MET 32

59.1K 1.5K 38
                                    

Mereka berempat dalam perjalanan pulang ke Johor

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mereka berempat dalam perjalanan pulang ke Johor. Afiq baru sahaja diambil oleh Bella di universitinya pagi tadi. Tengku Harris menumpukan pada pemanduannya. Bersalah juga Bella dibuatnya apabila Tengku Harris terpaksa menghantar mereka walaupun lelaki itu mempunyai mesyuarat penting pada keesokan harinya.

"Kak.." Panggil Afiq dari tempat duduk belakang. Tangannya diletakkan diantara kerusi Tengku Harris dan Bella.

"Hmm." Bella menyahut panggilan dari adiknya.

"Umi ada beritahu tak yang abang Ian datang rumah kita." Pantas Bella menggeleng laju. Tiada pula Puan Wahidah memberitahunya tentang kedatangan lelaki itu.

"Kenapa abang Ian datang Johor ke?" Tanya Bella teruja. Tidak boleh langsung dengar nama Ian, mesti dia senyum sampai ke telinga. Lagi- lagi senyuman lelaki yang lebih tua 3 tahun darinya itu.

"Ya, dia baru balik sini 2 hari lepas." Ujarnya adiknya setelah apa yang diberitahu uminya beberapa hari lepas dari panggilan telefon.

Tengku Harris yang sedang memandu itu menahan rasa cemburunya. Bukan dia tidak nampak reaksi isterinya bila nama 'Ian' disebut, pasti isterinya mempunyai perasaan terhadap lelako bernama Ian itu.

"Cucu umi dah balik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Cucu umi dah balik." Puan Wahidah dan Encik Hakim setia menanti kepulangan anak- anaknya dan cucu. Terlihat wajah gembira yang terpamer di muka dua insan itu. Bella menyalami tangan umi dan abahnya. Begitu juga Tengku Harris dan Afiq.

"Dah lah jom masuk. Panas ni kat luar. Kesian cucu atuk ni." Ujar Encik Hakim. Tengku Haziq sudah berada di dalam dukungannya dibawa masuk.

Mereka masuk ke dalam rumah. Tengku Harris dan Afiq mengangkat beg masuk ke dalam lalu diletakkan didalam bilik masing- masing.

"Mari sini duduk dulu. Umi ada buatkan air kopi dengan pisang goreng." Puan Wahidah memanggil sambil menatang dulang yang penuh dengan juadah petang. Diletakkan dulang diatas meja. Tengku Harris mengambil tempat di sebelah isterinya selepas meletakkan beg isteri dan anaknya didalam bilik.

MY ENCIK TENGKUWhere stories live. Discover now