MET 25

63.1K 1.6K 26
                                    

"Rindunya mama dengan Haziq

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Rindunya mama dengan Haziq." Anaknya itu dipeluk. Dicium- cium berulang kali. Bayi yang berusia tigs bulan itu pandai mengelak bila diciumnya. Geli rasanya asyik dicium. Tengku Haziq diletakkan didalam katilnya semula. Tudung yang melilit kepalanya dibuka. Diletakkan di tepi penyidai tuala.

Setelah itu, Tengku Haziq didukungnya semula. Membawa di ke ruang tamu rumah. Umi dan abah yang berada di ruang tamu itu dihampirinya. Punggungnya dilabuhkan di kerusi bersebelahan dengan abah.

"Esok balik KL dah ke?" Tanya abah. Pantas Bella mengangguk laju. Dia tak boleh lama- lama. Banyan kerja yang kena diuruskan. Client juga makin ramai masuk tahun baru ni. Bulan depan dia dah terbang ke China. Menguruskan barang- barang yang akan dibawa pulang ke Malaysia.

Tengku Haziq yang berada dipangkuannya sedikit terleka melihat cerita kartun yang ditayangkan. Macam tahu- tahu je. Jari kelingkingnya digenggam tangan kecil anaknya itu.

"Dah jumpa keluarga sana?" Puan Wahidah menyoal.

"Dah." Jawab Bella sepatah. Sambil itu pipi anaknya dicuit. Tengku Haziq ketawa kecil.

"Jadi diorang okay ke?" Bella mengangguk. Malas mahu bercerita panjang.

"Bella rasa masa Bella pergi China, Bella nak hantar Haziq dekat rumah mama. Jadi umi tak payahlah risau. Mama sendiri pun cakap okey. "

"Kalau macam tu sukahati lah. Biar Haziq rapat dengan keluarga sana pula. Lagipun Haziq tak jumpa lagi nenek atuk dia dekat KL lagi." Ujar Puan Wahidah dibalas anggukkan dari Bella. Betul juga kata umi dia pun patut beri peluang kepada keluarga mertuanya.

 Betul juga kata umi dia pun patut beri peluang kepada keluarga mertuanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Bella! Haziq menangis ni. Terkena dengan mainan dia." Rafi jerit memanggil Bella. Gadis itu semakin gelabah kerana tidak pandai hendak memberhentikan Haziq dari terus menangis.

"Ish kau ni." Bella yang menghampiri Rafi terus memukul bahu sahabatnya perlahan. Dah nak tunang, patutnya kena lah biasa buat benda macam ni. Nanti dah kahwin, dapat anak kan senang. Kepalanya digelengkan. Anaknya dibawa ke dalam dukungan.

"Alah sayang mama. Mama ada ni. Haziq kan kuat." Katanya separuh memujuk. Punggung anaknya ditepuk- tepuk perlahan. Akhirnya tangisan kecil bayi itu makin perlahan.

MY ENCIK TENGKUWhere stories live. Discover now