Bab 21

433 10 0
                                    

Segala persiapan kahwin dan hari perkahwinan author skip ye. Maleh nak nulisss yow. Kita tros fly jauh
ye. Sorry.😜

Selesai sudah hari yang memenatkan bagi Nurul dan ilham. 'Hmm letih nya badan ni. '  Aku melihat jam dinding. Goshhh!!  Biar betul dah pukul 2pagi. Aku melihat ke sebelahku. Kosong? Ilham mana? Amirul memang dah set2 mak dengan abah ambil. Kononnya takut mengganggu aku dan ilham. Aku terus pergi ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Selesai membersihkan diri.. Aku memakai pakaian tidur ku. Aku duduk di hadapan cermin. Memakai sedikit krim dan lotion sebelum tidur. Daripada cermin aku dapat melihat ilham sedang lena di atas katil. Aku memandang pelik.

"Bila masa pula ilham masuk ni? "Gumam aku perlahan. Aku berjalan perlahan-lahan ke arah ilham. Aku menundukkan wajah aku dan menilik raut wajah ilham. 'Hmm. Memang lain sangat paras rupa ilham yang dulu dan sekarang. Yelah dulu mmg hensem pun. Tak dinafikan. Tapi sekarang ilham kelihatan lebih berkarisma dan matang. Lebih2 lagi apabila dia mengenakan pakaian doktor dan memakai kaca mata. Yelah rabunkan. Kenalah pakai spek. Hmm.' aku kembali menegakkan badan aku. Kaki aku mula melangkah tapi langkah aku terhenti apabila ada satu tangan memegang tangan aku. Aku terus menjadi kaku. Ilham bangun daripada pembaringannya.

"Saya harap lepas ni awak jangan tinggalkan saya lagi buat kali kedua. " ucap ilham lembut. Sunyi. Aku masih membatukan diri. Ilham turun dari katil dan berdiri di belakang aku. Tangannya melingkari pinggang ku. Bahu aku terhinjut sedikit akibat terkejut. Badan aku mula mengigil.

"Begitu sekali awak membenci saya Nurul. Pandang muka saya pun awak tak boleh.", Aku diam.. Kedengaran ilham mengeluh. Dia mengeratkan pelukkan nya.

"Saya minta maaf. Jujur saya memang tak pernah sekali pun memainkan perasaan awak Nurul. Awak salah faham. Lepas je saya kenal awak. Memang saya nekad untuk serius dalam hubungan kita dulu. Tapi saya tak sangka.  Akibat kebodohan saya dulu.. Kebodohan saya sebelum mengenali diri awak telah memakan diri saya sendiri.  Sumpah demi Allah saya memang cintakan awak. ", mata aku mula berkaca. Aku meleraikan pelukan ilham. Aku berundur ke belakang sedikit.

"Sudah lah ilham. Saya dah tak nak dengar apa-apa lagi penjelasan daripada mulut awak ilham. " sebak hati aku.

"... Untuk pengetahuan awak. Saya terima awak. Saya terima risikan yang di bawa ayah awak tu semua bersebab. " sambung aku.

"Maksud Nurul.? " ilham tidak faham.

"Saya kahwin dengan awak sebab anak saya Amirul. Saya terima awak sebab uncle Akmal. Saya terima awak sebab saya fikirkan perasaan mak dan abah. Saya nak jaga hati mak saya. Abah saya. Rania dan abah. Saya.... " belum sempat aku menghabiskan ayat aku, ilham mencelah. Muka nya sayu.

"Awak pernah tak fikirkan perasaan saya Nurul??? Saya ni apa sebenarnya di mata awak?  Apa gunanya perkahwinan kita ni kalau awak cuma nak mempergunakan saya untuk kepentingan diri awak sendiri Nurul. Awak sedaya upaya nak jaga hati dan perasaan orang. Awak berusaha nak puaskan hati semua orang. Pernah awak fikirkan saya? Saya ni suami awak yang sah Nurul. Yang sah. Jangan awak luahkan kata2 awak sesuka hati dan berfikir yang saya ni tak ada hati dan perasaan. Awak fikir saya patung ke? " aku terkedu. Ilham mengambil sebiji bantal dan terus menuju ke sofa di bilikku. Ilham baring dan membelakangkan aku. Perasaan sebak dan serba salah mula muncul.
'Maafkan saya ilham. Saya tak de niat nak mengecilkan hati awak. Apatah lagi selepas awak menjadi suami saya.  Saya masih tak mampu buka hati saya untuk awak. ' air mataku mengalir. Aku kembali ke katil dan selang beberapa minit akhirnya aku terlena.

