Sudah hampir tiga minggu berlalu. Kalini Bella dan Tengku Harris berada di rumah umi dan abah. Sedang Bella leka dengan majalah di tangan, Tengku Harris menyergahnya.
"Hishhh." Terlepas majalahnya dari tangan akibat terkejut sehingga terkena pada wajah Tengku Harris.
"Adui sakitlah sayang. Hishh dalam pantang pun still garang- garang lagi." Perli Tengku Harris.
Mencebik Bella mendengarnya. Buat hal, memang mendapatlah.
"Lain kali jangan mengada nak mengusik orang." Majalah yang diletakkan Tengku Harris diambilnya semula.
"Senyap lah sikit. Nanti Lissa dengan Linda terjaga." Ujar Bella. Bersusah payah dia menidurkan dua puterinya itu dan tiba- tiba Tengku Harris datang membuat bising. Nasiblah Melissa dan Melinda tidak terjaga.
"Hmm yelah sorry sayang." Tengku Harris mengambil tempat disebelah isterinya. Pipi isterinya dicium sekilas. Rindu.
"Sayang.." Panggil Tengku Harris. Matanya menatap mata isterinya walaupun wanita itu menunduk kerana sedang menyambung membaca majalahnya.
Bella mengumam halus. Kepalanya ditoleh memandang si suami.
"Awak tak kesian ke dekat saya? Saya rasa macam nak mati je tak dapat makan apa yang saya nak. Tak boleh ke awak bagi saya makan yang saya nak?" Ujar Tengku Harris memujuk. Sepanjang Bella pantang, dia terpaksa ikut apa yang wanita itu makan.
"Apa yang awak tak dapat makan tu, saya pun tak dapat makan juga okay. Adil lah kan. Kata awak sayang saya." Bella tersengih. Setiap hari suaminya memujuk. Ingat ada orang kesah ke.
"Tapi awak tak faham sayang..." Tengku Harris mengeluh lemah.
"Tak faham apa. Saya faham awak tak dapat makan itu ini. But please teman lah saya jugak. Tak kesian ke dengan saya." Kalini Bella pula membuat suara manjanya. Kepalanya dilentokkan.
"Sengaja lah tu." Tengku Harris menolak bahu isterinya perlahan. Menyampah.
"Sengaja apa?" Tanya Bella pelik.
"Yelah. Sengaja nak goda saya."
Menjeling Bella mendengarnya.
"Bila masa pula saya nak goda awak ni. Perasannya." Sindir Bella.
"Elehh yelah tu." Tengku Harris mencebik. Makin hari makin sayang dia kepada isterinya.
YOU ARE READING
MY ENCIK TENGKU
RomanceMy Encik Tengku ©️ 2017 Status : Completed Cinta tak pernah hadir, Cinta tak pernah kekal, Dan kadangkala cinta selalunya begitu kejam. Sudah berapa kali dia cuba untuk memiliki hati lelaki itu tetapi malangnya cubaannya tetap gagal. Dia ego, Dia k...