Bab 19

445 7 0
                                    

Aku dan Amirul berjalan ke arah ilham. Apabila Amirul melihat ilham saja. Amirul sudah berlari laju ke arah ilham sambil menjerit papa. Ilham yang mendengar suara amirul terus berlari ke arah Amirul sambil Mendepakan tangannya . Cepat saja amirul sudah berada di dalam dakapannya. Ilham memeluk Amirul erat. Dapat aku lihat betapa rindunya ilham kepada Amirul. Tiba2 wajah ilham berubah menjadi Amir. Aku terkedu. Perlahan lahan aku berjalan ke arah Amir. Amir memandang aku sambil tersenyum. Secara tidak sengaja air mataku mengalir. Tangan kanan aku, aku angkat dan aku letakkan di pipi Amir sambil aku elus perlahan. Amir kelihatan terkejut. Amir memegang tangan kanan aku.

"Abang??  Abang Amir betul ke ni? Abang.. Nurul rindukan abang. Abang jangan tinggalkan Nurul dan Amirul lagi ya? " senyap tiada balasan daripada Amir. Aku memandang wajah amir. Lalu aku peluk erat tubuhnya itu. Tapi kenapa perasaan ini berbeza ya? Tidak sama seperti aku bersama abang Amir dulu. Aku memandang ke atas. Ke arah Amir. Aku tergamam. Aku bagaikan baru tersedar dari sesuatu. Ya tersedar. Mana mungkin dihadapan aku ni amir. Aku terus meleraikan pelukanku. Muka ku merah membahang. Aku mengesat air mata aku menggunakan tangan ku.

",er.. Maaf. Saya tak sengaja. "

Ilham memandang aku pelik. 'Amir? Hmm. Begitu besar perasaan syg dan cinta kau kepada Amir Nurul. Beruntung arwah Amir kerana berjaya merebut hati kau. Walau pun hampir 3tahun pemergian kau. Tetapi hati dan perasaan Nurul masih kukuh untuk kau sepenuhnya. Macam mana aku nak mencuri hatinya semula Amir? Sedangkan kasih dan sayangnya hanya untuk kau seorang Amir. ' omel ilham di dalam hati. Ilham tersenyum kelat.

"It sokay. Saya faham. "
Ilham terus melarikan pandangannya ke arah Amirul.

"Hey. Amirul. Rindukan pap... "Urghh seolah olah baru teringat sesuatu. Ilham tidak meneruskan panggilan tersebut

"Er.. Amirul rindukan pak cik tak? "Tanya ilham sambil tersenyum ikhlas untuk Amirul. Amirul menganggukkan kepalanya laju.
Ilham ketawa.

"Alololo. Comelnya Amirul ni. Kalau sayang pak cik. Cuba Amirul sayang pak cik dekat sini. " ilham menunjukkan pipi kanannya. Amirul cepat saja mencium pipi ilham. Ilham tersenyum bahagia. Aku hanya melihat gelagat mereka berdua. Hmm. Aku mencelah.

"Ilham. Awak boleh bahasakan diri awak papa. Amirul rindukan panggilan mesra tuh." ilham menganggukkan kepalanya. 'Amirul terima kasih ya. Sebab Amirul sedikit demi sedikit mama Amirul membuka ruang untuk papa masuk dalam kehidupannya. Mungkin bukan sekarang. Tapi soon. Itu janji papa pada Amir.. Pada Papa kandung amirul. Dan ini juga janji papa untuk Amirul. Papa akan berikan sepenuh kasih sayang papa untuk Amirul. ' ilham dukung Amirul. Mereka bermain di taman permainan. Aku tersenyum. Tak pernah aku melihat Amirul segembira ini.

"Maafkan mama sayang. Kerana mama tak mampu membahagiakan sayang. Mama sayang Amirul. Ya Allah apa yang harus aku lakukan? " ucapku perlahan. Telefon aku berdering. Aku melihat nama si pemanggil. Uncle Akmal? Aku tersenyum.

"Assalamualaikum Nurul. Ni uncle Akmal. Ingat lagi tak? "Aku ketawa.

"Waalaikumsalam. Hahah. Mestila kenal uncle. Nurul takkan lupa orang yang banyak berjasa and banyak tolong Nurul. Ada apa ya uncle tiba2 call Nurul.? " pelik jugak lah. Tiba2 je uncle Akmal call aku.

"Uncle nak beritahu Nurul yang uncle dekat malaysia sekarang. Uncle tak sabar nak jumpa kamu semua. "Jawab uncle Akmal berkobar kobar.

"What??? Uncle da kat malaysia. Wahhh bestnyaaa. Nurul rindu gila nak jumpa uncle. Uncle nanti jemputlah datang rumah kami. Seronok nya.. "Balas aku excited.

"Tapi Nurul jangan beritahu ilham ya uncle ada di sini. " aik? Aku kehairanan.

"Lah.. Kenapa pulakkk?  Ilham kan anak uncle. Kecil hati dia uncle kalau uncle tak beritahu dia. "

Takdir CintaWhere stories live. Discover now