MET 45

52.6K 1.2K 11
                                    

Bella menghampiri suaminya yang masih lena di atas katil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bella menghampiri suaminya yang masih lena di atas katil. Tubuhnya merapati suaminya.

"Awak..." Panggil Bella meleret. Tangannya menepuk- nepuk lengan lengan Tengku Harris. Dia cukup penat harini. Melayan karenah anaknya. Nasib baik sekarang sudah tidur setelah dipujuknya. Susah sangat nak tidurkan Haziq petang ini.

"Hmm.." Tengku Harris mengumam halus. Nampak sangat lelaki itu letih. Semalam, seharian Tengku Harris dipejabatnya kerana menguruskan projeknya.

"Saya nak makan aiskrim. Awak boleh tolong belikan tak dekat kedai depan." Ujar Bella. Dari tengahari tadi dia mengidam ingin menikmati aiskrim. Ini semua gara- gara Rafi yang menghantar gambar aiskrim vanilla oreo.

"Alah saya penat ni sayang. Awak pergilah sendiri ya." Bella berdecit mendengarnya. Dia sudah lah mengidam, boleh pula suaminya menyuruh dia pergi sendiri.

"Hmm fine. Saya pergi sendiri. Awak duduk rumah jagakan Haziq. Dia tengah tidur tu." Ujar Bella berjauh hati.. Dia fikir dia boleh berehat sekejap selepas melayan Haziq sementara Tengku Harris pergi membeli. Ni tidak, dia yang nak dia yang kena beli. Terus dia berura- ura ingin bangun. Belum sempat dia berdiri, tangannya ditarik sehingga dia terdorong jatuh diatas badan suaminya.

"Merajuk ke? Dah biar saya belikan." Ujar Tengku Harris mencuit hidung isterinya. Bella menjeling suaminya. Tadi dia suruh kita beli sendiri. Bila kita nak pergi, dia sibuk pula nak belikan.

"Tak apalah. Awak tidur jelah. Saya boleh pergi sendiri." Ujar Bella langsung tidak memandang wajah suaminya. Tengku Harris memaut pinggang isterinya melihatkan isterinya seakan mahu merajuk dengannya.

"Emm lepaslah awak. Saya dah mandi ni." Ujar Bella. Mukanya dijarakkan daripada Tengku Harris apabila lelaki itu ingin mendekat. Pegangan tangan lelaki itu cuba dilepaskan tetapi suaminya masih mempereratkam pelukan di pinggangnya.

"Wanginya isteri saya ni." Mukanya dibenamkan dileher isterinya.

"Tengku Harris Zarul, isteri awak ni dah mandi. Tolong lepaskan boleh." Rungutnya. Geram pula dengan sikap Tengku Harris.

"Kalau macam tu awak mandi lagi sekali lah sayang. Kita mandi sama- sama." Membulat mata Bella mendengarnya. Sempat pula bergurau siang- siang macam ni.

"No!"

"Jom lah sayang. Mandikan saya." Pinta Tengku Harris penuh menggoda.

"Kalau saya kata taknak."

"Nak."

"Taknak!"

"Nak."

"Eee dah lah. Mengada lah awak ni sekarang. Dah lah saya nak keluar. Nak tengok Haziq. Takut- takut dia terbangun pula sebab papa dia ni bising sangat." Dicubit pipi Tengku Harris geram. Padan muka!

"Sakitlah sayang." Tengku Harris mengadu. Bukan main kuat di cubitnya.

"Padan muka. Mengada sangat." Akhirnya Bella dapat melepaskan diri dari pelukan Tengku Harris. Laju sahaja dia berlari turun.

MY ENCIK TENGKUWhere stories live. Discover now