Bab 11

729 7 0
                                    

4 bulan kemudian.....

Uwerkkkk.. Uwerkkk.. Nurul kerap kali muntah2 dan mual.' Apesal dengan aku niy. Aduhhh. Asyik muntah2 je. Salah makan ke apa. '
Amir yang baru pulang terus mendapatkan aku. Dia memimpin aku untuk duduk diatas katil.

"Sayang.. Sayang kenapa ni? Abang tengok sayang ni asyik muntah-muntah je. Muka pun pucat ni. Kita pergi klinik ye? " ujar Amir yang sedang kerisauan melihat keadaan aku. Aku menggelengkan kepala aku.

"Tak nak lah. Nanti pergi klinik dapat ubat. Werkk. Malaslah sayang. " giler kau. Memang taklah aku nak makan ubat. Aku lagi rela sakit daripada makan ubat. Hihi.

"Hish. Sayang jangan degil boleh tak? Sayang tuh tak sihat. Nanti makin melarat kan sayang sendiri yang susah. Nanti nak buat apa2 susah sebab sayang sakit. " bebel Amir. Haih. Membebel je kerja laki aku ni.

"Hurgh. Yelah-yelah. Nanti sayang pergilahh . Esok ke. Tak pun lusa. "

"Dah. Takda2. Abang hantar sayang pergi klinik sekarang jugak. Dah lama keadaan sayang macam ni. Dah cepat siap. Abang tunggu dalam kereta. 10minit abang tahu dah ada dalam kereta ok. " ucap Amir. Huish 10minit je. Mana cukup bro. Takpela. Pakai asal boleh jela. Pergi klinik je pon. Aku cepat2 bersiap. Setelah selesai aku berlari menuju ke kereta Amir. Amir melihat aku.

"Lambat 5minit. Nak kena denda ni. Hehe"

"Eleh. Nak denda pulak. Abang denda sayang malas nak pergi klinik. "

"Eh takyah mengada aeh. Dah jom gerak. " aku menjeling. Malas layan. Dah lah kepala tengah pening giler ni. Kereta amir melunjur laju ke klinik. Sesampainya di klnik. Aku mengambil nombor giliran. 10minit telah berlalu. Nombor ku di panggil. Aku dan Amir berjumpa doktor. Doktor melaksanakan tugasnya. Haih ni la aku malas. Doktor byk tanya. Setelah selesai. Doktor Fatimah tersenyum memandang aku dan amir. Eh apehal senyum2 ni.

"Silakan duduk di tempat puan dan tuan semula."
Aku dan amir akur. Doktor tersebut senyum kembali.

"Tahniah tuan, puan. Awak berdua bakal menjadi seorang ibu dan ayah. Kandungan puan berusia 3minggu. "

Aku dan Amir saling berpandangan. Terkejut. Bahagia. Ya Allah aku mimpi ke ni? Amir sudah mengucapkan syukur Alhamdulillah. Aku masih terkedu.

"Sayang? Hey sayang. Kenapa ni?  Sayang tak suka ke kita bakal jadi seorang ibu dan ayah.? "

"Cuba abang cubit pipi sayang ni? Sayang mimpi ke? " Amir ketawa. Amir mencubit pipit aku. 'Sakit!! ' aku tersenyum bahagia. Maknanya aku tak bermimpi. Ya Allah terima kasih.

"Terima kasih sayang kerana sudi memberikan zuriat untuk abang. "

Amir memeluk tubuhku. Aku malu la. Depan doktor kot.

"Abang malulah. Depan doktor ni. " eheheh. Amir tersengih. Dia lupa. Terlampau suka sampai lupa pulak kami masih berada di klinik.

Setelah mengambil ubat. Kami pulang ke rumah kami. Kami baru berpindah ke rumah baru.. Heheh. Dah tak tinggal di rumah mak dan abah. Kata Amir. Takda privasi lah. Nanti nak manja2 susah. Hahhaa.

