Bella mencapai telefonnya apabila berbunyi. Nama yang tertera diskrin telefonnya dilihat sebelum cepat- cepat dia mengangkat.
"Assalamualaikum umi." Bella menyapa dengan memberi salam.
"Waalaikumsalam." Balas umi.
"Rindunya Bella dengan umi. Dah lama tak balik Johor. Umi sihat? Abah sihat?" Tanya Bella bertanya khabar.
"Umi pun rindu kamu semua. Alhamdulillah, kami sihat je dekat sini. Kamu tu sihat tak?"
"Alhamdulillah umi, Bella sihat aje. Haziq dengan Zarul pun sihat." Wahidah tersenyum mendengarnya.
"Ni umi nak cakap sikit, umi dengan abah dah rancang nak kesana tak lama lagi. Kamu busy ke tak?" Soal Wahidah.
"Umi nak balik? Bila tu? Dua minggu lagi Bella kana fly China." Ujar Bella.
"Lah iyakah. Umi baru ingat nak pergi kesana waktu tu. Tak apalah kalau macam tu. Kamu pergi kesana, umi abah tolong jagakan Haziq. Boleh kan?" Umi memberi cadangan.
"Betul ke ni umi? Bella tak kisah." Tanya Bella inginkan kepastian. Dia okay sahaja kalau keluarganya mahu menjaga anaknya untuk beberapa hari dia tiada.
"Baguslah macam tu. Umi nak pergi lawat adik kamu sekali tu. Si Afiq tu merajuk agaknya. Lambat sikit call, dah nak merajuk. Mengada betul." Bella tersengih.
"Anak bongsu umi. Memang lah macam tu."
"Sabar aje umi layankan dia tu. Okaylah umi letak telefon dulu. Kirim salam Harris ya. Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam." Telefonnya diletakkan kembali di tepi meja. Bella terdengar suara rengekan anaknya, pantas dia berlari pergi ke bilik anaknya.
Bella keluar setelah memastikan anaknya sudah lena. Dia terus kedapur. Chicken chop yang dibeli Tengku Harris semasa mereka pulang tadi masih belum dimakannya.Pinggan dicapai lalu diletakkan di atas meja. Bekas polisterin chicken chop dibuka dan diletakkan di atas pinggannya. Dibawa pinggannya ke ruang tamu. Dia mahu makan sambil menikamati makanannya.
Sedang dia menikmati makanan, Bella mendengar derapan tapak kaki seseorang. Tengku Harris turun kebawah. Bella menoleh memandang suaminya.
"Awak..." Panggilnya perlahan. Tengku Harris menoleh ke arah isterinya.
"Awak nak tak? Saya dah kenyang ni. Habiskan boleh?" Bella berharap yang suaminya akan menghabiskan baki makanannya. Perutnya pun sudah kenyang walaupun baru makan beberapa suap.
"Letak aje situ. Nanti saya makan." Ujar Tengku Harris bersahaja. Dia terus melangkah ke dapur. Bella sedikit terusik dengan Tengku Harris. Takkan lah suaminya itu tidak memaafkan dia lagi.
Tengku Harris menghampirinya. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah isterinya. Tangannya ingin mencapai pisau dan garfu tetapi belum sempat dia mengambil, Bella terlebih dahulu mengambilnya.
"Kata nak suruh saya habiskan." Tengku Harris bertanya pelik dengan muka tidak faham dengan apa yang dilakukan isterinya.
"Saya suap." Bella berbalas pandangan dengan suaminya
"Tak apa. Saya ada tangan. Saya boleh makan sendiri." Tengku Harris menggeleng. Dia cuba mencapai garfu dan pisau dari isterinya tetapi dia tetap menghalangnya dari mengambil.
"Saya suapkan." Bella mula memotong ayam itu dengan potongan yang kecil. Garfu dicucuk pada ayam lalu disuakan kepada suaminya.
Tengku Harris tidak membuka mulutnya. Dipandang isterinya dengan sebuah kerutan di dahi. Dia menggeleng laju.
"Aaa nganga mulut. Please awak saya nak suap ni." Tengku Harris menggeleng lagi.
"Please." Rayunya lagi. Bella mula membuat muka comelnya.
Tengku Harris akhirnya membuka mulutnya dan menerima suapan dari isterinya. Bella mengukirkan senyuman. Dia sekadar membalas dengan senyuman kecil. Bella meneruskan suapannya sehinggalah suapan yang terakhir.
"Terima kasih habiskan makanan saya." Dihadiahkan sebuah senyuman manis dan kenyitan mata untuk suaminya. Bagi extra pujuk sikit.
"Hmm."
"Awak..." Suaranya meleret.
"Hmm.." Dari tadi Tengku Harris menggumam. Naik muak betul Bella mendengarnya.
"Sorry awak. Saya tak berniat nak sakitkan hati awak. Saya tak tahu pula awak terasa dengan kata- kata saya tu." Bella memeluk lengan Tengku Harris. Berharap Tengku Harris termakan dengan pujukannya. Tengku Harris memandang wajah isterinya dari sisi. Senyumannya terukir.
Bella mula tersenyum apabila nampak senyuman dibibir suaminya.
"Awak dah maafkan saya? " Tanya Bella memandang wajah suaminya dengan penuh rasa cinta. Lama kelamaan Tengku Harris mengangguk kepalanya.
"Yeah!" Bella bersorak lega. Tangannya dikalihkan dari lengan Tengku Harris dan mula melingkar pula pada pinggang lelaki itu.
"Thank you awak maafkan saya." Kepalanya dilentokkan pada bahu kiri Tengku Harris sekejap.
Tengku Harris memusingkan tubunya menghadap isterinya. Dibetulkan tubuh Bella dengan lembut. Dagu wanita itu ditolak naik memandang wajahnya.
"Janji jangan ulang lagi." Pinta Tengku Harris berharap. Bella mengangguk dengan laju.
"I'm promise." Bella berjanji dengan membuat pinky promise kepada suaminya.
"Awak..."
"Ye sayang." Tersenyum Bella mendengar panggilan 'sayang' dari suaminya.
"Esok awak kerja tak?" Tengku Harris menggeleng.
"Okey good! Awak tolong jagakan Haziq sekejap tau lepastu pukul satu awak ambil saya dekat office ya. Kita keluar makan. Saya teringin nak makan pizza lah." Ujar Bella.
"Asyik teringin je isteri saya ni. Ada isi ke?" Tanya Tengku Harris. Jika ada rezeki menimang cahaya mata kedua, dia terima seadanya. Lagipun, dia mahu menebus balik silapnya yang lepas.
"Mana ada. Saya saja nak makan. Dah lama rasanya tak makan pizza."
"Iyalah sayang. Esok kita pergi." Tengku Harris mengikut sahaja rancangan isterinya. Layankan sahaja semua kehendak isterinya. Sebab itu merupakan janjinya dahulu demi membahagiakan keluarganya.
Edited: 25 Februari 2022
YOU ARE READING
MY ENCIK TENGKU
RomanceMy Encik Tengku ©️ 2017 Status : Completed Cinta tak pernah hadir, Cinta tak pernah kekal, Dan kadangkala cinta selalunya begitu kejam. Sudah berapa kali dia cuba untuk memiliki hati lelaki itu tetapi malangnya cubaannya tetap gagal. Dia ego, Dia k...