MET 31

57.2K 1.5K 13
                                    

Bella melangkah masuk ke dalam rumah milik suaminya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bella melangkah masuk ke dalam rumah milik suaminya. Ruang tamu kosong dan sunyi. Dia mencari kelibat Tengku Harris dan anaknya tetapi tiada. Langkahnya terus ke bilik anaknya. Tangannya memulas laju tombol pintu bilik anaknya itu.

Benda pertama yang dia nampak sekarang ialah Tengku Harris yang sedang membelakanginya sambil mendodoikan Tengku Haziq. Seraya itu Tengku Harris menoleh ke belakang apabila mendengar derapan tapak kaki masuk ke dalam bilik anaknya.

"Bella..." Mukanya berkerut. Terkejut dengan kedatangan isterinya secara tiba- tiba.

Bella abaikan suaminya yang memandangnya pelik. Dia terus duduk dibirai katil bersebelahan Haziq.

"Haziq mengaruk ke saya tak ada?" Pantas Tengku Harris menggeleng menjawab. Serasi betul Haziq dengan papanya. Tengku Harris bangun. Dia terus memasang sila diatas katil anaknya.

"Bila sampai?" Tanya Tengku Harris apabila suasana kembali menyepi. Bella mengusap rambut lebat anaknya.

"Rabu lepas." Ujar Bella. Setahu dia Tengku Harris dah tahu dia sampai Kuala Lumpur rabu lepas. Sengaja buat- buat lupa ke apa ni.

Tengku Harris sekadar mengangguk. Tangannya pula menepuk- nepuk punggung kecil anaknya perlahan apabila tidur si kecil itu sedikit terganggu dengan perbualan mereka.

"Saya keluar dulu lah." Bella terus ingin mengatur langkah keluar. Belum sempat dia keluar, namanya dipanggil.

"Ya." Dia memandang Tengku Harris.

"Awak pinjam duit papa 30 ribu ke?" Tanya dia. Matanya tajam merenung anak mata Bella.

Bella menggigit bibirnya. Alamak, Tengku Harris sudah tahu ke? Pandangan Tengku Harris buatkan dia gerun. Mata lelaki itu tajam menikam anak matanya.

"Err- saya akan bayar balik." Ujar Bella mencipta alasan. Pandangannya jatuh pada lantai. Tidak sanggup memandang wajah Tengku Harris.

"Saya tak kata suruh awak bayar balik. Saya cuma tanya awak pinjam ke?" Tengku Harria mengulang semula soalannya apabila Bella cuba berdalih. Bella terus memandang kehadapan. Memandang Tengku Harris dengan penuh berani.

"Ya, saya pinjam. Saya tahu saya tak layak nak pegang duit sebanyak tu tapi saya dah janji akan bayar balik. Saya dah janji dengan papa yang saya akan bayar secepatnya. Kalau boleh saya taknak awak tahu tapi awak dah tahu dulu sebelum saya bayar balik duit papa." Tutur Bella panjang lebar. Tengku Harris tersenyum kecil.

"Emm. Saya dah bayarkan." Ujar Tengku Harris pendek.

Terkejut Bella mendengarnya. Dia tidak salah dengarkan.

"Hah?"

"Saya dah bayarkan, Syabella Iris. Awak dengar ke tak?" Bella seperti mati kata. Tidak tahu nak kata apa lagi.

"Maaf menyusahkan awak. Saya janji nanti saya ganti balik duit awak." Ujar Bella.

"Dah malam ni. Saya masuk bilik dulu. Penat sangat." Bella terus melarikan diri. Bukan apa, dia malu terhadap Tengku Harris.

Tengku Harris yang memandang kepergian isterinya lalu melemparkan senyuman kecil.

"Haziq

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Haziq..."

"Emm wanginya anak mama ni." Dicium banyak kali serata wajah anaknya.

"Harini Haziq nak pergi mana? Mama cuti apa kata kita pergi jalan- jalan nak tak." Lama sudah dia tidak membawa Haziq berjalan. Disebabkab hari ini dia ada peluang, jadi dia tahu mahu melepaskan peluang yang ada untuk membawa anaknya keluar. Selepas ini, dia akan kembali sibuk balik di pejabat.

"Kita pergi rumah nenek nak?" Nampak senyuman kecil di bibir kecil anaknya. Lagak seperti faham apa yang sedang dikatakannya.

Kelibat Tengku Harris mula turun ke ruang tamu. Langkah kaki lelaki itu terus kearahnya dan Haziq. Dilabuhkan punggungnya disisi Bella.

"Tak kerja?" Tanya Bella.

Pantas lelaki itu menggeleng. Lupa pula harini merupakan hari Sabtu. Iyalah waktu dulu mana ada Tengku Harris berada dirumah selalu.

Kalau boleh setiap waktu lelaki itu keluar. Bila malam dia dah tidur baru Tengku Harris balik dan esok paginya lepas dia bangun dari tidur, Tengku Harris sudah pergi. Begitu lah rutin hariannya dulu sebelum melahirkan Haziq.

Apabila hadirnya Haziq, dia nampak perubahan ketara pada diri Tengku Harris.

"Saya nak bawa Haziq balik Johor boleh? Dah lama tak balik sana. Lagipun cuti dua minggu ni saya ingat nak rehat dekat kampung lah." Ujar Bella tentang perancangannya. Dia  berharap Tengku Harris memberikan kebenaran.

"Saya hantarkan." Ujar lelaki itu.

"Tak apa. Awak kan kerja. Lagipun nanti awak penat. Afiq pun ada sekali. Dia ikut teman balik sebab tengah cuti."

"Jangan bantah. Lagipun susah kalau Haziq nanti tiba- tiba menangis dalam kereta. Biar saya je yang hantarkan awak." Ujar Tengku Harris bernada tegas.

"Okaylah kalau dah awak cakap macam tu. Saya ikut je."

Tengku Harris tersenyum kecil apabila isterinya mengikut kata- katanya. Lagipun dia sudah berjanji pada dirinya tidak mahu mengabaikan lagi tanggungjawabnya terhadap isteri dan anak. Dia terlalu sayangkan dua insan itu dan dia tidak mahu kehilangan buah hatinya untuk kali kedua.

Edited: 25 Februari 2022

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Edited: 25 Februari 2022

MY ENCIK TENGKUWhere stories live. Discover now