HARIEZ cuba memejamkan matanya, namun tetap tidak mahu terlelap. Terkebil2 dia memandang siling bilik. Masih terbayang peristiwa bwh pokok manga tadi. 'Huh! Si Fauzi ni ada hati pd calon bakal isteri aku tu rupanya.' Kelihata seolah2 Fauzi belum tidur. "Gee, dh tidur?" tegirnya pd Fauzi. "Hmm... blum." Jawab Fauzi malas. "Tija tu okey, kan?" Hatinya mula ingin menduga. "Apanya yg tak okey? Kau ingat dia apa?" sergah Fauzi sambil mmbalikkn tubuh menghadap Hariez.
'Laa... mamat ni marah betul org sentuh pasal makwe dia,' gerutu Hariez dlm hati. "Taklah mcm tu..." Hariez mati kutu. "Sorry, Riez. Aku bukan nk marah kau..." kata Fauzi sambil mengeluh perlahan. "Aku kasihn pd Tija tu. Dahlah tak ada mak, nak menumpang kasih pd mak tok jauh sekali. Benci sngt mak tok pada dia padahal dia tu tak salah apa2 pun."
"Kenapa pulak mcm tu?" soal Hariez ingin tahu. Fauzi menceritakan perihal perkahwinan bapa Tija yg tidak direstui olh mak tok. Mak tok ingin satukan pak usu dgn gadis pilihannya, tapi pak usu sudah memilih mama Tija, juniornya di universiti. Kata mak tok, perempuan tu dah beli anak kesayangannya itu dgn harta, maklumlah anak org kaya. Waris tunggal pula tu.
Pak usu akhirnya cuba juga nk ikut pilihan mak tok , tidak mahu mnjadi anak derhaka. Tapi, dalam pada itu ibu bapa Siti Zulaikha ditimpa kemalangan dan meninggal dunia. Tak sampai hati melihat derita yg ditanggung buah hatinya, pak usu mengambil keputusan menikahi Siti Zulaikha walaupun detentang hebat olh mak tok. Pernikahan mrk pun hanya dilangsungkan di rumah Siti Zulaikha dgn dihadiri olh abang2 dan kakak2 pak usu saja.
Mak tok tak pernah layan Siti Zulaikha dgn baik walaupun tidak ada cacat cela pd menantunya itu. Buka. sahaja cantik, malah kaya dgn budi bahasa. Ada ketika, pak usu tidak mahu pulang ke kg kerana kecil hati isterinya selalu dihina olh mak tok. Hendak dilawan sudah cukup dia melawan masa hndak kahwin dgn mak usu dulu. Lalu dia mengambil keputusan utk mnjauhkan ibu dan isterinya.
Tapi, mak usu tetap memujukya pulang krn tidak mahu anak dan ibu itu berpisah. Dia sanggup buat apa saja demi suami dan ibu mertuanya. Dia juga tidak kisah walaupun dihina dan selalu tak kering tangan membuat kerja rumah. Bukan org lain tak menolong, tapi ada saja kerja yg akan disuruh mak tok. Tak ubah seperti apa yg dibuat pada Tija sekarang. Mamanya dah tak ada, Tijalah yg menjadi habuan sakit hati mak tok. Walaupun begitu, layanan mak tok pada pak usu tetap seperti dulu sebb pak usu mmg anak kesayangannya.
"Yang aku risau ni, bila aku dah kahwin nanti... Takkan aku nk layan dia mcm sekarang? Nnti apa pulak kata isteri aku? Kalau dia faham, tak apalah kalau tak..." Fauzi melepaskan nafas berat. "Kau nk kahwin, Gee?" soal Hariez penuh minat. "Cadangnya hujung tahun ni. Dah dekat setahun bertunang. Tak elok pulak ikat anak dara org mcm tu lama2." balas Fauzi. Hariez terdiam.
'Kesian, Tija... dahlah dia ada masalah, aku pulak konon nk buat dia cemburu. Tapi, cemburukah dia? Kalu dah dia suka simpan masalah dgn mak tok tu, takkan dia nk tunjuk kat aku. Entah2, dia tak ada perasaan pada aku. Yang aku ni pulak, apa hal? Argh!'
Malam semakin sunyi dan akhirnya mata Hariez terpejam juga setelah lama berdialog sendiri.
+will be continue+
#vote and comment
~setakat ni dulu hari ni...
~tq for reading ... laff ya#abaikan typo

YOU ARE READING
Tak Secantik Husna (On Hold)
RomanceKesakitan, Dibenci, Dicaci, Dihina dan Dibuang oleh orang yg tersayang... Cuba utk berbaik tapi apakan daya dia hanya seorang cucu yg disisihkan olh nenek sendiri... Ikuti kisah Tija, Fauzi, Hariez dan Husna dlm TAK SECANTIK HUSNA!! #Bukan karya sa...