SPECIAL PART I

43.8K 1K 24
                                    

Tengku Haziq berlari lari terkedek- kedek mencari papanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tengku Haziq berlari lari terkedek- kedek mencari papanya. Kakinya dijinjit untuk memulas tombol pintu bilik papanya yang agak tinggi darinya.

Setelah dibuka pintu itu, terus dia meluru masuk kedalam dan memanjat katil. Terus tubuh papanya dihampiri.

"Papa.." Tengku Haziq menepuk bahu papanya. Tetapi papanya masih belum ada tanda- tanda mahu bangun.

"Papa! Kembar nangis tu. Diorang bergaduh dekat bawah." Tengku Haziq mengadu. Tengku Melissa dan Tengku Melinda menangis disebabkan mereka berdua merebut patung barbie yang baru sahaja dibeli oleh Tengku Harris.

Tengku Harris mengeliat kecil. Matanya dibuka sedikit.

"Haziq pujuklah. Papa tak sihat ni. Mama mana?" Tanya Tengku Harris. Suaranya berubah serak.

"Papa! Mama kan tak ada." Ujar Tengku Haziq perlahan. Tangannya daripada tadi tidak henti menepuk bahu papanya agar papanya bangun.

Bila mengenangkan isterinya tiada membuatkan seluruh tubuh Tengku Harris lemah. Terasa sunyi hidupnya tanpa insan bergelar istera disisinya.

"Haziq tolong pujuk twin dulu. Nanti papa turun." Pesan Tengku Harris. Matanya dipaksa buka besar.

"Okay cepat tau papa. Haziq bagi diorang makan biskut ya." Tengku Harris mengangguk membiarkan anak sulungnya.

Tengku Haziq turun dari katil papanya. Terus dia bergegas keluar dari bilik papanya.

Jam di dinding dipandang. Pukul 4 petang. Lama dia tidur selepas menyuapkan anak- anaknya makanan tengahari tadi.

"Lin nak tu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Lin nak tu." Tunjuk Tengku Melinda. Tengku Harris mencapai permainan yang diminta anaknya.

"Lis nak apa pula?" Tanya Tengku Harris kepada anak perempuan keduanya.

"Nak macam Lin punya juga." Ujar Melissa yang sudah berumur dua tahun 5 bulan itu. Tengku Harris mencapai permainan yang sama.

"Nak beli kan abang apa?" Tanya Tengku Haziq.

"Bola tu." Tunjuk anak kembarnya serentak.

Tengku Harris mengangguk. Dicapai bola yang berada di rak atas tempat permainan itu. Ikutkan sahaja dia permintaan kembarnya.

MY ENCIK TENGKUWhere stories live. Discover now