Bella meraba- raba permukaan katil disebelah. Tiada lagi Tengku Harris disisinya. Mengingatkan perkara yang berlaku malam tadi terus dia menutup mukanya akibat terlalu malu. Usai sahaja menunaikan solat subuh pagi tadi, terus dia tertidur sehingga jam 8 pagi.
Bella terus bangun membersikan diri. Selesai sahaja, dia mengemas biliknya. Ditukarkan cadar kepada cadar yang baru. Baju yang bersepah dilantai dikutip satu persatu. Pintu bilik dibuka dan muncul wajah Tengku Harris yang tepat memandang kearahnya.
"Baru aku nak panggil kau. Ingatkan dah mati dah" Sindir suaminya. Bella mencebik lalu mengikut langkah Tengku Harris kedapur.
Malu Bella dibuatnya apabila semua ahli keluarganya sudah berada di dapur. Terpaksa juga lah dia tebalkan muka kerana terlalu lapar. Mujurlah umi dan abah tidak menyoal apa- apa. Afiq pula tersengih- sengih memandang kearahnya.
"Bila balik KL?" Tanya Encik Hakim. Minuman panas yang dibuat isterinya dihirup.
"Esok dah balik abah." Jawab Bella.
"Awalnya balik. Tak cuti panjang ke?"
"Kerja banyak abah. Tengoklah Ara dan Rafi tu. Diorang tu dah tinggalkan Bella."
Encik Hakim dan Puan Wahidah mengangguk faham. Tahulah dia bahawa anaknya sentiasa sibuk dengan kerjanya.
"Harris tambah lagi." Ujar Puan Wahidah. Bekas nasi goreng ditolak pada menantunya.
Tengku Harris hanya tersenyum- senyum malu sambil mencedokkan nasi goreng kedalam pinggannya.
"Jangan malu- malu. Buat macam rumah sendiri."
Tengku Harris mengangguk dengan senyuman dibibir. Bella yang berada di sebelahnya mencebik melihat senyuman lelaki itu. Dengan ahli keluarganya bukan main manis lagi.
Baru sahaja Bella ingin menyarungkan seliparnya, bahunya disentuh seseorang. Bella menoleh kebelakang.
"Kau nak pergi mana?" Tegur Tengku Harris yang dari tadi memerhati tingkah isterinya.
YOU ARE READING
MY ENCIK TENGKU
RomanceMy Encik Tengku ©️ 2017 Status : Completed Cinta tak pernah hadir, Cinta tak pernah kekal, Dan kadangkala cinta selalunya begitu kejam. Sudah berapa kali dia cuba untuk memiliki hati lelaki itu tetapi malangnya cubaannya tetap gagal. Dia ego, Dia k...