Bella memandang wajah pasangan dihadapannya lalu mengucapkan terima kasih atas pertolongan pasangan itu kepada keluarganya. Sungguh dia terhutang budi dengan pasangan itu. DIA menghantarkan keluarga itu untuk membantu keluarga kecilnya ini.
"Terima kasih. Kalau tak ada Tengku rasanya abah mungkin dah tinggalkan kami sekeluarga. Terima kasih lagi sekali." Ikhlas Bella mengucapkannya.
Sejak kecil lagi, keluarga Tengku Fahmi banyak membantu keluargnya. Walaupun keluarga itu dalam golongan 'Tengku' namun tidak pernah sekali mereka membezakan antara dua darjat.
"Sama- sama Bella."
"Jaga abah, umi dengan adik baik- baik. Kalau ada apa- apa terus call aunty." Pesan Tengku Aida yang duduk disampingnya.
"Baik aunty. Bella tak tahu macam mana lagi nak berterima kasih dekat aunty dan uncle. Terima kasih sangat- sangat ya. Hanya Allah sahaja mampu balas jasa baik aunty dan uncle."
"Tak payah berterima kasih dengan kami. Kami dah anggap umi abah Bella macam kawan rapat kami. Kami ikhlas bantu kamu." Tersenyum Bella mendengarnya. Doanya, semoga keluarga ini juga turut dilindungi.
"Err- okaylah, aunty dengan uncle ada kerja sikit lepas ni. Kami nak minta diri dulu. Lain kali kita jumpa lagi." Ujar Tengku Aida meminta diri. Dia faham akan kesibukkan keluarga itu. Bella mengangguk dengan senyuman terhias dibibir.
Dia menemani Tengku Aida dan Tengku Fahmi terus ke keretanya. Setelah kereta mewah itu agak jauh dari pandangannya, Bella menapak masuk ke dalam rumah semula.
Tiga bulan kemudian,
Bella yang baru sahaja selesai membersihkan diri terus mendapatkan telefonnya yang berbunyi. Skrin telefon ditolak ke kanan lalu diletakkan di telinganya.
"Assalamualaikum Bella." Kedengaran suara Puan Wahidah memberi salam dari dalam talian.
"Waalaikumsalam umi. Umi sihat?" Teruja Bella mendapatkan panggilan daripada Puan Wahidah setelah lama tidak membuat menghubungi keluarganya di kampung.
YOU ARE READING
MY ENCIK TENGKU
RomanceMy Encik Tengku ©️ 2017 Status : Completed Cinta tak pernah hadir, Cinta tak pernah kekal, Dan kadangkala cinta selalunya begitu kejam. Sudah berapa kali dia cuba untuk memiliki hati lelaki itu tetapi malangnya cubaannya tetap gagal. Dia ego, Dia k...