************
Selesai menunaikan solat bersama ilham. Aku turun ke bawah untuk menyediakan sarapan. Mak dan abah masih tidur. Mungkin mereka keletihan kerana semalaman mereka tidak rehat. Ilham pula hanya diam membisu. Aku tahu aku salah. Betullah apa yang orang cakap. Terlajak perahu boleh diundur. Kalau terlajak kata macam mana undur? Ber huhuhu lah kita. Aku menyiapkan sarapan. Sarapan simple je. Nasi goreng kampung. Campak2 je. Air panas pula air Teh 'O' jer. Selesai masak. Mak dan abah keluar daripada kamar mereka. Mereka tersenyum. Aku membalas senyuman mereka.

"Hmm sedapnya Bau. Rajin anak abah bangun pagi2 buat sarapan. Selalunya mak kamu yang buat. " En. Zamarul bersuara. Aku tersengih. Sentap dohh.
"Mak boleh pulak tak tersedar. Bangun2 je dah pukul 6.30.kelam kabut mak kejut abah suh solat. "

"Ni apetuh. Laki kamu mana Nurul? "Tanya En. zamarul. Aku tersenyum kelat.

"Ada bah kat atas. Sekejap ya adik panggil. Oh ye abah. Semalam kak fathia call adik. Dia cakap dia balik kampung hari ni. Siaplah dia adik kerjakan sebab tak balik time adik kahwin. " aku balas panjang lebar. Tapi kakinya tak gerak2 jugak nak pergi panggil ilham. Eheheh.

"Dah2. Kamu pergi panggil ilham sekarang. Kesian dia dekat atas tuh sorang2.", puan maisarah bersuara.

"Oke2.Nurul panggil sekarang. " kaki ku laju menaikki anak tangga. Sesampainya di hadapan pintu. Pintu itu aku kuak perlahan. Aku melihat ilham sedang mengalunkan ayat2 suci al quran. Aku tergamam. MasyaAllah. Merdu sungguh suara ilham. Aku terleka untuk seketika. Ilham yang menyedari aku. Dia menamatkan pembacaannya. Aku tersedar.

"Er.. Sarapan dah siap. Semua tunggu awak nak sarapan sama2." ilham hanya menganggukkan kepala. Dia meletakkan al quran di rak al quran. Dia berlalu melepasi aku. Bagaikan aku tidak wujud. 'Arghhhhhhh masih marah lagikah ilham dengan aku. ', aku mengeluh. Aku menuruti langkah ilham menuruni anak tangga. Sampai sahaja di meja makan. Ilham melemparkan senyuman kepada kedua orang tuaku. 'Hmm. Boleh pulak senyum. Dengan aku tak nak senyum. ' omelku dalam hati.

"Ha turun pun kamu. Ha mari sarapan. " jemput En. Zamarul. Ilham menganggukkan kepala. Aku menyedukkan nasi goreng dan letak di atas pinggan ilham. Ilham mengucapkan terima kasih sambil tersenyum. ',hmm pandai kau berlakon ilham' selepas itu aku menyedukkan nasi goreng untuk mak dan abah. Selepas itu aku menyedukkan nasi goreng untuk diri aku sendiri lah. Nak harapkan ilham. Hmm jangan haraplah. Masih dengan rajuknya. Entah bila nak tegur aku pun aku tak tahu.

"Amirul mana mak? Ilham tak nampak dia pun. " ilham bersuara.

"Ada tuh ha. Dekat bilik mak. Tengah tidur. Penat lah tuh. Semalam kan asyik main je. Ramai kawan nya kan. Budak2 ramai semalam. Makin menjadi jadilah dia. Lari sana. Lari sini. " balas puan maisarah. Ilham tergelak.

"Biasala tuh mak. Budak2. Time macam ni lah dia kena main puas2. Nanti dah besar. Biar dia belajar pula. Ya dak? " mak dan abah ketawa. Menyetujui apa yang dikatakan ilham. Hmm. Rancak betul mereka berbual. Hurgh. Aku?? Tunggul agaknya kat sini.

Takdir CintaWhere stories live. Discover now