Penyesalan

99 5 7
                                    

"Hei."

Perempuan itu menamparnya sebaik saja dia menoleh. Jaejoong terhoyong ke belakang, matanya membulat dan pipinya berdenyut pedih.

"Ini semua bukan salah Yunho saja!" Perempuan itu menjerit, dadanya bergerak kasar sementara dia mencuba bernafas dengan betul. Dia terlalu marah, terlalu geram dan benci pada keduanya. Tapi... Sekurang-kurangnya, Yunho hidup membenci dirinya sendiri setahun ini. Jaejoong? Dia hidup membenci Yunho, menyalahkan Yunho seorang atas segala yang terjadi. Ya, dia tak tahu cerita sebenarnya kerana Yunho, si bodoh itu, memilih merahsiakannya tapi! Tapi ini tidak adil pada sesiapa pun! Jaejoong lah yang paling bahagia di sini dan dia tidak akan membiarkannya lagi! Tidak!

"Changmin menaiki pesawat itu kerana kau!"

"A...pa?"

"Dia seharusnya menunggu aku untuk pulang ke Korea bersama tapi dia memilih pulang awal, tanpaku, kerana dia tahu kau merindukannya! Kau lupa? Apa yang kau cakap padanya kali terakhir dia menelefonmu? Kau mahu berjumpa dengannya sebagai hadiah hari lahirmu!"

"Ta- Tapi-"

"Yunho hanya menempah tiket pesawat itu! Yunho melakukannya kerana Changmin yang memintanya! Mereka-" Perempuan itu mula teresak-esak. "Mereka mahu mengejutkanmu." Dia ketawa pilu. "Dia mati kerana kau, Jaejoong! Kau yang mahu dia pulang awal! Kau yang bersalah atas kematiannya! Kau dan Yunho yang bertanggungjawab!"

"Tak mungkin... Bohong... Kau bohong..."

"Kau begitu bencikan Yunho kerana kau fikir dia yang menyuruh adikmu pulang, kan? Sekarang?! Sekarang, seteah mengetahui segalanya apa ada yang berubah Jaejoong?! Changmin tetap mati dalam nahas pesawat itu!"

"Berhenti..."

"Kau fikir kau seorang yang menderita?! Aku kehilangan kekasihku! Dia mahu melamarku, kau tahu? Dia mengajakku pulang bersama untuk mengenalkan kita berdua. Katanya... Dia hanya akan mengahwiniku jika kau setuju." Matanya menatap nyalang kepada Jaejoong. "Jika aku tahu nahas itu akan terjadi, aku takkan membenarkan dia pulang terlebih dulu hanya untuk menyambut hari lahirmu!"

"Tidak..."

"Aku hidup dalam penyesalan setiap hari memikirkan itu... Aku yakin, Yunho juga begitu... Kami menyalahkan diri sendiri setiap hari kerana mengikut saja kemahuan Changmin tapi kau? Bila kami membenci diri sendiri dan hidup seperti dalam neraka setiap saat, kau dengan senangnya membenci orang lain? Menyalahkan orang lain? Aku tak terima! Kau tak layak menghukum Yunho! Kau tak layak bahagia sedangkan kami terseksa! Jika kau benar menganggap kematian Changmin disebabkan orang lain, kau patut tahu kaulah punca kematian Changmin yang sebenarnya! Kau yang menyebabkan dia mati!"

DRABBLE COLLECTIONWhere stories live. Discover now