Aku menelefon mak dan abah. Amir menelefon mama dan papa untuk menyampaikan berita gembira ini. Dan tak sangka pula ibu bapa kami akan bergegas datang ke rumah kami. Macam2 makanan dibawa oleh mereka.. Terharu lah weyh.

"Mak abah. Mama. Papa. Buat susahw jer bawak semua ni. Sepatutnya kami yang hidang makanan banyak2. Ni terbalik pula. " aku memulakan bicara.

"Eh mana ad susaah lah. Kami excited ni nak dapat cucu ." ucap puan maisarah.

"Haah. Betul tuh. Dah lama kami nak timang cucu. Jeles jugak mama dengan papa ni tengok kawan2 kami dah ramai yang timang cucu. Akhirnye sampai jugak giliran kami yang merasa. " sambung puan salmah pula. En. Zamarul dan En. Ramli hanya tersenyum. Amir menganggukkan kepala tanda bahagia. Terlalu bahagia sampai tak terucap rasanya. Tiba2 hati Amir sebak. Sebak yang tak tertanggung. 'Ya Allah.. Kau berikanlah aku kesempatan terakhir untuk melihat anakku Ya Allah' doa Amir di dalam hati. Aku tersedar akan perubahan wajah Amir. 'Kenapa dengan Amir ni? Hmm'.

********
Aku memasukki bilik. Amir berdiri di beranda rumah. Amir kelihatan sedih. 'Hmm. Kenapa ya? ' aku menghampiri Amir. Aku memeluk tubuh sasa Amir dari belakang. Amir sedikit terhenjut kerana terkejut. Akhirnya dia menoleh dan membalas pelukan aku. Dia mengelus lembut rambutku. Kepala aku.. Aku rapatkan di dada Amir. Sunyi. Akhirnya aku memulakan perbualan.

"Abang. Kalau sayang nak tanya sesuatu boleh? "Tanyaku lembut

"Hmm. Tanyalah. Insya-Allah abang jawab. "

"Abang kenapa ya?  Kenapa hari ni abang nampak lesu. Sedih. Abang tak suka ke sayang mengandung? "

Amir terus memandang wajah aku. Terlerai pelukkan kami.

"Kenapa sayang cakap macam tuh? Abang happy sangat bila abang dapat tahu yang sayang mengandungkan anak abang. " Amir tersenyum. Aku membalas senyuman Amir. Amir menundukkan kepalanya dan tangannya mengusap lembut perutku. Aku terasa sedikit geli tapi aku biarkan perbuatan Amir itu.

"Sayang papa. Sayang duduk baik2 tau dalam perut mama. Jangan nakal2. Kesian mama nanti penat. Nanti kalau papa dah takde. Sayang jaga mama baik2 ye. " ucap Amir perlahan. Tapi masih dapat didengari aku.

"Abang nak pergi mana? Abang nak tinggalkan sayang ke? Abang dah tak sayang dekat sayang ke? " bertalu-talu soalan aku tujukan kepada Amir. Mata aku mula berkaca. Amir terkejut.  Tapi mukanya masih tenang. Amir mengawal perasaannya.

"Syhhhh. Apa sayang cakap ni. Abang sayang dekat sayang. Abang takkan tinggalkan sayang melainkan maut yang akan datang pada abang. "
Amir memelukku. Aku menangis. 'Ya Allah. Kenapa perasaan aku kuat mengatakan yang Amir menyimpan satu rahsia yang sangat membebankan dirinya Ya Allah. Kau berikanlah aku petunjuk dan hidayahmu Ya Allah,' doaku didalam hati.

Hmm. Lupa aku nak cerita pasai kak fathia. Dia sekarang menetap di London. Katanya abang aizat di transfer ke sana. Jadiknya dia pun terpaksa ikut. Suami dia kan. Mestilah kena ikut. Heheh

Takdir CintaWhere stories live. Discover now