanya tok kadi kepada semua. Kami semua menganggukkan kepala.

"Baiklah. Saya mulakan sekarang. Aku nikahkan dikau dengan Nurul Huda binti mohd zamarul dengan mas kahwin nye seratus ringgit tunai."

"Aku terima nikahnya Nurul huda binti mohd zamarul dengan mas kahwin nya seratus ringgit tunai. "
Kesemua nya mengucapkan sah dan dengan sekali lafaz sahaja aku sudah sah menjadi isteri orang. Ya Allah. Air mata ku menitis juga akhirnya. Mereka semua mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana semua nye berjalan dengan lancar. Amir menghampiri aku. Aku meyalami tangan nya dan Amir mengucup dahiku. Lama.. Sehingga rania berdehem. Baru Amir tersedar. Muka Amir dan aku membahang.

"Hai Amir.. Bawak2 ler bersabar. Nanti malam kau nak buat apa.. Buatlah. Sekarang tenang2 dulu. Chill bro..nurul tak lari. Heheh" rania bersuara. Semua orang melepaskan ketawa. Malu wey.. Malu aku. Amir hanya menggarukan kepala sambil tergelak sama.

Sesi mengambil gambar bermula. Aku janggal. Serius janggal. Aku germ giler bila kamera man tuh bersuara.

"Dik rapat sikit dengan suami awak.. Yang suami tuhh tarik sikit isteri awak dekat dengan awk. " org tersebut tersenyum. Amir tersenyum nakal. Dia menarik aku merapati diri nya. Tangannya melingkari pinggangku. Dengan sekelip mata aku sudah berada betul2 rapat dengannya. Mataku.. Aku jenggilkan kepada nya. Amir mengelipkan sebelah matanya.

KLIK!  KLIKK!  KLIK!
 
Urghh akhirnya tamat jugak sesi bergambar. Lenguh badan aku.
Setelah selesai bergambar.. Dan majlis selesai. Amir dikehendari mencuci segala bapak periuk kat luar tuh. Hahah. Aku menunjukkan tanda good kepada Amir. Padan muka. Amir menghampiri aku. Dia berbisik kepada aku.

"Oh kau gelakkan aku ye.. Siap kau nanti malam aku kerjakan. Tak tidur malam la kau malam ni. " Amir terus pergi meninggalkan aku. Muka aku terus merah.. Panas... Alamakk macam mana ni. Aku lupa pasal nanti malam. Ha. Aku tahu. Nanti malam lepas jer semuanya settle aku nak cepat2 tidur. Kahkahkaha. Pandai otak kau Nurul.

"Hoi Nurul. Jomlah ambil gambar dengan kitaorang. Tadi kau dah amik dgn family. Sekarang jom amik gambar dengan kitaorg. " rania dan ana datang memberhentikan lamunan aku.

"Ha boleh2.jom2." macam2 gaya muka. Gaya badan yg kami gayakan semasa mengambil gambar. Hahaha. Biasalah. Masing2 kaki selfie. Hehe.

    **********
Setelah selesai.. Aku cepat2 menaikki anak tangga. Dari tadi aku tidak nampak kelibat amir. Mana entah . Ha ni lah masanya aku nak cepat2 mandi lepas tu tidur .ngehngehngeh. Setelah sampai dihadapan pintu bilik. Aku membuka pintu. Aduhh terkejut badak melihat Amir sudah terlentang di atas katil. Eh jap.. Dia tidur? Ha Bagus2..tidurlah sana. Selamat aku malam ni. Cepat2 aku mencapai tuala dan memasuki bilik air. Setelah selesai membersihkan diri. Aku memakai baju tidurku. 'Hurgh. Penatnya. Lenguh badan2 aku. Kalau aku tau penatnya cenggini. Tau tak kahwin. Astaghfirullahalazim Nurul. Tak baik ckp mcm tuh. ' aku memukul2 mulut ku. Heheh. Mcm org giler sikit la. Heheh. Aku menghampiri katil. Aku duduk disebelah Amir. Aku mengamati wajah Amir satu persatu. Hensem. Kening tersusun rapi. Bibirnya kemerah merahan. Kulit putihh. Bersih tanpa ada cacat cela. Tanganku secara tiba2 mengelus lembut pipi Amir. Aku terkhayal. Aku mengucup pipi mulus Amir. Aku tersedar. Astaghfirullahalazim Nurul. Miang giler kau. Dah la. Baik aku tidur. Semasa aku ingin baring. Tanganku tiba2 di tarik oleh seseorang dan dalam sekelip mata aku berada di dalam pelukan Amir. Amir bersuara. Tetapi matanya masih terpejam.

"Dah puas dah perati muka suami awak yang hensem ni? " aku menelan liur. Aduh malunya. Dia belum tidur. Aku diam.

"Kenapa diam. Haha. Awak dah lah cium pipi saya tak minta izin. Ha sekarang awak kena ganti rugi. " Amir mula membuka matanya. Die tersenyum nakal. Dia merapatkan muka nya ke muka ku. Aku menelan liur. Aku takut. Badan ku sudah sejuk menggigil. Aku terlampau takut lalu memejamkan mata ku. Terasa ada sebuah kucupan yang mengena bibirku. Senyap.. Dahi ku di kucup. Selepas itu amir berhenti. Tiada gerakan lagi. Aku membuka mata ku perlahan-lahan. Amir tersenyum.

"Saya takkan sentuh awak selagi awak tak bersedia dan tak izinkan. Saya tahu perkahwinan kita ni berdasarkan sebab2 tertentu. tapi saya nak awak tahu yang saya ikhlas cintakan awak. Dah 3tahun. Akhirnya penantian saya membuahkan hasil. Saya kahwin dengan awak. " aku memusingkan badan ku supaya bertentangN dengan Amir .Amir terus memeluk tubuhku. Aku tersentuh. Perasaan seber salah kepada Amir muncul. Mataku berkaca. Butiran2 air mata mula mengalir. Aku tersedu sedu. Amir memusingkan badan ku menghadapnya. Dia mengelap lembut air mata ku.

"Hey kenapa ni? "Tanya Amir lembut.

"Saya.. Saya minta maaf. Saya bersalah dalam hal ni. Saya pentingkan diri sendiri. Saya tak fikirkan perasaan awak. " tangisan aku semakin menjadi jadi. Amir terus memelukkan sambil mengelus lembut rambut ku agar aku lebih bertenang.

"Syyyhhh.... Mana ada awak pentingkan diri sendiri.. Awak tak perlu rasa seber salah. Sebab perkahwinan ni saya sendiri yang beri cadangan. Dan saya sendiri yang berdegil nk berkahwin dengan awak.. Sebab.. Sebab saya sayang dan cintakan awak. Dah.. Awak tidur ya. Saya tak nak awak rasa terbeban. Kalau awak bersedih saya pun sedih. Tapi satu jer permintaan saya. Saya harap antara kita tidak ada sebarang rahsia dan saya harap kita saling mempercayai antara satu sama lain. " Amir memujuk ku dan mengajukan permintaan kepada aku. Aku menganggukkan kepalaku. Ya Allah ternyata hati Amir sungguh baik. Ya Allah kau bukakanlah pintu hatiku. Sungguh.. Sungguh aku juga telah lama menyimpan perasaan cinta ini. Tapi egoku menahan diri ini untuk aku luahkan perasaan kepada suamiku sendiri. Maafkan saya Amir. Maafkan saya kerana saya menjadi seorang isteri yang tidak berguna dan menyeksa perasaan awak. Akhirnya aku terlena didalam pelukan Amir.

"

Takdir CintaWhere stories live. Discover now