Afiq melangkah masuk ke dalam rumahnya. Terus dia ke sofa lalu duduk diatasnya. Alat kawalan jauh dicapai dan ditekan button on. Badannya disandarkan pada sofa.
Puan Wahidah yang mendengar televisyen dibuka, terus ke ruang tamu. Melihat Afiq yang sudah pulang dari sekolah dia tersenyum senang.
"Macam mana exam?" Tanya Puan Wahidah. Dia mengambil tempat disebelah anak bujangnya itu.
"Alhamdulillah okay." Jawab Afiq tenang. Matanya masih lagi pada skrin televisyen yang sedang ditayangkan.
"Umi." Panggil anak bujangnya itu.
"Apa dia?"
"Next week nak pergi KL boleh tak? Nak cari kerja sementara nak tunggu result SPM keluar tahun depan." Ujar anak itu. Harini adalah kertas terakhir dia dan semuanya berjalan lancar. Sepanjang peperiksaan berlangsung, dia berasa tenang menjawab. Berkat doa ibu bapa sangar penting.
"Nak duduk dengan siapa dekat sana?" Tanya Wahidah.
"Kak Bella ada. Afiq tumpanglah rumah dia." Ujar lelaki itu. Dia masih menanti jawapan dari uminya.
"Nanti bincang dengan abah. Umi okay sahaja kalau Afiq nak berdikari cari kerja." Afiq mengukirkan senyumannya apabila Puan Wahidah sudah bersetuju.
Panggilan telefon diangkat. Telefonnya dilekapkan ditelinga sebelah kanan.
"Assalamualaikum Puan Bella." Sapa seseorang dari dalam talian.
"Waalaikumsalam." Bella membalas.
"Puan free sekarang?" Tanya wanita itu.
"Ya saya tengah ada masa. Kenapa ya?"
"Nak bincang berkaitan butik puan." Baru Bella teringat tentang butiknya. Selama ini dia sibuk sampai dia terlupa nak uruskan butiknya itu.
"Okay boleh. Bila ya nak bincang? Lagipun sekarang ni saya cuti." Ujar Bella. Dua hari lepas dia ambil cuti selama dua minggu. Mujurlah Kak Mirza faham keadaan dia. Pelanggan yang berurusan dengan dia semua diserahkan kepada Ara dan Rafi untuk diuruskan.
YOU ARE READING
MY ENCIK TENGKU
RomanceMy Encik Tengku ©️ 2017 Status : Completed Cinta tak pernah hadir, Cinta tak pernah kekal, Dan kadangkala cinta selalunya begitu kejam. Sudah berapa kali dia cuba untuk memiliki hati lelaki itu tetapi malangnya cubaannya tetap gagal. Dia ego, Dia k...