HUSNA dan Tija sibuk menolong Mak Pah memasak di dapur. Hari ini masakannya semua resipi pilihan Mak Pah. Sudah tentu Mak Pah memilih masakan kegemaran Hariez. Sengaja nk tengok mcm mna perangai bakal menantunya memasak makanan kegemaran anknya. Resipi yg mudah, sambal tumis udang dan asam pedas ikan sembilang.
Tija mmbawa ikan sembilang dan udang ke dlm bilik air utk disiang. Opah jg turut ke bilik air utk melihat ikan2 tersebut.
"Laa... banyaknya ikan ni. Kalau kmu buat sorang bila kita nk makan? Bolh kecut kamu di dlm bilik air ni nnti. Kamu bwk udang tu letak atas meja, blh opah tolong siangkan" kata opah pd Tija.
Tija nengambil bekas udang & diletakkan di atas meja. Diberikan jg gunting dan sebuah besen kosong pd opah.
"Udang ni banyak, opah. Kalau opah x larat nk siang, suruh je cucu opah ni tolong." Tija sengaja mengusik Hariez.
"Tija, cuba perangai tu elok sikit. Tak kacau org x boleh?" marah mak tok seakan mmberi amaran. Nasib baik ramai org di situ, kalau x entah apa lg habuan yg Tija dapat.
"Takpe mak tok... kan dia gurau je." kata Hariez seakan memujuk mak tok. "Tija ingat Abg Man x pandai buat kerja ni semua? Dulu kat Dubai abg ni antara yg terpandai tau. Setakat nk hancurkn udang ni senang je." sambung Hariez mmbuatkan yg lain semuanya ketawa.
"Kalau udang yg senang tu blh hancur, ikan ni mcm mnalah rupanya ya, opah?" balas Tija sambil tersenyum pd opah.
"Ikan ni jwabnya buat baja sajelah." jawab opah sambil mengerling ke arah cucunya.
" Opah ni, tak acilah sebelahkan Tija plk." kata Hariez pura2 merajuk. Semakin lebar plk senyuman opah.
Tija sudah kembali ke bilik air utk menyelesaikan tugasnya. Mak tok sudah mula merenungnya semacam tadi.
"Lama jgk kamu kat negeri org ya, Riez?" mak tok pula menukar tajuk perbualan. "Berapa lama ya?"
"Riez kat UK dulu lima tahun, mak tok. Balik sini x sampai dua thn dah ke Dubai plk. Tiga tahun kat sana. Tak blh tahanlah, mak tok. Yelah negeri org mana sama mcm negeri kita kat sini. Kalau ikutkan hati nak kumpulkan duit, rasa mcm nk tinggal kat sana terus. Tapi nk buat apa duit banyak banyak kalau asyik berjauhan saja drpd keluarga. Rindu jgk kat umi, abah dan semua adik-beradik kat sini. Raya pun kekadang x dpt bersama." terang Hariez panjang lebar.
"Alah, Abg Riez ni rindu kat adik-beradik ke, rindu kat buah hati?" usik plk si Huda yg sesari tadi berminat mndengar perbualan mrk.
"Abg mna ada buah hati, Huda. Tak ada org nk pun." Hariez berjenaka.
"Takkan smart mcm ni xde org nk. Mustahil... ni mesti abg sdg tunggu puteri kayangan agaknya?" sampuk pula Hamiza.
Husna yg mndengar hanya tersenyum. Matanya melirik pd Hariez. Pada masa yg sama, Hariez jg sdg memerhatikan Husna yg manis itu. Mrk brbalas senyuman. Mak tok yg sdg memerhati dlm diam tersenyum sendirian. Dia berdoa semoga hajatnya utk melihat Husna mnjadi isteri Hariez akn tercapai. Kalau diikutkan hati mahu saja dia menyuruh Hariez melupakan yg lain dan memilih Husna shj.
