Entah kali ke berapa Bella keluar masuk bilik air. Penat kakinya berulang alik. Tetapi dia cuba tetap gagahkan diri. Mukanya diraup letih.
Pintu biliknya seperti dibuka seseorang dan dia membiarkannya. Terasa ada satu tangan yang mengusap belakang badannya lembut.
"Kau okey? Kenapa muntah- muntah ni?" Tanya Tengku Harris risau. Tangannya masih lagi berada di belakang badan isterinya.
Bella angguk lemah.
"Saya okey." Balasnya pendek cukup membuatkan Tengku Harris faham yang dia tidak terlalu teruk.
Lelaki itu mula memapahnya keluar dari bilik air. Bella sekadar membiarkan lelaki itu membantunya. Tangan sebelah kirinya dipaut di leher lelaki itu.
"Mana ubat kau?" Tanya Tengku Harris mencari ubat yang disimpannya.
"Ada atas meja solek saya." Tunjuk Bella kearah plastik klinik yang dia pergi beberapa hari lepas.
Tengku Harris mencapai plastik tersebut. Ubat dikeluarkannya. Matanya tiba- tiba terlihat pada satu kotak yang cukup dia kenal.
Pregnancy test.
Bella mengandung? Desisnya di dalam hati. Membulat matanya melihat alat ujian kehamilan itu. Bukan dia tidak tahu bentuk alat ujian itu. Tengku Harris kembali kepada Bella. Tangan menunjuk alat ujian itu dihadapan muka isterinya.
"Apa ni? Kenapa kau tak beritahu aku langsung?" Tanya dia dalam keadaan marah.
Bella tersentak. Dia langsung terlupa tentang alat ujian kehamilan yang masih ada dalam plastik itu.
"Sa.. saya bukan taknak beritahu awak tapi saya tunggu masa yang sesuai nak beritahu." Ujar Bella takut- takut. Gerun dia melihat Tengku Harris dalam keadaan marah.
"Masa yang sesuai?" Dahinya dikerutkan tidak faham.
"Kalau apa- apa jadi dekat kau macam mana? Dekat baby? Aku juga nanti yang dipersalahkan." Dia mendengus kasar. Ubat dicapai. Botol mineral yang berada di tepi meja katil diambil lalu diserahkannya kepada isterinya.
"Makan ni." Paksa dia. Bella menggeleng tidak mahu.
"Asal? Takut makan ubat?" Wanita itu mengangguk laju. Air matanya jatuh. Masih lagi terkesan dengan kata- kata suaminya tadi. Ubat yang masih berada di tapak tangan Tengku Harris di pandang kosong.
"Aku kata makan, makan je lah. Itu pun susah ke!" Dia mengetap rahangnya. Bella menggigit bibirnya.
Perlahan- lahan Bella mengambil juga ubat yang berada di tapak tangan Tengku Harris.
Air mineral diserahkan kepada isterinya. Dengan sekali teguk, ubat itu sudah ditelannya.
"Bukan susah sangat." Dia menjeling. Air botol ditutup semula dan diletakkan ditepi.
YOU ARE READING
MY ENCIK TENGKU
RomanceMy Encik Tengku ©️ 2017 Status : Completed Cinta tak pernah hadir, Cinta tak pernah kekal, Dan kadangkala cinta selalunya begitu kejam. Sudah berapa kali dia cuba untuk memiliki hati lelaki itu tetapi malangnya cubaannya tetap gagal. Dia ego, Dia k...