"Jaga diri. Jaga Haziq. Saya pergi dulu." Dahinya dicium Tengku Harris. Bella menahan sebak. Mahu sahaja dia memeluk tubuh itu tetapi mengingatkan apa yang sedang berlaku sekarang, segera dibatalkan niatnya.
Tengku Harris terus masuk kedalam keretanya selepas meletak beg pakaiannya ditempat duduk belakang. Dia terus memandu keluar dari perkarangan rumah keluarga mertuanya.
Bella mengatur langkah masuk ke dalam rumah. Ahli keluarganya yang lain sedang berkumpul di ruang tamu. Bella terus mengambil tempat disebelah uminya.
"Ni Ian, kata ada benda penting nak beritahu kami. Apa dia?" Wahidah menanti. Ternanti- nanti juga dia dibuatnya apabila anak angkatnya ingin memberitahu mereka sekeluarga sesuatu.
"Lupa pula Ian nak cakap." Ian tersengih. Masing- masing menumpukan tumpuan kepada Ian.
"Sebenarnya...."
"Sebenarnya apa?" Tanya Afiq yang tidak sabar pula.
"Sebenarnya bulan depan Ian nak nikah dah." Terpamer riak terkejut di muka masing- masing. Wahidah dan Hakim mula tersenyum.
"Alhamdulillah. Dengan orang mana?" Tanya Hakim.
"Dengan orang sana juga. Officemate Ian." Ujar Ian tentang bakal isterinya.
"Baguslah. Tak tunang dulu ke?" Tanyanya lagi.
"Tunang bah. Sebelum majlis nikah tu kami buat majlis tunang. Sarung cincin tunang dulu. Lepastu baru kami nikah." Ujar Ian tentang perancangan yang sudah dibuat keluarganya dan keluarga belah perempuan.
Masing- masing mengangguk faham.
"Tahniah abang." Ucap Bella. Akhirnya, bertemu juga abang angkatnya dengan seorang wanita yang sesuai. Dulu, bukan main cerewet nak pilih isteri. Ni dah nak masuk 30 baru sibuk nak kahwin cepat.
Tengku Harris merenung kalender di meja kerjanya. Esok merupakan hari lahir isterinya yang ke 25. Kalau lah mereka sudah bersama, tentu dia akan sambut hari lahir isterinya bersama.
Pintu biliknya dikuak. Terpamer wajah Sharizal sambil membawa makanan di tangannya.
"Hey bro!" Dia menghampiri Tengku Harris. Kerusi ditarik lalu melabuhkan punggungnya di situ.
YOU ARE READING
MY ENCIK TENGKU
RomantikMy Encik Tengku ©️ 2017 Status : Completed Cinta tak pernah hadir, Cinta tak pernah kekal, Dan kadangkala cinta selalunya begitu kejam. Sudah berapa kali dia cuba untuk memiliki hati lelaki itu tetapi malangnya cubaannya tetap gagal. Dia ego, Dia k...