BAB 22 - Keputusan

1.2K 31 11
                                    

"Macam mana, Riez? Dah buat keputusan yg mana satu calon yg sesuai?" Uminya bertanya lembut. Sengaja mrk mengambil kesempatan utk berbincang di situ.

"Entahlah, umi... Riez belum pasti. Masih ada masa lg. Riez x nak terburu-buru.

Faham dilema yg dihadapi anaknya. Drpd pandangan mata seorg ibu, apa yg dpt dilihat Hariez mmpunyai dua pilihan yg utama, Husna dan Tija. Hariez nampaknya tidak tertarik pd cucu mak tok yg lain. Tapi, dgn yg dua org ni, nmpak rapat saja.

Bukan dia tidak lihat bagaimana Hariez mengangguk utk membenarkan Hasmurni dan Haslia pulang. Dan tadi paling ketara sekali kekecewaannya dilihat bila Tija ingin mengikut Encik Azam pulang.

Dia jg dpt melihat bagaimana lirikan anaknya terhadap Husna yg penuh dgn kelembutan. Bagaimana anaknya tersenyum setiap kali bertentang mata dgn Husna seooah-olah tidak mahu berpaling ke arah lain. Nampakya Husna jg seolah-olah ada perasaan yg sama.

Mak Pah tidak kisah siapa pilihan Hariez. Dia hanya inginkan kebahagiaan anaknya. Mereka suami isteri sudah sepakat tidak campur tangan dlm hal ini kecuali dipinta olh Hariez.

"Opah rasa walaupun x buat keputusan lg, finalisnya dh ada kot! Opah dgr drpd Ira dan Isya hari tu kat air terjun ada adegan filem Hindustan." opah cuba menduga.

"Opah, abah dan umi dh tahu pasal kat air terjun tu?" tanya Hariez sambil ketawa, malu pun ada.

"Agaknya satu kg dh tahu," jawab Haji Aziz pula sambil tersenyum mengusik anaknya.

"Abah ni, takkanlah..." Hariez melepaskan nafas. Nasib baik kes dia menyambut Tija hampir jatuh hari tu x sampai ke telinga mrk. Jika x, tentu lbh sakan dia kna usik.

"Opah rasa umu dan abahnya pun perasan apa yg opah nampak." sambung opah sambil melihat pd anak dan menantunya. Haji Aziz memandang isterinya. Mak Pah tersenyum.

"Cuba Riez ceritakan apa yg Riez dpt lihat tntng puteri sulung dan puteri bongsu tu. Jgn ingat opah x tahu..." opah tersenyum mengusik. "Betul x tekaan opah?"

Hariez masih tersenyum. "Antara semua cucu mak tok, Husna yg paling cantik, lembut, berpelajaran, pandai buat kerja, bak kata mmg sesuai dibuat isteri. Riez mmg kagum dgn Husna sejak pertama kali Riez pandang dia. Pertama kali pandang dia, Riez rasa mcm x puas. Asyik nk tengok dia aje. Mcm ada magnet yg menarik Riez utk terus memandang dia.

Bukan saje sbb dia cantik, tapi tingkah lakunya jg baik. Setiap pergerakannya terlalu indah. Tapi yg peliknya, si kecik tu..." Harirz terdiam sambil mulutnya dimuncungkan ke arah Tija di bwh pokok. Dia melepaskan nafas seolah2 adah sesuatu yg tersirat.

"Kenapa dgn dia?" tanya Haji Aziz ingin tahu.

Hariez mmandang mrk satu persatu.

"Entahlah, Riez rasa ada satu tarikan kuat pd dia. Riez rasa terkilan kalau dia x pedulikan Riez. Riez rasa cmburu bila dia dgn lelaki lain. Bahkan dia rapat dgn Awang pun Riez rasa lain macam."

"Tu cemburulah tu?" tanya uminya sambil melihat ke arah Tija dan Fauzi.

Hariez menggeleng.

"Tapi hari pertama Riez di sini, Riez rasa mcm nk terbakar melihat mrk berdua terlalu rapat. Padahal masa tu, Riez baru sehari jumpa Tija."

"Hai! Baru jumpa dh nk terbakar! Habis sekarang x terbakar plk?" tanya Haji Aziz mengusik. "Kalau dh x terbakar tu, maknanya x ada perasaanlah," sambungnya lg sambil tersenyum.

"Bukan mcm tu, bah... Fauzi tu dh anggap Tija mcm adiknya sendiri. Dia dh nk kahwin pun. Si Fauzi tu terlalu sayang pd Tija kadang2 melebihi si Haslia tu, adik dia sendiri. Dia risau sangat bila Tija & mak tok..."

Hariez terhenti, patutkah dia menceritakan perkara sebanar pd keluarganya?

"Kenapa dgn mak tok & Tija?" tanya uminya pula.

"Umi x perasan ke mak tok selalu sindir n marah Tija. Ada saja yg x kena. Awal2 lg mak tok dh cakap dgn Riez x payah pilih Tija, x cukup akal katanya. Riez pun mula ingatkan betullah Tija ni mental. Mak tok pun x beri gambar Tija pd Riez."

"Umi perasan jg, tapi diaorg yu kan mak tok dgn cucu, umi x ambil kisahlah."

"Kenapa plk mcm tu?" sela opah x sabar.

"Mak tok tu x suka arwah mama Tija. Dia nk kahwinkan pak usu dgn org lain. Jadi, Tija pun dia x sukalah."

"Abah rasa mungkin Riez cuma kesiankan Tija tu saja agaknya!" Abahnya menduga.

"Mula2 Riez pun ingat mcm tu jgk. Tapi, Riez rasa... x taulah bah mcm mna nk cakap."

"Habis... Riez nk pilih dia?" opah tidak sabar ingin tahu keputusan cucunya.

"Riez x tau, opah. Dia terlalu muda. Riez takut Riez x mampu menjadi suami yg dpt mmbentuk dia jadi isteri yg baik. Husna pun rasanya mcm serasi jg dgn Riez." Hariez bersuara perlahan. Buntu fikirannya.

Husna & Tija mmg jauh berbeza. Husna dudah cukup segalanya utk dijadikan isteri, sedangkan Tija belum dpt diselami hati sebenarnya. Terlalu sukar utk memahami isi hati gadis muda ini yg selalu nampak ceria dan bersahaja.

"Riez pilihlah dgn mata hati, siapa yg dpt mmbahagiakan Riez. Buatlah keputusan betul2. Mmg masa utk Riez berfikir terlalu singkat, tapi jika mmg itu yg ditakdirkan jodoh pasti Riez akn dpt merasa kelebihannya. Debaran hati Riez sendiri sudah dpt mmberitahu siapa yg berada di hati Riez. Abah dan umi x kisah siapa pun pilihan hati Riez." Haji Aziz mmbri pandangan ikhlasnya pd Hariez.





























bersambung...

#Yeah siap pun chapter ni, sorry lambat sikit nk update, Lya x buzzy pun tapi Lya malas. Disebabkan ada yg nk Lya update citew ni, so Lya penuhi hajat andaw.
#Nampaknya Hariez x buat keputusan lg, korang rasa siapa pilihan hati Riez eh!?? Puteri sulung atau puteri bongsu??

©ABAIKAN TYPO®
•VOTE AND CIMMENT•

Tak Secantik Husna (On Hold) Where stories live. Discover now