Tengku Harris mencelikkan matanya. Lama betul dia tertidur. Pandangannya dihalakan pada Tengku Haziq disisi. Bella juga ada di samping anaknya sambil menyiapkan Haziq.
"Bell.." Nama isterinya dipanggil.
"Awak dah bangun." Bella menoleh. Matanya membalas renungan suaminya.
"Awak nak pergi mana ni siap cantik- cantik?" Tanya Tengku Harris. Matanya digosok. Penat pun masih belum hilang lagi.
"Nak keluar jumpa Ara sekejap." Jawab Bella. Pelekat pampers Tengku Haziq dilekatkan. Setelah itu baju dan seluar anaknya disarungkan ke tubuh.
"Saya bawa Haziq sekali tau." Ujar Bella. Tengku Harris mengangguk tersenyum.
"Awak nak ikut sekali ke?" Tanya Bella sambil bedak disapukan pada muka anaknya.
Tengku Harris pantas menggeleng. Dia mahu sambung tidur balik selepas isterinya pergi. Bella mengangukkan kepalanya.
"Jangan balik lewat tau sayang. Nanti kesian Haziq penat. Awak pun tak cukup rehat lagi." Pesan Tengku Harris mengingatkan isterinya. Tengku Haziq yang telah disiapkan isterinya itu didukungnya. Dicium lama pipi anaknya silih berganti.
Sekarang masa untuk dirinya pula bersiap. Dibiarkan Haziq dijaga suaminya seketika. Bella mencapai shawl yang telah digosoknya lalu dililitkan di kepalanya.
"Awak saya pergi dulu." Bella menghulurkan tangannya untuk bersalam. Tengku Harris menyambut salam itu. Dia mula berdiri sambil mendukung Haziq. Ubun- ubun isterinya dicium.
"Take care sayang. Hati- hati bawak kereta. I love you." Dicium pula dahi Bella lama.
"Okey bye. Love you." Bella tersenyum. Tubuh Haziq didukungnya.
Bella masuk kedalam rumah lamanya. Nasiblah dia ada kunci lebih, tak ada lah susah dia menunggu kawannya membuka pintu.
"Hey Haziq." Ara menoleh ke belakang apabila melihat ada seseorang masuk ke dalam rumah. Tersenyum dia melihat Haziq sudah sampai bersama Bella.
YOU ARE READING
MY ENCIK TENGKU
RomanceMy Encik Tengku ©️ 2017 Status : Completed Cinta tak pernah hadir, Cinta tak pernah kekal, Dan kadangkala cinta selalunya begitu kejam. Sudah berapa kali dia cuba untuk memiliki hati lelaki itu tetapi malangnya cubaannya tetap gagal. Dia ego, Dia k...