BAB 36 - Cemuhan Mak Tok

1.1K 21 7
                                    

"SEDAPNYA masakan mak hri ni. Kenyang sampai x laray nk jalan rasanya." kata Iqram memuji masakan ibunya. "Masak lemak keladi mak ni mmg terangkatlah! Tak ada org bleh lawan. Ditambah pula dgn ikan keli bakar cicah air asam. Na... Kau ni mmg pandai pilih resepilah." pujinya pada Husna pula. Memang Husna yg beri cadangan utk beli ikan keli di pasar tadi.

"Abg Iqram ni cakap dh kenyang, tapi tu bkn main lg... Cukuplah makan buah nangka tu. Nanti angin banyak lg tambah kenyang. Naik buncit dh perut tu." Huda meleteri Iqram yg masih x henti2 mengunyah.

"Sedaplah buah ni."

"Tija, ambil buah yg kat atas meja tu simpan kat peti sejuk rumah mak tok, peti sejuk kat sini dh penuhlah." suruh mak long pd Tija.

"Yang ni ya, mak long?" tanya Tija sambil menunjuk ke arah buah nangka yg tlh dipotong dia atas meja.

Mak long mengangguk. Tanpa banyak soal, Tija terus mengangkat buah tersebut menuju pintu.

"Mak pun nk balik kejaplah, nk tengok apa yg patut kat rumah tu." kata mak tok pd mak long.

"Banyak ke pak long tanam buah2an kat kebun tu?" tanya Fauzi.

"Adalah sikit2. Lepaslah setakat anak cucu nk makan, x payah beli..." balas pak long.

"Sikit abg kata? Kamu tau kebun pak long tu lbh dri seekar. Penuh dgn pokok buah-buahan. Nk pokok apa semua ada." Encik Azam memotong cakap pak long yg selalu merendah diri. Abg iparnya tu mmg rajin berkebun, x blh duduk diam.

"Tulah Abg Ajiz pun tengok tadi... Luas bkn main kebun buah-buahan tu. Seronok betul sy tadi. Macam2 pokok ada." sela Haji Aziz, masih teruja dgn kebun pak long yg dilawatinya pg tadi.

Hariez hanya mendengar perbualan mrk sambil matanya hampir tertutup. Itulah makn bnyak sangat. Sudahlah semalam dia x dpt tidur memikirkan siapa jodoh yg hendak dipilihnya. Ditambah lg dgn perangai Tija yg x mempedulikannya. Hampir jam 3 pagi baru dia tidur. Itupun slps dia menunaikan solat sunat dua rakaat. Dia mula mengangkat punggung hndk pulang ke rumah mak tok.

"Riez nk ke mana tu? Takkan nk tidur kot?" tanya Fauzi yg perasan keadaan Hariez.

"Hmm... ngantuklah."

•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

LANGKAH Hariez mati di tepi tangga bila dia terdengar suara org marah2 dri arah dapur. Dia cuba memasang telinga ingin tau apa yg berlaku.

"Kau jgn ingat, aku x nampak apa yg kau buat. Semuanya aku tau." Terdengar suara mak tok seakan2 ditahan. Mungkin takut kedengaran ke rumah mak long. Tapi, siapa yg dimarahnya? Kenapa? Semua org kat rumah mak long kecuali Tija yg pulang menyimpan buah nangka ke dlm peti sejuk. Hariez memasang telinga lg.

"Aku tau kamu tu sengaja nk menggida dia. X payahlah Tija... Kamu tu x padan langsung dgn dia, mcm langit dgn bumi." sahlah mmg Tija yg dimarah mak tok. Dari tadi tiada terdengar sepatah pun jawapan drpd Tija.

'Apa hal plk kali ni?' hati Hariez bagai digamit utk terus mendengar. Hilanh kantoknya sebentar tadi. Kesian Tija ade aje yg x kena di mata mak tok.

"Semalam tu, bkn main lg aku nampak pegang2 tanganlah kat sofa tu. X tau malu langsung. Perempuan apa kau ni, hah? Ingat si Hariez tu tergila-gilakan kau ke? Guna otak tu sikit. Cubalah fikir. Dia tu layan kau sbb kesian aje dekat kau yg x betul tu. Hariez tu dhlah alim, warak... kau ingat padan ke dia dgn kau? Kau tu dhlh x pakai tudung. Tengok org lain tu, ada mcm kau ni." cemuh mak tok membezakan cucunya yg lain dgn Tija.

