Bab 26 - Honeymoon part 2

574 8 0
                                    

aku berlari laju ke arah pantai. Aku memasukkan kaki aku ke dalam air. Aku ketawa bahagia.

"Ya Allah. Bestnya. Cantiknya ciptaanMu ya Allah. ", ilham hanya melihat aku sambil menggelengkan kepala. Badan aku sudah habis dibasahi air. Aku memandang ilham. Fikiran nakal mula timbul. Eheheh.

"Aduhhh. Ilham... Kaki saya sakit. Tolong. Kejang. " aku pura2 lemas. Tangan aku terkapai kapai. Ilham cuak.

"Ya Allah nurul. ", ilham terus berlari ke arah aku. Cepat2 dia melompat ke dalam air. Dia menarik aku. Aku tersenyum sinis. Ilham yang melirik ke arah aku memberhentikan pergerakannya. Tangan aku melingkar ke leher ilham.

",sorry dear. You're frank.  Saya tipu jer. " aku berbisik kepada ilham. Aku terus menjauhkan diri daripada ilham. Aku ketawa terbahak bahak. Ilham memandang aku dengan pandangan marah. Aku menelan liur. Matilah kau Nurul. Tuh lah takde pasal carik pasal. Perlahan lahan aku menghampiri ilham.

"Ilham. Awak marah saya ke? Sorry lah. Saya cuma nak bergurau je. ",
Ilham masih mendiamkan diri. Aku memegang lengan ilham. Ilham menepis tangan aku. Aku terkejut.

"Stop it Nurul. Benda macam tuh jangan dibuat gurau. Ni melibatkan nyawa. Awak faham. Nyawa. Jantung saya tadi bagaikan terhenti tahu tak bila nampak awak lemas. Masa tuh otak saya cuma fikirkan nyawa awak je. Kalau awak takde. Saya boleh mati awak tahu. Jiwa saya boleh mati. Sebab apa? Sebab awak adalah nyawa saya. Sebab saya tak nak kehilangan awak buat kali kedua. " marah ilham. Suara ilham meninggi. Aku tekedu. Tak pernah ilham meninggikan suara nya sebegini sekali. Aku menundukkan kepala aku.

"Ilham. Saya... Saya... Minta maaf. Saya takda niat nak buat awak marah. Apatah lagi risau. " ilham mengeluh kasar.

"Saya nak balik hotel. " ilham terus meninggalkan aku keseorangan di situ. Aku mengeluh.

"Hmm. Tak apala. Biarlah dia tenangkan diri dulu. Kalau pujuk sekarang pun tak guna. Hati tengah panas. Malam nanti karang aku pujuk. ", ucap aku perlahan. Aku terus berjalan perlahan lahan di tepi pantai. Menghirup udara segar. Walaupun hati aku sedang gundah. Tapi aku harus kuat. Kenapa ya hati aku sakit. Sakit bila dimarahi ilham. Dalam masa yang sama. Aku suka. Suka kerana ilham ambil berat pasal aku. Hmm. Aku dah mula mencintai ilham semula kah? Hmm. Mungkin. Tapi tak mungkin aku luahkan sekarang. Belum tiba waktunya lagi .

*********

Selepas solat Isyak berjemaah. Kami makan malam di dalam hotel. Tapi suasana pada malam ini tidak seperti semalam. Ilham hanya mendiamkan diri. Aku mengeluh. Setelah selesai. Aku menggosok gigi dan menepek sedikit pelembap dan krim ke muka aku sebelum tidur. Ilham sudah terbaring di atas katil sambil membaca buku. Buku pasal keagamaan mungkin. Aku menghampiri katil. Ilham melirik ke arah aku lalu dia menutup buku tersebut dan membuka cermin matanya . Dia meletakkan kedua dua barang tersebut di atas meja. Dia terus menarik selimut sehingga menutup dadanya dan mengering membelakangkan aku. Hmmm. Aku melabuhkan tubuhku di atas katil. Aku mengeluh lagi. Aku memegang bahu ilham. Aku berbisik di telinganya

"Saya minta maaf ilham. Saya tak ada niat nak buat awak risau . Saya tak tahu yang awak akan marah saya begitu sekali. " aku mengucup lembut dahi ilham sebelum aku juga turut tertidur. Aku juga tidur membelakangi ilham. Ilham menoleh aku. Wajahnya sayu. Tidak lama kemudian ilham juga turut terlena.

Azan subuh berkumandang. Badan aku terasa berat. Duh apesal berat noh ni. Nak gerak pun susah. Takkan kena tindih dengan syaiton pulak. Aku membuka mata aku sedikit demi sedikit. Aku menelan liur. Erkk. Ilham? Aduh. Berat giler tangan dia. Letak besi ke apa dalam tangan dia ni. Aku mengalihkan tangan ilham perlahan lahan. Ilham bergerak. Suaranya merengek seperti anak kecik. Aku ketawa perlahan.

"Comel. " omel ak perlahan. Ilham membuka matanya. Aku mengalihkan pandangan ke arah lain. Malu woiii!!  Ilham tersenyum sinis. Menyampah siot aku tengok senyuman ilham tuh. Sakit doh hati. Aku mencapai tuala sebelum melangkah ke bilik air. Aku membersihkan diri dan set2 memakai pakaian aku di dalam tandas. Aku mengambil wuduk. Aku membuka pintu bilik air. Terkejut badak aku sebab ilham dah berdiri di hadapan pintu bilik air. Ilham memandang aku. Pandangan yang menakutkan juga lah. Er...

"Er.... Ilham. Saya nak lalu. Sana sikit boleh? Saya nak solat. Awak pergi la bersihkan diri sana. Saya nak solat dulu. Ilham memberi laluan kepada aku sebelum bersuara .

"Tunggu saya. Solat saing. "
Aku hanya menganggukkan kepala sambil tersenyum. Alhamdulillah. Dah sejuk sikit kot hati suami tercinta ni. Kahkah. Suami tercinta la sangat. Kihkihkih.

Takdir CintaWhere stories live. Discover now