MET 4

52.3K 1.7K 8
                                    

"Dah siap?" Tanya Puan Wahidah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Dah siap?" Tanya Puan Wahidah. Sarapan dihidangkan di atas meja.

"Dah."

Bella mula mencedokkan nasi goreng ke dalam pinggannya. Dia mula menjamah.

"Bismillah."

"Nanti balik Kuala Lumpur tu hati- hati ya." Pesan Puan Wahidah yang sibuk dengan kerjanya mengemas peralatan dapur.

Masa sekejap sahaja berlalu, dua minggu dia menetap di kampung dan harini dia terpaksa pulang ke Kuala Lumpur atas urusan kerja yang perlu diselesaikan.

"Okay umi." Jawab Bella.

Teh panas diteguk perlahan. Bella sebenarnya bukanlah penggemar air panas tetapi umi sudah hidangkan dia kena jugalah minum.

"Dua hari lepas mama ada call Bella suruh pilih cincin kahwin dengan Tengku, umi."

Cerita Bella tentang panggilan telefonnya bersama Tengku Aida. Panggilan nama dia dan Tengku Aida pun sudah mula berubah apabila wanita itu menyuruhnya memanggil mama supaya selepas ini sudah biasa.

"Lepas ni Bella kena panggil mama. Mama dah taknak dengar Bella panggil mama dengan panggilan Tengku Aida lagi." Tegas suara Tengku Aida memaksa Bella untuk memanggilnya mama.

"Tapi Tengku.." Bella ketap bibir. Aduhai, rasa tidak selesa pula.

"No Tengku. Just call me mama. Bella kenalah biasakan selalu. Nanti dah kahwin dengan Harris, Bella still jugakan kena panggil mama." Ujar wanita berpangkat itu.

"Baik mama."

"Boleh pun." Tersengih Tengku Aida mendengar Bella yang tergagap memanggilnya mama. Lama- lama dah biasa nanti.

"INGAT Harris apa yang pesan semalam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"INGAT Harris apa yang pesan semalam. Esok cuti kan. Jangan lupa teman Bella beli cincin kahwin." Pesan Tengku Aida kepada anaknya.

Tengku Harris yang sudah bersiap untuk ke pejabat itu mula mengangguk faham dengan rancangan mamanya.

"Bella kata dengan mama yang dia kerja sekejap pagi. Nanti Harris pickup dia dekat tempat kerja boleh?" Tanya mama. Dia mahu apa yang dirancangnya berjalan dengan lancar.

MY ENCIK TENGKUWhere stories live. Discover now