Bella menjawab salam sebelum mematikan panggilan telefonnya. Telefonnya diletakkan disisi.
"Siapa call kau?" Tanya Tengku Harris menghampiri isterinya yang sedang melayan drama di televisyen.
"Umi call. Dia kirim salam pada awak sekali." Ujar Bella. Matanya melirik memandang ke arah wajah Tengku Harris.
Tengku Harris mengangguk bersama menjawab salam daripada ibu mentuanya.
Bella mula menumpukan kembali pada drama yang sedang ditayangkan. Bunyi tombol pintu rumah dipulas. Pantas pandangannya terarah ke pintu rumah. Tengku Harris yang baru sahaja ingin keluar ditegurnya.
"Awak keluar lagi?" Tanya Bella.
"Emm." Jawabnya malas.
"Kenapa?" Tanya Tengku Harris.
"Tak ada apa- apa lah. Saya fikir nak ajak awak keluar beli barang dapur. Dah banyak habis. Tapi tak apa lah kalau awak nak keluar, saya beli sendiri nanti." Ujar Bella.
"Cepatlah siap. Kita pergi sekarang. Aku tunggu kau dekat luar." Ujar Tengku Harris sebelum keluar dari rumah.
Terkejut Bella mendengar ajakan suaminya. Serta merta dia menutup televisyen sebelum bergegas naik ke bilik untuk bersiap.
Pesanan yang baru dihantar dibacanya sebelum dia membalas.
+ Bella
Terima kasih papa. Bella harap papa tak beritahu sesiapa.Setelah menghantar pesanan ringkas itu terus dia kembali menutup skrin telefonnya. Pandangannya dihala ke arah Tengku Harris yang fokus pada pemanduannya. Sesekali dia tersenyum. Kenapa kacak sungguh suaminya ini bila direnung lama.
Haih Bella. Apa yang kau fikir ni. Sedarlah diri kau tu siapa. Nafasnya dihela panjang. Pandangannya terus dialih memandang keluar tingkap.
YOU ARE READING
MY ENCIK TENGKU
RomanceMy Encik Tengku ©️ 2017 Status : Completed Cinta tak pernah hadir, Cinta tak pernah kekal, Dan kadangkala cinta selalunya begitu kejam. Sudah berapa kali dia cuba untuk memiliki hati lelaki itu tetapi malangnya cubaannya tetap gagal. Dia ego, Dia k...