Bab 41 - Amik Dua²

1.2K 26 10
                                    

"GEE, ada hal sikit nk cakap dgn kau." Ragu2 Hariez menyuarakan hasratnya pd Fauzi.

       "Hal apa, kau gaduh dgn adik lagi? Aku tengok kau org lain macam aje tadi." tanya Fauzi serius.

       "Taklah." jawab Hariez separuh berbisik walaupun Iqram dan Fazlan belum masuk ke bilik lg. "Bukan aq yg gaduh dgn Tija, tapi mak tok"

       "Hah! Adik gaduh dgn mak tok? Kenapa? Bila?" bertubi-tubi soalan drpd Fauzi. Fauzi bingkas bangun dri perbaringan.

       "Entahlah. Habis diungkitnya pasal mama Tija yg katanya perampas dan kata mak tok lagi, mama Tija dah guna2kan pak usu. Tu yg Tija menangis sampai bengkak mata tadi tu. Bukannya pasal dia tidur." terang Hariez masih berahsia ttg kisah sebenarnya.

       "Mana kau tau?" tanya Fauzi perlahan.

       "Aq dengar masa aq balik nk tidur ptg xdi. Masa tu, Tija balik nk simpan buah nangka. Mak tok pun balik jgk, kan?"

       "Tapi, kenapa plk mak tok tiba2 aje mengungkit pasal tu?" Fauzi melihat muka Hariez dgn penuh kehairanan.

       "Sebenarnya, ada rahsia yg kauorg semua x tau." Hariez rasa lbh baik dia beritau Fauzi akan perkara sebenar. Mungkin Fauzi dpt menolong membrikan pendapatnya.

       "Rahsia apa?" tanya Fauzi smakin hairan.

       Hariez menceritakan duduk perkara sebenar kepada Fauzi.  Bagaimana dia  sebenarnya disuruh memilih salah seorang cucu mak tok untuk dijadikan isteri.

       " Aku rasa antara cucu-cucunya mak tok paling sayangkan Husna, kan?" Hariez meluahkan rasanya. "Rasanya Mak Tok  nak Husna yang menjadi pilihan aku dan tidak suka aku rapat dengan Tija. Sebenarnya aku buntu... Gee. Esok, aku kena buat keputusan. Aku memang kagum dengan Husna. Segala yang ada padanya. Peribadinya, sopan santunnya... Tapi, aku juga terpikat pada Tija. Aku rasa resah bila Tija tidak pedulikan ku. Aku rasa sakit hati bila Tija disakiti, aku betul-betul tak tahu siapa yang patut aku pilih."

       Terpanah Fauzi mendengar cerita Hariez. Dia merenung Haris tanpa kata. Apa nak dikata, kedua-duanya adik sepupunya. Dia juga dapat melihat bagaimana layanan Hariez pada Tija dan Husna lebih daripada adik2 sepupunya yang lain. Fauzi melepaskan keluhan. Tidak tahu apa yang harus dikatakan.

       " Kau ambil dua-dualah..." Fauzi cuba berseloroh.

        "Nak mampus!" balas Hariez serius.

       "Aku tak boleh nak buat pilihan untuk kau, Riez. Ini soal hidup kau. Apa yang aku boleh katakan ialah kau ikutlah gerak hati kau. Siapa yang kau rasa ada di hati kau, siapa yang dapat membahagiakan kau. Jangan kau pilih sebab kau rasa kasihan. Jangan sebab kau fikir Tija lemah kau pilih dia. Kalau betul kau sukakan Husna, pilihlah Husna. Tija tak akan apa-apa. Aku yakin.

       Tapi, kalau kau rasa memang Tija yang boleh membahagiakan kau. Tidak ada salahnya kau memilih dia. Husna pun tak akan apa-apa. Husna lebih matang. Lagipun dalam keluarga kami, kami telah diasuh untuk beralah dan tak pentingkan diri sendiri." Fauzi mengutarakan pendapatnya. Ini soal hidup Hariez dan dia tak layak untuk buat keputusan.

       "Itu aku tahu. kalau tak, masakan Tija sanggup menolong mak tok walaupun baru beberapa jam dia dimaki hamun oleh mak tok. Kau yakin Tija takkan apa-apa?" Hariez bertanya inginkan kepastian.

       Fauzi hanya mengangguk penuh keyakinan.

       Waktu dinihari Haris sekali lagi menunaikan solat istikharah Syahdu sekali dirasakan terasa dekat dirinya dengan Maha pencipta dia mula yakin dengan keputusannya kali ini dia sudah menetapkan hati dan tidak akan berubah lagi

       Syukur, Ya ALLAH kerana telah memberikan petunjuk-Mu. Hamba-Mu ini terlalu kerdil dan hanya pada-Mu aku menyerah. Akhirnya Hariez dapat tidur lena malam itu. Bertemu dengan Hawa yang ditetapkan untuknya di dalam mimpi...

•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

"ADIK nak mandi?" Tanya Haslia. "Ingat pesan opah semalam. Jangan Mandi air sejuk! kalau nak mandi nanti Kak Lia bawakan air panas." sambungnya lagi mengingatkan.

       "Susahkan akak aje." ujar Tija sambil melepaskan sebuah keluhan.

       "Apa pula susahnya? Ni masa adik, Nanti esok-esok entah adik pula kena tolong Kak Lia," balas Haslia ikhlas.

       Haslia turun ke bawah untuk memasak air. Hari ini rumah Mak Tok tidak sibuk seperti biasa. Maklumlah, opah sekeluarga sudah buat tempahan makanan daripada Tok  Inah dan anaknya. Bermula dari sarapan sampailah makan malam semuanya tunggu makan aja pinggan pun ada orang cuci.

       Tija sudah selesai mandi dan sudah duduk semula di katilnya. Dia hanya memakai kain batik semalam dan T-shirt seperti biasa. Malas hendak pakai cantik-cantik. Baju yang dibawa oleh babahnya dibiarkan tergantung di tepi almari. Leka dia melihat kakak-kakak sepupunya berhias.

       "Adik kenapa tak siap lagi ni? Tak boleh jalan pun takkan tak boleh nampak vogue? Biar senget, dik... Tapi mesti mau Ayu!"

Bersambung...

#😁😁 As you wish, so special chap Lya buat lmbat la ye sbb nk hbiskan skop dulu.
#Hope korang x boringla yer. Next chap akn menyusul x lama lg.😘

•ABAIKAN TYPO•
®VOTE AND COMMENT©

Tak Secantik Husna (On Hold) Where stories live. Discover now