MET 3

55.2K 1.8K 20
                                    

Lepas subuh tadi Bella terus ke dapur mencari uminya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Lepas subuh tadi Bella terus ke dapur mencari uminya. Tentang keputusannya menerima lelaki itu terus diutarakan pada umi. Walaupun dia masih samar lagi dengan hala tuju mereka, cukuplah apa jawapan yang diterimanya ini adalah terbaik untuknya.

"Bella akan bertunang minggu depan. Rombongan Tengku akan datang sini." Tersedak Bella mendengar dirinya bakal bertunang minggu hadapan. Awal sangat! Rupanya dari awal lagi Puan Wahidah dan keluarga Tengku Aida sudah merancangnya. 

Setelah Bella memutuskan keputusan untuk bersetuju dengan perkahwinan ini, pantas wanita itu membuat panggilan kepada Tengku Aida untuk memberitahu keputusan anaknya.

Bella sekadar merelakan saja kemahuan keluarganya. Tiada daya untuk membalas kerana dia sendiri sudah membuat keputusan.

"Petang ni Bella pergi butik baju yang umi bagi kad semalam ya."

"Dia kenalan umi. Umi dah minta dia tolong carikan baju yang sesuai untuk majlis bertunang nanti." Tambah umi lagi.

Mengangguk pasrah, Bella akur dengan rancangan Puan Wahidah.

Mengangguk pasrah, Bella akur dengan rancangan Puan Wahidah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pintu kaca itu ditolak ke dalam. Bella ditemani Afiq untuk ke butik milik kawan Puan Wahidah. Mujurlah adiknya itu ingin menemaninya. Kalau tidak kekok dia berseorangan ke sini. 

"Hai, Aunty Zai ada?" Bella menyoal kepada pekerja butik yang menjaga bahagian kaunter. Puan Wahidah sempat pesan padanya untuk mencari wanita itu tiba sahaja disini.

"Sekejap ya, saya panggilkan. Nama awak?"

"Syabella."

Gadis manis itu mengatur masuk ke ruang belakang. Sementara itu, dia melihat ke sekeliling ruangan butik pakaian pengantin itu.

"Bella?" Panggil seseorang.

Bella dan Afiq mengalihkan kepala serentak memandang kearah suara yang memanggil. Wanita didepan itu tersenyum manis memandangnya.

"Duduklah dulu. Aunty Zai ambilkan baju awak sekejap." Ujar Aunty Zai yang merupakan pemilik butik ini. Bella mengangguk kepala

"Dulu aunty tengok Bella ni kecik. Sekarang ni dah nak kahwin dah ya." Ujar Aunty Zai sebaik sahaja kembali dengan pakaian yang bakal dipakainya sewaktu majlis. Wanita itu melabuhkan punggungnya di sisi Bella. Dihulurkan baju kurung moden Bella yang telah ditempah Puan Wahidah.

MY ENCIK TENGKUWhere stories live. Discover now