"Nak pergi mana tu?" Tanya Tengku Harris apabila melihat isterinya sudah bangun. Tangan yang digenggam sejak lama tadi terlepas.
"Nak balik hotel." Jawab isterinya. Redup pandangan itu memandang kearahnya.
"Habistu saya?" Tengku Harris menyoal tentang dirinya.
"Awak balik bilik awaklah." Ujar Bella bersahaja. Sengaja mahu melihat reaksi suaminya.
Tengku Harris sudah menayangkan muka cemberutnya. Baru nak bersama, Bella dah cuba ingin meninggalkannya.
"Lah kenapa muka macam tu. Saya nak balik bilik saya aje. Awak balik lah bilik awak. Kita boleh jumpa lagi kan lepasni." Bella tersenyum nipis.
"Hmm iyalah tak apa." Tengku Harris terus memandang kearah lain. Merajuk dia dengan Bella.
"Kenapa ni..." Meleret suara Bella. Melihat muka Tengku Harris sebegitu, tidak sampai hati dia dibuatnya. Takkan lah dia nak tinggalkan bilik dia pula sedangkan baru satu hari dia tidur disana.
"Okey jom." Bella terus merangkul lengan suaminya. Mereka berjalan beriringan menuju ke hotelnya.
Tengku Harris mempamerkan senyumannya. Dia terus mengikut langkah isterinya ke bilik hotel. Tidak sampai sepuluh minit, mereka tiba dihadapan hotel isterinya menginap.
"Mama, Haziq okey?" Bella membuat panggilan telefon kepada mamanya . Rindunya pada anaknya tidak dapat dibendung lagi. Sudah seminggu dia disini, harini baru sempat dia menanya khabar anaknya.
"Okay cuma ni merengek sikit. Biasalah demam rindu." Ujar Tengku Aida tentang keadaan anaknya.
"Alahai siannya dia. Haziq tak ada buat hal kan ma?" Tanya Bella. Risau juga dia tinggalkan Haziq lama- lama. Makin membesar, nakal dia lain macam. Ada je yang nak dibuat.
"Eh tak ada lah. Baik aje budak ni. Cuma selalu kena kacau dengan Haira aje lah. Bella pun sendiri tahu kan, Haira tu suka betul mengacau Haziq. Bila dia dah menangis barulah nak dipujuknya. Selagi tu memang tak lah." Tersengih Bella mendengarnya.
"Nakal sangat sebab tu kena kacau. Thank you mama sudi jagakan Haziq untuk beberapa hari ni. Esok Bella dah balik sana semula. Insya Allah flight kami petang. Kalau demam Haziq teruk mama beritahu ya." Ujar Bella.
YOU ARE READING
MY ENCIK TENGKU
RomanceMy Encik Tengku ©️ 2017 Status : Completed Cinta tak pernah hadir, Cinta tak pernah kekal, Dan kadangkala cinta selalunya begitu kejam. Sudah berapa kali dia cuba untuk memiliki hati lelaki itu tetapi malangnya cubaannya tetap gagal. Dia ego, Dia k...