"Tak apalah, Zam. Dah ada hal nk buat mcm mna. Tapi nnti cepat dtng sini balik ya?" pinta opah pula.
"Bah... Tija ikut babah balik ya?" Tija akhirnya berpeluang utk bersuara. Jika babahnya balik dia pun nk balik jg. Hatinya Tiba2 sayu memikirkan bagaimana layanan mak tok terhadapnya bila babahnya tiada.
Hariez terus memandang Tija sambil mengerutkan dahinya. 'Takkan dia nk balik kot? Ah, lecehlah mcm ni.' Hatinya berbicara sendiri. Hendak diluahkan perasaannya takut pula ada yg mengesyaki apa-apa.
Opah memandang Hariez, tetapi tidak dipedulikan olh Hariez. Pandangan cucunya itu masih lekat pd Tija. Riak mula Hariez sudh mmberikan jawapan pdnya walaupun tiada isyarat diberikan drpd Hariez sprti sebelumnya.
"Tija x payah baliklah." opah mula memujuk. "Babahnya dh balik cukuplah tu. Lagipun, esok lusa nk dtg sini balik."
"Ah, biarlah dia nk balik Cik Puan. Manja sangat. Bukan blh berenggang dgn babah dia. Lagipun mana dia suka duduk sini lama-lama."
"Hmm... Tija x payah baliklah. Abah janji datang sini cepat2 bila semua selesai." tidak mahu bertekak dgn ibunya, En. Azam cuba memujuk Tija.
Hariez semakin gelisah. Dia berpaling pd opah seakan akan meminta bantuan. Opah tersenyum melihat gelagat cucunya. Fahamlah dia, Tija adlh salah seorang calon pilihan cucunya. Kalau tidak, masakan cucunya itu kelihatan begitu cemas.
Mak Pah yg sdg menumis sambal udang jg perasan akan gelagat Hariez. Dia tersenyum memandang opah. Hanya mrk yg memahami maksud senyuman itu.
"Tija x payahlah ikut abah balik." opah mula bersuara. "Kalau semua nk balik, jomlah Ajiz, kita pun baliklah. Buat apa tunggu kat sini. Kita nk beramai, tapi semua nk balik tinggalkan kita. Sama mcm duduk kat rumah kita aje kan?" Opah buat2 merajuk sambil mula menunjukkan muka sedih.
Tija memandang babahnya, opah, Mak Pah, Haji Aziz dan Hariez berganti2. Serba salah dibuatnya bila semua wajah yg dilihatnya seakan mengharap utk dia tinggal di situ.
"Okeylah, Tija tak balik. Tapi, babah janji datang cepat, okey!" pinta Tija pd Encik Azam sperti anak kecil.
En. Azam mencium pipi Tija. "Busuknya anak babah ni, terjun lombong mana tangkap ikan?" Encik Azam mula mengusik anaknya yg sdg bersedih itu.
Tija mula tersenyum mendengar usikan babahnya. Yang lain semua berasa lega bila Tija mula beralah, terutamanya Hariez yg sudah tersenyum lebar kecuali mak tok yg seakan akan tidak puas hati.
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
SELEPAS makan masing2 ke ruang tamu utk berehat. Ada yg mmbaca surat khabar, ada yg tersandar tnpa mmbuat apa2 dgn mata yg mula mmberat sprt ular sawa kekeyangan.
Dari balkoni, Hariez memerhati Tija dan Fauzi yg sdg berbual di bawah pokok mangga. Dua sepupu itu tampak mesra sekali.
"Macam mana, Riez? Dah buat keputusan yg mana satu calon yg sesuai?" Uminya bertanya lembut. Sengaja mrk mengambil keaempatan utk berbincang di situ.
bersambung...
#Setakat ni dulu lah utk hari ni, malas nk taip dh.
#So, apakah keputusan yg akan diambil Hariez, siapakah pilihan hati Hariez??
#Next chap akan menyusul x lama lg, kalau rajin Lya update besok. ok...©ABAIKAN TYPO®
• VOTE AND COMMENT•

YOU ARE READING
Tak Secantik Husna (On Hold)
RomanceKesakitan, Dibenci, Dicaci, Dihina dan Dibuang oleh orang yg tersayang... Cuba utk berbaik tapi apakan daya dia hanya seorang cucu yg disisihkan olh nenek sendiri... Ikuti kisah Tija, Fauzi, Hariez dan Husna dlm TAK SECANTIK HUSNA!! #Bukan karya sa...