"Banyak ke gaji kamu kat sana Riez?" tanya mak tok pula ingin tahu.
"Banyak sangat tu taklah, mak tok... lebih kurang USD12 ribu je." Hariez mnjelaskan.
"Banyaknya!" Huda dan Hamiza berkata serentak.
"Duit kita dh jadi dekat 40 ribu tu. Tu baru sebulan. Tiga thn dh berapa? Mcm tu Abg Riez kata sikit lagi!" sambung Huda pula sambil menggeleng.
"Yalah kalau nk banding dgn kawan abg tu pelajaran lg kurang, tapi sebulan gaji dpt USD15 ribu. Gaji abg tu kira sikitlah." cerita Hariez sambil memandang pd Huda dan Hamiza.
"Patutlah abg dh sebulan balik sini x cari2 kerja lg. Duit dh berlambak, setahun x kerja pun x apa kan?" sambung pula Hamiza. "Mcm tu, Miza pun nk pergi kerja kat sanalah..."
"Alah, setakat kita punya diploma tu nk kerja apa... cuci pinggan kat restoran?" balas Huda plk, tahu kembarnya itu hanya main main. Serentak pula mrk ketawa. Kembarlah katakan, saling memahami antara satu sama lain.
"Kau org tu ada diploma xpe jgk, ni yg pass SPM saja pun ada yg berangan-angan nk jadi manager." kata mak tok menyindir. Semua terdiam. Faham siapa yg dimaksudkan olh mak tok.
Tija yg mendengar hanya brdiam diri. Biarlah, tak luak pun.
"Mak Jah, zaman sekarang ni kalau kita rajin usaha dan ada keyakinan, semuanya boleh. Janji, semangat tu ada. Insya-ALLAH... pasti ada jalan." Tiba tiba Haji Aziz yg hanya diam dri tadi mencelah walaupun sebenarnya dia tidak tahu siapa yg mak tok maksudkan.
"Betul tu, mak tok." sampuk Hariez mengiakan kata kata abahnya.
Tiba-tiba Encik Azam berjalan masuk ke dapur. Huda, Hamiza dan Husna berpandangan sesama sendiri sambil menarik nafas.
"Mak, Zam kna balik hari nilah ada hal penting kat pejabat tu. Mana Tija?" Encik Azam mmberitahu mak tok sambil matanya liar mencari anak kesayangannya itu.
Tija yg baru habis menyiang ikan kluar dri bilik air. Ikan diletakkan di atas singki dan dia terus mendptkan babahnya.
"Ada apa, bah?" tanya Tija kurang pasti dgn apa yg dicakapkan En. Azam tadi.
"Ni, hah... Yasmin call tadi cakap ada PO dan cek urgent nk kna tandatangan. Nak tunggu next week lambat sngat plk nnti. Babah mmg dh janji nk balik hari ni sblm dtng hari tu. Mak Puan, Abg Aziz, Kak Pah, Hariez... saya minta maaf sbb terpaksa balik KL hari ni. Saya janji selesai semua kerja, saya balik sini semula." terang En. Azam bersunggug2 mengharap keluarga opah memahami keadaannya.
"Tak apalah, Zam. Dah ada hal nk buat mcm mna. Tapi nnti cepat dtg sini balik ya?" pinta opah pula.
bersambung...
#Siap dh utk hari ni.
#For the next chap, korang rase ape jadi... adakah Tija ikut babahnya pulang atau stay kat situ??? Tunggu...©ABAIKAN TYPO®
•VOTE AND COMMENT•
YOU ARE READING
Tak Secantik Husna (On Hold)
RomanceKesakitan, Dibenci, Dicaci, Dihina dan Dibuang oleh orang yg tersayang... Cuba utk berbaik tapi apakan daya dia hanya seorang cucu yg disisihkan olh nenek sendiri... Ikuti kisah Tija, Fauzi, Hariez dan Husna dlm TAK SECANTIK HUSNA!! #Bukan karya sa...