Special part

1.2K 42 7
                                        

Alloha gaisss! Hari ni Lya buat special part utk korang. Bonus, sbb citew ni dpt vote 100 lebih. Harap korang suke la bonus ni...
Enjoy ya!!

"BAH..." sebak saja bunyi suara Tija sebaik masuk ke bilik Encik Azam.

Hairan Encik Azam melihatnya. Anak gadisnya yg dilihat mula ceria pagi tadi sudah kembali suram wajahnya. Cepat dia mendapatkan Tija.

"Kenapa ni?" Sedu-sedan Tija semakin kuat. Encik Azam mmbiarkan Tija menangis seketika. Tija ditarik ke dlm pelukannya.

"Abg Man, bah..." Tija bersuara kemudiannya. "Abg Man... dia admitted kat hospital." tangis yg sudah agk reda, mupa pecah lg.

Encik Azam melepaskan nafas. Tahu anaknya masih sayangkan Hariez. "Mana Tija tahu? Apa sakitnya?"

"Abg Gee call tadi. Dia cakap Abg Man demam panas. Kuat sangat sampai x blh bangun. Pagi tadi, dia jatuh kat rumah..."

"Tija nk lawat dia?"

Cepat sahaja Tija mengangguk sbg menjawab soalan babahnya.

"Mana brg Tija? Jom... kita pergi sekarang." ajak Encik Azam sambil menyapu air mata anak kesayangannya itu.

AIR MATANYA sesekali diseka. Janjinya utk tidak menagis lg sudah x dapat ditepati. Risau rasanya bila mengetahui yg Hariez jatuh sakit. Adakah semuanya disebabkan olh dirinya? Tidak! Tak mungkin dia penyebabnya. Hariez sudah ada Husna. Patutkah dia melawat Hariez? Kepalanya semakin berat. Dia memicit-micit kepalanya perlahan.

"Kenapa Tija, sakit?" soal Encik Azam sedar akn keadaan Tija yg sdg memicit-micit kepalanya.

"Entahlah, bah... sejak seminggu dua ni kepala Tija ni rasa berat saje. Sakit bagai dihentak2. Tambah-tambah kat bahagian belakang ni. Kurang tidur n rehat agaknya." balas Tija memberitahu babahnya.

"Selalu sangat ke sakit? X bagitau babah pun." Kesal Encik Azam dgn sikap sambil lewa Tija itu.

"Hari tu, x mcm ni. Sehari dua ni saja yg sakit sangat. Tiap-tiap hari plk tu. Mungkin bila dh rehat nnti okeylah. Babah x payah bimbanglah. Tak ada apa pun."

"Tu yg babah x suka. Bila sakit, cakap x ada apa. Sembunyi2 plk tu." Agak marah bunyi suara Encik Azam. Dia tidak mahu sesuatu yg buruk terjadi pd Tija. Tija satu2nya anak yg dia ada. Lambang kasih sucinya dgn Siti Zulaikha.

"Nanti kalau sempat, kita jumpa doktor. Babah akn call Uncle Samad, kalau dia ada blh buat appointment sekali." Dr. Samad tlh menjadi doktor keluarga mrk sejak Tija kecil lg. Apa shj penyakit Tija, Dr. Samad yg mengubatinya. Tija mmg x suka ke hospital. Hanya Dr. Samad satu2nya doktor yg dipercayainya jika dia terpaksa disuntik. Sakit sgt katanya kalau disuntik olh org lain.

"Kat mana Hariez duduk?" tanya Encik Azam setelah mematikan enjin kereta.

"Kata Abg Gee tingkat dua, bilik 202," kata Tija sambil memegang lengan babahnya. Kepalanya semakin sakit.

Pintu bilik Hariez terbuka luas. Dari luar sudah terdengar bebrapa suara yg amat dikenalinya. Dia menarik kuat tangan babahnya bila terdengar namanya disebut. Suara siapa tu? Diamatinya... ya, suara opah.

"Betul kata mak tok tu, Riez. Dulu, masa mak tok bagitau opah, opah pun mcm kamu jg x percaya. Tapi tengoklah sekarang, apa dia buat kat kamu? Nasib baik sempat dtg hospital, kalau x entah apa lah yg dh jadi. Si Na ni pun x ada kurangnya. Opah tengok pun sepuluh kali lbh baik drpd Tija."

Air mata Tija mula berderai lg.

"Opah, Riez sakit sikit saje. X ada kena-mengena dgn Tija pun. Ni semua sbb Riez kna hujan semalam."

"Apa x ada kena-mengenanya? Kamu kena hujan tu sbb apa? Bukan sbb cari dia ke? Ada dia peduli kat kamu? Ada dia datang melawat kamu? Entah2 diq sedap2 dgn jantan lain. Kamu tu yg nk sangat dekat dia. Sudahlah, Riez... dari malu dkt org kg nnti, kamu kahwin saje dgn Husna ni."

"Tak, opah... kalau Riez x jadi kahwin dgn Tija pun, Riez takkan kahwin dgn org lain. Opah tolong jangan paksa Riez."

"Riez, dahlah tu..." Terdengar suara Haju Aziz cuba mendamaikan dua bercucu itu. Malu rasanya jika ada org yg lalu-lalang mendengar perbalahan mrk.

Tija yg mendengar dri luar menarik Encik Azam jauh dri situ. Encik Azam memeluk anaknnya itu kuat2. Hampit saja dia masuk memaki opah yg sedap2 mengata Tija dri tadi. Nasib baik dia ditahan Tija. Jika tidak, hospital ini menjadi gelanggang pergaduhan pula.

"Bah... kita balik." Tangan Encik Azam ditariknya perlahan. Jalan di hadapannya sudah kelihatan kabur. Air matanya x henti berderai menutup pandangannya. Ditambah pula dgn kepala yg semakin berdenyut.

Tija baru hendak masuk ke dlm lif bila dirasa dirinya sudah tidak berdaya lg utk bertahan. Tubuhnya sudah melongsor perlahan. Nasib baik babahnya dan beberapa org di situ sempat menyambutnya dri terus jatuh. Tija dibawa masuk ke bilik kecemasan. Nasib baik jg Dr. Samad sdg bertugas pd waktu itu. Encik Azam menceritakan apa yg diberitahu Tija tntng sakit kepalanya tadi. Pemeriksaan lanjut akan dilakukan ke atasnya.

"Sabarlah. Kita doakan dia selamat. Lagipun kita x tahu apa penyakitnya lg. Mungkin hanya sakit biasa. Yalah, diakan tengah sibuk membuat persediaan utk majlis nikahnya nanti. Stresslah tu agaknya. Walau apa pun kami tetap akan jalankan pemeriksaan rapi ke atasnya. Tija tu pun dh mcm anak saya, dari kecil saya yg mengubati dia. Insya-ALLAH, tak ada apa-apalah tu."

episod special tamat...

#Yeah, tq for those guys yg vote citew ni... ni habuan utk korang.😘

#Nanti kalau citew ni dpt 500 vote😄, Lya akn buat another special chapter... just for you guys. 😘

©ABAIKAN TYPO®
•VOTE AND COMMENT•

Tak Secantik Husna (On Hold) Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang