MET 19

51.1K 1.4K 23
                                    

"Good morning awak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Good morning awak." Sapa Bella apabila melihat suaminya sedang turun tangga. Fikirnya lelaki itu ingin ke meja makan tetapi sangkaannya salah. Tengku Harris terus berlalu pergi. Hati Bella tercuit melihat perbuatan suaminya.

Afiq yang menjadi pemerhati mula rasa kesihan melihat kakaknya dilayan sebegitu. Terus dia bangun dan pergi ke arah Bella.

"Dah lah. Tak payah fikir sangat. Jom makan." Tahu sangat Bella mesti fikir macam- macam. Lengan tangan kakaknya ditarik ke meja makan. Kerusi di tarik dan Bella melabuhkan punggungnya.

Afiq menyendukkan nasi goreng ke dalam pinggan kakaknya. Air Milo panas dituangkan ke dalam cawan. Setelah itu diletakkan di hadapan kakaknya.

"Dah makan. Jangan banyak fikir lagi. Kesian dekat baby dekat dalam tu nanti." Ujar Afiq. Tidak mampu melihat kakaknya bersedih. Melihat muka muram itu pun dia dah rasa tidak sedap hati.

 Melihat muka muram itu pun dia dah rasa tidak sedap hati

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tengku Fahmi menguak pintu pejabat Tengku Harris. Langkahnya diatur ke dalam. Tengku Harris yang melihat kedatangan papanya terus memberhentikan kerjanya.

"Kenapa papa?" Tanya Tengku Harris. Dia terus bangun dan menghampiri papanya yang telah duduk di sofa.

"Kenapa tak beritahu kita orang yang Bella mengandung?" Soalan berbalas soalan. Dia dapat tahu anak menantunya mengandung daripada Tengku Haira sendiri.

Tengku Harris terdiam. Dia fikir wanita itu sudah memberitahu awal tentang kandungannya pada keluarganya.

"Bella kata nak beritahu sendiri. Jadi Harris diam aje lah." Bohong Tengku Harris. Bibirnya diketap.

"Mama suruh bawak Bella balik rumah." Ujar Tengku Fahmi. Isterinya tidak habis- habis mendesak dia supaya pujuk anaknya pulang bersama menantu kesayangannya.

"Bella sibuk lah papa." Tengku Harris mencipta alasan.

"Jawab sendiri dengan mama. Papa tak nak masuk campur." Itu sahaja yang keluar dari mulut Tengku Fahmi. Setelah itu dia terus meninggalkan anaknya.

MY ENCIK TENGKUWhere stories live. Discover now