Hari ini Bella lebih banyak meluangkan masa bersama dengan anaknya. Bayi yang sudah hampir 10 bulan itu ditemani juga papanya. Terpaksa jugalah Bella selesakan dirinya. Mengenai hal penceraian, tentu ada sahaja topik yang diubah lelaki itu. Kenaplah susah sangat lelaki itu mahu memenuhi permintaannya yang satu ini.
"Tidur mana malam ni?" Tanya Tengku Harris.
"Balik rumah lama." Ujar Bella. Perasan dari tadi Tengku Harris tidak habis- habis memerhatikan wajahnya dari tepi.
Dia mengangguk.
"Tidur rumah saya nak tak?" Ajak dia. Sejak dua bulan yang lepas, panggilan dia dah berubah dari 'kau aku' kepada 'awak saya.'
"Lain kali rasanya." Ujar Bella. Dah hampir sebulan dia tak balik rumahnya.
Tengku Harris sedikit mengeluh. Nafasnya dihela.
"Tak apalah kalau macam tu. Fikir nak ajak sekali awak teman pergi majlis Fiya. Awak pun dapat jemputan kan. Tapi tak apa kalau tak nak. Saya tak paksa." Terus dia memandang kearah kau dihadapannya.
"Saya tidur rumah awak." Ujar Bella tiba- tiba. Sisi wajah Tengku Harris ditatapnya. Lelaki itu tersenyum mendengarnya.
"Okay good. Boleh kita luangkan masa bersama baiki hubungan kita." Ujar Tengku Harris penuh harapan.
"Saya tak cakap pun saya nak baiki hubungan kita." Senyuman sinis dilemparkan. Langsung dia tidak mahu baiki hubungan ni. Rasa pintu hati dia dah tertutup sepenuhnya untuk Tengku Harris.
"Awak memang nak kita bercerai ke? Tanya Tengku Harris. Soalan yang sama juga diajukan. Seperti setiap hari.
Bella mengangguk laju. Dia betul- betul dengan keputusan itu. Dia nekad!
"Tak kesian dekat Haziq?" Tanya dia. Semestinya dia kesian. Kecil- kecil lagi sudah dipisahkan dengan ayahnya sendirinya. Tetapi apa boleh dia buat. Bukan dulu lelaki ini mahukan seperti ini.
"Kesian sangat. Tapi nak buat macam mana kan. Dulu sebelum dia lahir pun papa dia nak buang dia. Tak perlukan dia. So ada baiknya kalau sekarang kita teruskan sahaja rancangan awak yang dah lama tertangguh tu." Senyuman sinis dilemparkan. Tengku Harris terkesima. Wajah Tengku Haziq yang berada didukungan isterinya dipandang. Bayi itu sudah lena beberapa minit lepas.
"Dah benci sangat kan awak dekat saya." Ujar Tengku Harris. Nadanya seperti menahan sebak. Sebelum ini dia tak pernah rasa macam ni. Ini semua balasan untukya.
"Tak ada peluang ke untuk saya. Tak cukup penjelasan mama. Tak cukup ke kata maaf dari saya. Tak cukup ke semua tu." Pantas Bella menggeleng.
"Apa lagi yang perlu saya buat untuk awak rasa puas hati?" Tanya dia penuh sabar.
"Lepaskan saya. Senang kan." Tengku Harris mengeluh untuk kali yang keberapa.
"Hanya maut sahaja yang boleh memisahkan kita." Ujar dia penuh mendalam.
"Kenapa susah sangat awak nak lepaskan saya?"
"Sebab saya..."
Bella menanti.
"Saya dah jatuh cinta dengan isteri saya. Cuma dia je tak nak tahu perasaan saya." Wajah Tengku Harris memandang kehadapan. Memandang orang ramai yang sedang berseronak mandi air laut.
Bella menunduk. Wajah anaknya dipandang. Hati dia rasa lain. Rasa berdebar.
"Ini kali pertama saya luahkan dekat awak Bella. Saya simpan je perasaan ni sampai awak balik dari Perlis dua minggu lepas. Saya rasa bangga dengan diri saya sendiri sebab saya dah boleh belajar cintakan awak. Sumpah saya tak tipu. Fiya masa lalu saya dan awak masa hadapan saya." Ada air mata jernih yang mengalir di wajah Bella. Terus Bella bangun dari duduk. Pakaiannya dibetulkan.
"Saya nak balik." Tengku Harris mengeluh melihatnya apabila Bella sekali lagi cuba mengelak. Dia terus bangun mengikut langkah isterinya masuk kedalam kereta.
"Jadi macam mana?" Tanya Sharizal. Tengku Harris menggeleng.
"Dia tetap juga nak bercerai." Ujar Tengku Harris. Nadanya berubah sedih. Cuma dia dapat kawal. Takkan lah nak menangis dihadapan khalayak ramai. Nampak macam lawak. Orang akan pandang dia pelik.
Sharizal menepuk perlahan bahu kawannya itu.
"Aku dah suruh Raf pujuk isteri kau. Tapi kau tahu kan dia macam mana. Hati dia dah keras." Ujar Sharizal.
Tengku Harris mengangguk tanda mengiyakan kata kawannya itu.
"Emm apa kata kau celebrate anniversary perkahwinan korang?" Rizal memberikan idea.
Tengku Harris menggeleng.
"Dah lepas. Bulan lepas haritu anniversary kita orang. Aku pun baru tahu. Mama yang bagitahu." Sharizal menepuk dahinya. Tarikh ulangtahun perkahwinan pun boleh lupa mamat ni.
"Kau ni. Lain kali ambil tahu lah sikit."
"Mana ada aku terfikir. Aku cuma fikir nak dapatkan hati dia balik je sekarang ni." Ujar Tengku Harris.
"Muka je handsome, tapi tak romantik langsung." Sindir Sharizal.
"So macam mana?" Tengku Harris semakin buntu.
"Birthday dia.."
"Birthday dia eh... Tak lama lagi."
Sharizal tersenyum. Terus dia menceritakan rancangannya.
Edited: 25 Februari 2022
YOU ARE READING
MY ENCIK TENGKU
Storie d'amoreMy Encik Tengku ©️ 2017 Status : Completed Cinta tak pernah hadir, Cinta tak pernah kekal, Dan kadangkala cinta selalunya begitu kejam. Sudah berapa kali dia cuba untuk memiliki hati lelaki itu tetapi malangnya cubaannya tetap gagal. Dia ego, Dia k...