MET 21

55.8K 1.4K 11
                                    

Setelah menetap di rumah keluarga Tengku Harris, mereka ingin pulamg ke rumah semula setelah beberapa hari menginap dirumah keluarga Tengku Harris

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Setelah menetap di rumah keluarga Tengku Harris, mereka ingin pulamg ke rumah semula setelah beberapa hari menginap dirumah keluarga Tengku Harris. Bella mula menyalam tangan Tengku Aida. Selepas itu dia memeluk tubuh mertuanya.

"Jaga diri." Pelukan dileraikannya sendiri.

Bella mengangguk. Senyuman manis terukir.

"Mama pun sama. Jangan risaukan Bella, Bella tahu jaga diri sendiri."

"Hmm iyalah. Ni Harris, jaga Bella tu baik- baik. Ni dah tengah sarat banyak benda boleh berlaku. Hati- hati kalau nak kemana tu." Pesan Tengku Aida. Matanya memandang kearah anaknya.

Tengku Harris mengangguk faham.

"Ya Harris tahu ma." Dirapati tubuh isterinya lalu dipeluk bahu itu.

Bella yang merasa Tengku Harris memeluk bahunya berasa tidak selesa tetapi dia cuba menyelesakannya agar Tengku Aida tidak perasan sesuatu yang boleh membuatkan hati tuanya kecewa. Senyuman nipis terukir.

Setelah itu, Tengku Harris menyalami tangan mamanya.

"Kami balik dulu mama." Mereka masuk ke dalam kereta.

Tengku Aida melambaikan tangannya setelah kereta milik anaknya mula meluncur laju meninggalkan kawasan perumahannya. Setelah itu, dia kembali masuk ke dalam rumah.

Bella mula mengatur langkah masuk ke dalam rumah Tengku Harris

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bella mula mengatur langkah masuk ke dalam rumah Tengku Harris. Beg pakaiannya dipegang sambil menaiki tangga menuju kebiliknya. Beg pakaian diletakkan ditepi katil. Tudung yang dililit kemas dikepalanya dibuka. Dia terus masuk ke dalam kamar mandi untuk membersihkan diri.

Sementara Tengku Harris yang baru melangkah masuk ke dalam rumah itu meletakkan beg pakaiannya di tepi meja sofa. Alat kawalan jauh dicapai lalu dibuka siaran televisyen. Tetapi tiada satu pun cerita yang menarik minatnya untuk ditonton.

Telefonnya dikeluarkan dari dalam kocek seluar jeansnya. Dia mula menaip sesuatu dan hantar kepada seseoarang.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MY ENCIK TENGKUWhere stories live. Discover now