BAB 6 - Sesuatu

1.3K 33 3
                                    

"BILA pulak abang kahwin dgn kakak Tija?" tanya Hariez di dlm kereta

"Hah? Ooo... bukan Abg Man yg kahwin dgn kakak Tija, tapi Tija yg kahwin dgn adik Abg Man." jwab Tija nakal bila sedar kenapa Hariez bertanya begitu kpdnya.

"Tija biar betul..." Hariez tersenyum senyum kambing. "Adik abang cuma si Ira & Isya tu saja. Mana ada adik lelaki." sambungnya lgi sambil ketawanya pecah berderai.

"Laa, apa x cakap awal awal? Mana Tija thu Abg Man tak ada adik lelaki. Ingat nk ngoratlah. Mana tahu kot handsome mcm abg dia..." balas Tija tidak mahu mengalah.

"Nak ngorat adik abg... yg abg ada kat sini kenapa tak nk mengorat?"

"Nak buat apa? Abg Man kn dh tua. Tak lama lgi dh nk beruban. Berapa umur abg sekarang?" soal Tija ingin tahu.

"29 tahun." jwb Hariez singkat. "Macam tak betul aje. Abg Man tipu Tija ye?" "Nak tengok IC abg ke?" tanya Hariez pula seakan berseloroh. "Betul... abg memang 29."

"Abg Man marah ke Tija layan Abg Man mcm Tija layan abg-abg Tija tu? Takut Abg Man ingat Tija ni tak hormat org tua pulak?" kata Tija jujur. Selama ini, dia memang anggap Hariez macam Hisyam dan Fazlan saja. Tidak disangka yg Hariez sebenarnya lebih tua drpd Fauzi.

"Okey aje. Abg tak kisah lagipun bru rasa muda sikit. Jangan pulak nnti Tija nk layan abg macam layan pak ngah & pak teh Tija tu pulak? Abg belum sampai tahap tu pagi tau." balas Hariez sambil pura pura mencemik pd Tija mmbuatkan Tija ketawa.

"Kalau mcm tu, Abg Man mmg blh jdi abg ipar Tijalah, kan? Okeylah, Abg Man nk kakak Tija yg mna satu? Tija ada enam kakak, but only five available. Kak Lia tu jgn kacau, buah hati org. Yg lain tu, okey kot..." tanya Tija slps ketawanya reda.

'Jadi, si Haslia tu aku kena 'drop' drpd senarai. Buat apa nk kacau milik org? Tak apa... tinggal lgi enam.' fikir Hariez.

"Cepatlah nk yg mana satu?" tidak sabar Tija menunggu jwpn drpd Hariez. " Kak Na... okey x, atau Kak Mai. Hah! Kak Murni yg macm mat Salih tu, padanlah dgn Abg Man yg mcm pak Arab ni. Cepatlah cakap." sambung Tija dgn senyum mengusik.

"Kalau tak nak semua, tapi abang nk pilih puteri bongsuni, boleh?" usik Hariez sambil menguis hujung hidung Tija. Tija tergamam dgn tindakan Hariez, tapi cuba menyembunyikan gelojak perasaanya.

"Alah, Abg Man ni... org tanya betul2, dia main-main pulak." Akhirnya Tija bersuara. Tapi wajahnya yg memerah tidak dpt disembunyikan drpd Hariez. "Entah2 dah berdozen girlfriend Abg Man, jgn nk tmbh koleksi lgi." sambung Tija.

"Mana abg ada girlfriend? Tulah nk mengorat Tija ni..." Hariez trsenyum manis sekali. Rasa bahagia tiba2 menyelinap dlm hatinya.

"Abg Man ni, janganlah senyum macam tu. Luruh jantung Tija, tau! Senyuman manis Abg Man tu blh buat gadis satu Malaya jatuh cinta!" kata Tija memuji Hariez, mmbuatkan Hariez semakin galak tersenyum.

"Thanks for the compliments," balas Hariez mesra.

"Abg stop kejap kat tepi jalan tu! Tija nk beli surat khabar utk babah." kata Tija bila trnmpak gerai mnjual surat khabar di tepi jalan. Tija mmbuka beg duit utk mengambil duit.

"Alamak, tak ada duit kecillah. Ada duit seratus aje. Ni mesti tak ada duit tukar ni." Dia mengomel.

Hariez mengambil beg duitnya & mnghulurkan sekeping not RM10 kpd Tija. "Nah, ambik duit ni takkan tak ada tukat kot."
Tija keluar utk membeli surat khabar, beg duitnya diletakkan atas tempat duduk kereta.

Sebentar kemudian, dia dtg semula dgn menghulurkan lebihan duit tadi kpd Hariez. Beg duitnya diangkat dan duduk semula tanpa mengesyaki apa apa.

Hariez tersenyum nakal, ada sesuatu telah berlaku. Hanya dia yg tahu.

•VOTE AND COMMENT•

#Yang ni pembetulan bab 6. entah mcm mna dlm draft ok je, bila nk update sikit tu je kluar frust rasa... enjoy the reading...
#Thanks for reading.
#Abaikan typo.

Tak Secantik Husna (On Hold) Where stories live. Discover now