Amir memegang tanganku. Kepala aku sudah berpeluh peluh. Aku meneran dan menjerit kesakitan. Amir turut berpeluh peluh. Kini aku dikelilingi oleh para doktor.
"Tarik nafas puan. Hembus. Sikit je lagi puan. Sikit je lagi. " aku menjeritttt sekuat kuat hati aku.
"Arghjhhhhhhhhh"
Setelah 1jam berlalu. Akhirnya anak aku selamat dilahirkan. Kedengaran suara merdu anakku menangis. Amir tersenyum bahagia. Dia mencium dahi ku. Selesai membersihkan ankku. Aku dibawa ke bilik rawatan biasa. Aku mencium anak ku. Amir mengazankan anak kami. Bahagia betul Amir. Dapat anak lelaki. Kata Amir nanti anak bujangnya ini akan menjadi hero untuk aku. Akan lindungi aku bila Amir tiada nanti. 'Hmm Amir ni kenapa. Suka sangat cakap pasal pergi dan tiada. Amir nak pergi mana? Hmm. Aku risau sebenarnya. Kenapa Amir semenjak dua menjak ni kelihatan pucat dan lesu. Apabila ditanya. Dia cakap dia keletihan kerana banyak kerja dipejabat. Hmm'"Abang? "
"Hmm? Kenapa sayang? Amir meletakkan Amirul disebelah ku. Amir mengelus lembut rambutku.
"Kenapa muka abang makin pucat ni? Abang ada rahsiakan apa2 daripada sayang ke? Hmm"
"Abang penat kerja jer sayang. Tak ada apa2 pun. Sayang jangan risau ya. Ermm. Sayang nak air? Abang ambilkan ya?" hmm. Aku hanya menganggukkan kepala aku. Kenapalah hati ni mcm tak sedap. Tak sedap hati betullah. Kenapa ni. Amir melangkah untuk mendapatkan air kosong ku. Dia memegang bekas air lalu dituangkan air tersebut ke dalam gelas. Tangan amir tiba-tiba menggigil. Gelas yang dipegangnya terlepas dari pegangannya. Mata Amir berpinar pinar. Aku terkejut.Amir rebah. Ya Allah. Aku terus meluru ke arah Amir. Walaupun badan ku masih lemah tapi aku gagahkan juga diri aku. Aku meletakkan kepala Amir di atas riba ku. Aku memukul lembut pipi Amir supaya bangun. Tapi Amir masih kaku. Air mataku mengalir. Aku takut. Aku terus menjerit memanggil doktor.
"Doktor!!!!! Nurse!!!!! Tolong suami saya.. Suami saya pengsan.!!!! Nurseee!!!, doktor!!!!!! " setelah berulang kali aku memanggil doktor dan nurse.. Akhirnya mereka datang untuk merawat Amir.. Amir dimasukkan ke ruang ICU. Amir tenat.
Badan aku menggigil ketakutan. Ya Allah kenapa dengan Amir. Macam mana dia boleh jadi macam tuh? Rahsia apa yang dia simpan ya Allah. Aku menangis teresak esak. Pintu bilik ku dikuak. Mak abah!!! Mak datang menghampiri ku. Aku terus memeluk emak."Emakkkk!!!! Kenapa dengan abang Amir mak? Kenapa? Adik nak abang Amir!!!! " puan maisarah cuba menenangkan aku. En. Zamarul dan puan salmah menunggu Amir di luar bilik ICU.
"Syhhhh. Adik sabar ye. Amir tak apa-apa tuh.. Dia sedang dirawat oleh doktor. " tangisan aku semakin menjadi jadi.
"Makkkk. Adik nak tengok abang Amir". Aku meronta ronta. Mak dan abah bertambah risau. Aku berada diluar kawalan. Mak dan abah memanggil doktor. Doktor terus menghampiri aku dan memberikan suntikan kepada aku. Aku lemah. Mataku berpinar pinar. Gelap. Aku rebah.
*********
Mana semua orang ni? Aku dekat mana ni? Kelihatan seperti taman bunga. Cantik sungguh cantik. Muncul seorang lelaki. Lelaki yang bergelar suami. Amir memakai pakaian yang berwarna putih . Aku tersenyum. Aku terus memeluk Amir. Amir membalas pelukan aku."Abang... Abang jangan tinggalkan sayang.. Abang tak sayang Nurul ke? " mata ku berkaca. Amir tersenyum
"Syhhhhh. Abang sayang sangat sangat dekat Nurul. Mungkin Allah lebih sayangkan abang kan? Sayang kena sabar dan belajar terima semua ketentuan- Nya ya? Nanti masa abang tak ada. Sayang jaga Amirul baik2 tau. Berikan dia didikan yang secukup ya tau. Jadikan dia seorang anak yang soleh dan mampu menjaga sayang mcm abang jaga sayang. Dia kan hero kita. " Amir melepaskan pelukan aku. Amir melontarkan senyuman manis. Aku menangis.
"ABANG!!!! ABANG NAK PERGI MANA???!??!! "aku menjerit sekuat hati dan mengejar Amir. Amir semakin menjauh.
"Sayang jaga anak kita baik2 ya. Abang sayang sangat dekat sayang. Maafkan abang kerana tak dapat membahagiakan sayang. Maafkan abang kerana biarkan air mata sayang menitis. Maafkan abang kerana tak dapat jaga anak kita sama-sama. Abang sayang kan anak kita. Kalau diberikan peluang pasti akan abang jaga Nurul dan Amirul dengan penuh kasih sayang. Tapi abang tak mampu. Abang minta maaf. Abang terpaksa pergi. " lama kelamaan Amir semakin menjauh... Jauhhh dan menjauhhh.. Akhirnya bayangan Amir menghilang. Aku menjerit.