Hariez mula terdengar esakan kecil. X sangka rupanya dialah punca Tija dimarah mak tok.

"Kau dgn mama kau sama aje. Suka merampas hak org. Dulu dh elok2 aq nk kahwinkan Azam dgn si Jamilah tu, mama kau rampas dia. Entah ilmu apa yg dikenakan kat ank aq tu. Sekarang, kau plk. Mak dgn anak sama aje. X tau malu."

"Mak tok, kalau mak tok nk marahkan Tija, mak tok marahlah. Tolong jangan babitkan mama. Arwah mama x ada kena-mengena pun dlm hal ni. X baik nk ungkit perkara yg dh lepas. Mama pun dh x ada. Biarlah mama tenang di sana, mak tok." Tija membela mamanya sambil esakannya semakin jelas. Dia x blh berdiam diri lg bila mak tok mula menghina mamanya.

"Bukan aku nk mengungkit, tapi dh mmg betul pun mama kau tu perampas. Kau dengar sini, aku x suka tengok kau rapat dgn Hariez tu."

"Mak tok, pd Tija Abg Man tu sama je mcm Abg Zul, Abg Gee dan abg sepupu Tija yg lain. Tija x pernah niat nk goda dia. Lagipun dia dh nk bertunang. Tija minta maaf kalau mak tok rasa perangai Tija keterlaluan. Tija janji xkan rapat lg dgn Abg Man. Tija sedar siapa diri Tija." lirih aje bunyi suaranya.

"Baguslah, kalau dh sedar. Hariez hanya layak dgn perempuan mcm Husna tu aje. Takkan kau buta, x nampak mcm mana Hariez tu layan Husna. Dia tu suka kan Husna. Esok2 kalau diaorg dh kahwin, agaknya blh runtuh rumah tangga diaorg pasal kau." mak tok terus menggasak Tija. Pedas saja kata-katanya. Semua yg terbuku selama ini dikeluarkan tanpa mengira perasaan Tija.

"Sampai hati mak tok cakap Tija mcm tu. Takkan Tija..." x terdengar lg suara Tija. Hanya esakannya aje yg terdengar tersekat-sekat.

Hariez terdengar tapak kaki berlari menuju ke arahnya, cepat2 dia berlari menaiki ank tangga. Dia x mau Tija tau yg dia tlh mendengar perbalahnnya dgn mak tok. Semoga Tija tabahkan hatinya menghadapi dugaan ini. 'Tapi, kenapa mak tok cakap aku nk kahwin dgn Husna sedangkan aku belum buat keputusan lg? Atau mak tok sudah merancang dri awal utk satukan aku dgn Husna?' Fikiran Hariez mula berkecamuk.

•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

HARIEZ berbaring di katil sambil menatap siling. "Kalau betul mak tok nk aku kahwin dgn Husna, kenapa x cakap awal2? X payah aku bersusah2 hndak memilih. Kenalkan Husna seorg aje padaku cukuplah. Ini bg alasan nk mendekatkan keluargalah, sampai aku bg syarat utk memilih semua cucunya yg ada. X ada cacat celanya pd Husna. Kalau cakap awal2 kan senang? Entah2 aku dgn Husna dh nk kahwin pun."

Hariez sedar sudah sampai masanya utk dia membuat keputusan. Esok adlh tarikh keramat buatnya. Calon harus ditetapkan. Tapi, siapa? Bukan dia x solat istiqarah, tapi belum ada petunjuknta lg. Malam ini, dia akan sembahyang lg sekali.

Mungkin dlm sembahyangnya yg lepas, dia x begitu khusyuk. Buntu fikirannya. Susah2 pilih Husna ajelah. Mak tok pun takkan marah bila hajatnya tercapai. Atau mungkin inilah sebenarnya petunjuk yg ditunggu-tunggu?

Bersambung...

#Haa... Amacam? Enjoy x? Nk lbh enjoy kita tunggu next chap plk ya?
#Utk next chap ni, Lya x sure bleh buat dlm masa terdekat ni sbb Lya ada exam x lama lg... Mesti korang (yg masih bersekolah) exam jgk nnti kan. So, bawa bertaubatlah... Kita stop benda ni utk seketika and fokus pd exam ya!!😊😊
#Kalau korg tengok Lya ada update story ni maksudnya Lya nk lepas gian la tu yerr bkn Lya x bertaubat😌... Adioss

•ABAIKAN TYPO•
®VOTE AND COMMENT©

Tak Secantik Husna (On Hold) Where stories live. Discover now