Bella melangkah masuk ke dalam rumah keluarga Tengku Harris. Dibelakangnya diikuti dengan Tengku Harris yang sedang membawa beg pakaiannya. Nak dibawa sendiri, lelaki itu berkeras nak tolong bawakan. Jadi terpaksa lah dia biarkan.
"Assalamualaikum." Bella memberi salam. Semua seisi keluarga memandang kearahnya berdua. Tengku Aida dan Tengku Haira datang mendekatinya lalu memeluknya silih berganti.
"Waalaikumsalam." Jawab Tengku Aida.
Pelukan dileraikan. Bella dibawa ke ruang tamu. Tengku Fahmi yang sedang menonton siaran kegemarannya tersenyum. Terus Bella menyalam tangan bapa mertuanya itu.
"Papa sihat? Dah lama tak jumpa." Ujar Bella. Tengku Fahmi mengukirkan senyuman sebelum menjawab soalannya.
"Alhamdullilah sihat. Tulah sebelum Bella fly papa busy sangat. Tak dapat nak jumpa menantu papa ni." Ujar Tengku Fahmi. Bella mengangguk. Dah hampir 3 bulan dia tidak bertemu dengan bapa mertuanya. Selalunya masa dia balik rumah ni, masa itu juga Tengku Fahmi ada hal penting yang tidak dapat dielakkan.
"Ni Bella mesti penat. Masuklah bilik dulu. Haziq dah tidur lepas Harris tadi pergi. Menangis kena tinggal." Tengku Aida tersengih. Bella juga turut sama. Dia mengangguk.
"Bella naik atas dulu." Ujar Bella. Beg pakaiannya ingin diambil tetapi dihalang Tengku Harris lagi. Lelaki itu menyuruhnya naik ke bilik dahulu manakala dia akan menolong membawa beg pakaiannya.
Pintu bilik Tengku Harris dikuak dari luar. Dari situ dia nampak Tengku Haziq sudah lena tidur. Disisinya dikelilingi dengan bantal. Terus sahaja dia naik ke atas tilam. Duduk di sisi anaknya. Diulas lembut pipi anaknya sebelum dia mencium.
Tengku Harris melangkah masuk ke dalam biliknya. Beg pakaian isterinya diletakkan ditepi katil.
"Pergi lah mandi dulu." Tegur lelaki itu. Bella memandang kearahnya lalu mengangguk. Sementara Tengku Harris mengambil tempat disisi anaknya. Badannya direbahkan disebelah Tengku Haziq.
Bella kemudiannya masuk ke dalam kamar mandi. Segala pakaiannya dibuka dan disangkut di penyidai. Terus dia membersihkan diri.
Dahinya ditepuk berulang kali. Kenapalah dia terlupa nak bawa baju masuk dalam sekali. Macam mana nak buat ni. Dah hampir 30 minit dia berkurung dalam kamar mandi memikirkan jalan penyelesaian untuk keluar. Tetapi tak mungkin boleh. Bella menghampiri pintu. Kunci dibuka. Dari celah pintu dia dapat melihat Tengku Harris yang sedang berbaring menghadap anaknya.
"Zarul.." Nama lelaki itu dipanggil.
Tengku Harris yang mendengar namanya dipanggil memandang ke arah isterinya yang menyorok disebalik pintu kamar mandi.
"Boleh tolong ambilkan baju saya?" Minta Bella. Tengku Harris terus bangun. Duduk di sisi katil sambil memandang Bella dari celah pintu.
"Kat mana?" Dia bangun dan menuju ke beg pakaiannya.
YOU ARE READING
MY ENCIK TENGKU
RomanceMy Encik Tengku ©️ 2017 Status : Completed Cinta tak pernah hadir, Cinta tak pernah kekal, Dan kadangkala cinta selalunya begitu kejam. Sudah berapa kali dia cuba untuk memiliki hati lelaki itu tetapi malangnya cubaannya tetap gagal. Dia ego, Dia k...