"ABANG!!!!!! " Aku menjerit dan tersedar. Aku duduk. Sunyi. Keadaan bilik tika ini sunyi. Mana semua orang? Mana mak? Abah? Papa? Mama? Abang??? Aku turun daripada katil. Aku jalan perlahan lahan. Sakit.. Tapi aku gagahkan juga kudrat ku. Aku harus mencari Amir. Sedang aku mencari Amir. Aku terlihat mak abah. Papa dan mama. Kenapa mereka menangis? Kenapa?? Mana abang Amir? Kenapa Abg takda dekat situ?
Aku menghampiri mereka. Mereka terkedu."Ma. Pa.. Mak abah? Mana abang Amir? Nurul tak nampak dia pun? Dia tak tengok Nurul pun kan? Sedih Nurul" aku bingung dan tidak tahu apa2. Aku seperti anak kecil yang menunggu kedatangan orang tersayang. Mereka berpandangan antara satu sama lain. 'Kenapa tuh? Kenapa nangis? '
"Kenapa semua menangis ni? Nurul kan sudah melahirkan anak? Kenapa semua masih bersedih? Ni mesti abang Amir tak bagi tahu dekat semua ae yang Nurul dah selamat melahirkan baby kami. Nak kena abang Amir ni. " aku tergelak sambil membuat muka geram.
Tangisan mereka semakin kuat. Mak meluru mendapatkan aku. Mak memelukku."Mak? Mak ni kenapa nangis2 ni? Tak comel tau. Ha ni nurul tanya mana abang Amir? Tak reti2 ke nak tengok anak bini nya. " gumam aku.
Mak menyuruh aku bertenang dan bersabar. Kenapa ni? Aku tak faham? Ingatan aku seolah olah tidak ingat tentang kejadian sebelum dikenakan suntikan tadi."Nak.. Sabar nak... Amir... Amir.... " aku tertanya tanya. Tapi entah kenapa air mata aku tiba2 menitis.
"Amir kenapa mak? Abang Amir kenapa? Kenapa dengan abang Amir mak? Jawab mak! Jawab!! " aku seolah olah hilang kawalan.
"Astaghfirullahalazim Nurul. Bawak mengucap nak. Bawak mengucap. Bawak bertenang. " abah datang menghampiri aku. Puan salmah sudah memelukku erat entah bila dia datang memelukku aku tidak perasan. En. Ramli terduduk sayu. Air matanya juga turut mengalir.
"Kenapa semua nangis? Mana abang Amir mak?mana ma? Mana abang Amir. Nurul nak jumpa dia. Anak kami nak jumpa abang. Dia cakap.. Dia cakap dia nak peluk cium sayang anak kami. Dia ni menipu la. Suka kenakan Nurul kan ma..kan mak? " keadaan aku seperti orang hilang waras.
"Nak.. Sabar nak.. Amir.. Amir takkan dapat jumpa Nurul . Takkan dapat jumpa ank kamu juga. Dia takkan jumpa kita semua lagi. Amir dah meninggal dunia nurul. Allah dah ambil hak Nya semula Nurul. Nurul kena bersabar dan bawak mengucap. " En. Ramli mula bersuara. Aku bingung. Tidak dapat menerima kenyataan ini. 'Abang Amir dah tak der. Tak mungkin. '
"Tak. Tak.. Tak mungkin. Tadi.. Tadi baru jumpa dia di taman pa. Tak mungkin abang Amir meninggal. Tak mungkin. Papa tipu nurul kan? "
"Tak Nurul. Papa kamu tak tipu. Mmg betul apa yang dikatakan papa Amir tuh. " sambung Puan maisarah. Aku tergelak.
"Hahah. Mak pun sama. Berkomplot nak kenakan Nurul kan cakap Amir dah takde. Tak baik lah semua cakap abang Amir dah takde. Kalau abang Amir dengar ni. Mesti dia sedih tau. "
"Ya Allah Nurul. Sedar nurul. Sedarrr daripada mimpi kamu. Amir dah meninggal dunia. Dah takde. Kamu tak ingat ke tadi dia pengsan dihadapan kamu nak? " puan maisarah berusaha mengingatkn aku semula.
Zapppppssss. Ingatan aku terimbas kembali. Aku menangis. Otak ku tidak berfungsi. Aku hilang kawalan. Aku mula meronta ronta. Aku bagaikan wanita gila yang tak mampu menerima takdir Allah."Takkk. Kau semua menipu aku kan. Aku nak abng amir. Kau semua ni jahat. Saja nak pisahkan aku dan anak aku daripada abang Amir kan. " aku menjerit. Mak dan mama aku tolak. Mereka terundur ke belakang. Tapi cepat2 mereka memelukku semula. Berusaha untuk menenangkan aku.
"Ya Allah. Nurul. Bawak mengucap Nurul. Ingat Allah. " pujuk puan maisarah. Apabila aku sudah semakin mengganas dan tidak dapat dikawal. Mereka memanggil doktor. Doktor kelam kabut menghampiri kami. Dia memberikan suntikkan yang sama kepada aku buat kali ke dua. Mata ku berpinar pinar. Dalam suasana yang kelam kabut aku melihat Amir tersenyum ke arah aku. Akhirnya aku rebah dan terlena. Lena dalam kesedihan dan tangisan. 'Amir. '